Category Archives: Haiwan

#6766: Memakan Burung Punai Emas

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Baru-baru ini saya ada melihat satu video seseorang menceritakan berkenaan burung punai emas miliknya, lalu ada dinyatakan juga secara sepintas lalu berkenaan ada tak di sana orang yang memakannya, dan dia menjawab, lebih baik tidak memakannya kerana burung ini sangat mahal. Soalan saya, bolehkah ustaz terangkan berkenaan kehalalannya […]

#6727: Membunuh Monyet yang Mengganggu

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Bolehkah saya membunuh monyet yang selalu mengganggu tanaman, mencuri makanan, dan berkemungkinan membahayakan keselamatan anak-anak kecil saya? Ini kerana saya sudah cuba menghalaunya dengan pelbagai cara tetapi ia tetap juga datang dan membuat kacau, serta monyet-monyet itu juga kelihatan agak agresif. Mohon pencerahan. Terima kasih. Jawapan: Alhamdulillah, segala […]

#6722: Membunuh Nyamuk di dalam Masjid

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Nyamuk merupakan sejenis haiwan yang sangat mudah ditemui di pelbagai tempat, di dalam rumah, bilik air dan tempat lain. Malah, nyamuk ini juga boleh ditemui di masjid dalam jumlah yang sangat besar dan banyak sekali gus mengganggu jemaah yang sedang solat. Oleh itu, ada sebahagian jemaah tidak teragak-agak […]

#6711: Memakan Belut Serigala (Wolf Eel)

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Adakah belut serigala (wolf eel) yang merupakan salah satu haiwan laut halal dimakan sebabnya rupanya sedikit pelik? Mohon pencerahan. Terima kasih. Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang […]

#6650: Memakan Ikan Katak (Frogfish)

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Baru-baru ini saya ada membaca berkenaan seekor ikan yang dikenali sebagai frogfish. Fizikal ikan itu, seperti menggerutu dan ada pelbagai warna. Soalan saya, adakah ia halal dimakan? Mohon pencerahan. Terima kasih. Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri […]

#6647: Anak Babi Terjatuh ke dalam Kolam Renang yang Besar

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan, anak babi jatuh dalam kolam mandi/renang di sebuah resort dan kolam lebih besar daripada bilik darjah. Jadi, macam mana status air dalam kolam mandi tersebut? Perlukah dibuang airnya? Mohon pencerahan. Terima kasih.   Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad […]

#6619: Memakan Sisa Makanan yang Terdapat dalam Tembolok Ayam (Chicken Crop)

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Saya membeli ayam goreng, kemudian saya dapati atas ayam goreng itu ada satu benda yang menjijikkan warna kekuning-kuningan. Penjual kata itu adalah sisa makanan daripada tembolok ayam. Soalan saya, bolehkah kita makan sisa makanan di dalam tembolok ayam? Bukankah ia dianggap najis? Mohon pencerahan. Terima kasih. Jawapan: Alhamdulillah, […]

#6604: Membela Kucing Sehingga Menyusahkan Jiran Tetangga dengan Bau Najisnya

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Apakah hukum jiran bela kucing dengan bau dan buang najis merata rata hingga menyeksa hidung jiran tetangga? Mohon pencerahan. Terima kasih. Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang […]

#6590: Memakan Belut Cusk

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Adakah belut cusk yang merupakan salah satu haiwan laut dalam boleh dimakan? Mohon pencerahan. Terima kasih. Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga […]

#6568: Kucing Jatuh dalam Air Kurang Dua Kolah

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri, saya ingin bertanya, apakah status air yang tidak melebihi 2 kolah apabila haiwan atau kucing terjatuh ke dalam air memandangkan air itu telah terkena kemaluan haiwan/kucing itu? Terima kasih. Jawapan: Waalaikumussalam w.b.t, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda […]