#14 Mencabut dan Mewarnakan Uban

Rated 0 out of 5
RM6.00
-69%

Buku Fizikal

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00RM35.00
-32%

Siri Kematian

Fiqh Jenazah

Rated 0 out of 5
RM8.00RM15.00

Siri Solat Sunat

Solat Hari Raya

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Istisqa

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM10.00
-58%
Rated 0 out of 5
RM100.00

Siri Solat Sunat

Solat Musafir

Rated 0 out of 5
RM5.00

SOALAN

Apakah hukum mencabut uban?

JAWAPAN

Menurut mazhab Syafie, makruh seseorang itu mencabut ubannya. Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الإِسْلاَمِ إِلاَّ كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Janganlah kalian mencabut uban. Tidak ada seorang muslim yang mana tumbuh padanya sehelai uban di dalam islam melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya buatnya pada hari kiamat.”

Manakala dalam riwayat yang lain Rasulullah S.A.W menyatakan:

لاَ تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الإِسْلاَمِ إِلاَّ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِهَا حَسَنَةً وَحَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً

Maksudnya: “Tidak ada seorang muslim yang mana tumbuh padanya sehelai uban di dalam islam melainkan Allah akan menuliskan untuknya dengan uban tersebut satu kebaikan dan Allah akan memadamkan kesalahannya dengan uban tersebut.”[1]

Imam al-Nawawi menyatakan kemakruhan mencabut uban sebagaimana yang dipegang oleh ulama’ Syafi’iyyah, dan ditegaskan oleh al-Ghazali al-Baghawi dan selainnya. Samada uban di janggut atau kepala, hukumnya tetap makruh.[2]

Dalam sebuah riwayat daripada Saidina Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu bahawa beliau berkata:

يُكْرَهُ أَنْ يَنْتِفَ الرَّجُلُ، الشَّعْرَةَ الْبَيْضَاءَ مِنْ رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ

Maksudnya: “Dimakruhkan bagi seorang lelaki itu mencabut rambut yang putih daripada kepalanya dan juga janggutnya.”[3]

Imam Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini berkata: “Kata para ashab kami (al-Syafi’iyyah) dan juga para ashab Malik, hukumnya adalah makruh dan ia tidaklah haram.”[4]

Jika demikian hukumnya, adakah boleh mewarnakan uban? Ia dibolehkan berdasarkan sebuah riwayat daripada Jabir Bin Abdillah Al-Ansari radhiyallahu ‘anhuma bahawa ketika Abu Quhafah dibawa pada hari pembukaan kota Makkah, maka keadaan rambutnya sudah terlampau putih. Maka Nabi S.A.W bersabda:

غَيِّرُوا هَذَا بِشَىْءٍ وَاجْتَنِبُوا السَّوَادَ

Maksudnya: “Ubahlah ini (uban) dengan sesuatu dan jauhilah warna hitam.”[5]

Hadis di atas jelas menunjukkan keharusan mengubah warna putih uban kepada warna selain hitam seperti dengan menggunakan inai dan perkara-perkara lain yang halal. Manakala hadis di atas juga jelas menunjukkan keharaman mengubah warna uban kepada warna hitam dan inilah pendapat yang terpilih di dalam mazhab kita, sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi. Wallahu a’lam.

[1] Riwayat Abu Daud, no. 4202

[2] Al-Majmūʿ Sharḥ al-Muhadhdhab, 1/292

[3] Riwayat Muslim, no. 2341

[4] Sharḥ al-Nawawī ʿalā Muslim, 15/487

[5] Riwayat Muslim, no. 2102)

6 thoughts on “#14 Mencabut dan Mewarnakan Uban

  1. Hamba Allah says:

    Assalamualaikum ustaz..
    Sekarang terdapat syampoo yang boleh menghitamkan rambut.. seperti contoh syampoo beaudora…
    Adakah dibolehkan ustaz untuk kami guna syampoo yang menghitamkan rambut? Mohon pencerahan… terima kasih..

  2. BASHARIAH ASHAARI says:

    Salam dato. Apa hukum jual beli emas dgn cara Sistem kutu. Pemain atu pembeli akn dpt barang ikut timbangan gram x kira harga emas turun atu naik. Kalau 10 Pemain drpd yg pertama dpt hgga yg ke10

  3. nazaruddin abdul razad says:

    x cabut

    x warna.
    cuma selalu membotakkan kepala…menjimatkan kos menggunting rambut sbb cukur sendiri..13 tahun dulu pada umur 31 tahun,niat awal utk membotakkan kepala bukan masalah uban sgt..kepala berkelumumur sering gatal2,walaupun pd masa tu memang dah naik uban ckit2..dan tgok rakan sepejabat yg lebih tua selalu botak jd berminat nak botakkan kepala..jadi kekal fesyen botak sehingga harini..pd umur 44tahun..kalau simpan rambut dah banyak uban…persoalan yg bermain diminda sy skrg..apa hukum sy membotak kepala pd masa ini ustaz..? mohon nasihat..

  4. Sarah says:

    Assalamualaikum ustaz. Boleh saya tahu, mengapa tidak boleh warnakan dengan warna hitam?
    Bolehkah ustaz terangkan dan jelaskan pewarna rambut yang halal. Juga contoh pewarna yang halal yang berada di pasaran.
    Terima kasih.

  5. Za says:

    Assalamualaikum. Apakah hukumnya seorang islam membela haiwan atau binatang utk dijadikan hiasan dan ia juga dibiakkan dan djual kpd org lain.Hasilnya dibuat perbelanjaan keluarga.contoh haiwan tersebut..ikan hiasan seperti ikan laga dll,iguana,kucing,ular dll

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search