• Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

No products in the cart.

No Result
View All Result
  • Login
  • Register
No Result
View All Result
Maktabah al Bakri
No Result
View All Result
Home Soal Jawab Agama

#29 Zakat Kepada Anak Saudara

by Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
October 30, 2023
Reading Time: 2 mins read
0
0
Share on WhatsappShare on Facebook

SOALAN

Bolehkah saya membayar zakat pendapatan saya kepada anak saudara saya yang baru beberapa bulan melanjutkan pelajaran ke IPTA memandangkan saya dimaklumkan beliau memerlukan bantuan kewangan?

JAWAPAN

Penuntut ilmu termasuk dalam golongan asnaf fisabilillah. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi SAW bersabda:

مَنْ خَرَجَ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى يَرْجِعَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang keluar untuk mencari ilmu, maka dia adalah fisabilillah sehingga dia kembali”

Riwayat al-Tarmizi (2647)

Secara asasnya, pembayar zakat tidak boleh membayar zakat kepada kelompok yang berada di bawah tanggungan atau nafkahnya. Namun begitu – sebagaimana yang dinukilkan di dalam al-Fiqh al-Manhaji – pembayar zakat boleh memberikan zakat kepada saudara mara yang bukan di bawah tanggungannya, seperti adik-beradik lelaki atau perempuan, bapa dan ibu saudara pihak bapa, bapa dan ibu saudara pihak ibu, anak-anak mereka dan lain-lain sekiranya mereka fakir, miskin dan golongan yang berhak menerima zakat. (Lihat al-Fiqh al-Manhajī, 2/42).

Hukum memberi zakat kepada kaum kerabat pernah ditanya pada tahun 1982 kepada Syeikh ‘Abdullatif Hamza, mantan Mufti Republik Arab Mesir. Beliau menjelaskan bahawa kaum keluarga yang berada di bawah tanggungan nafkahnya tidak boleh diberikan zakat. Tetapi jika mereka tidak berada di bawah tanggungan nafkahnya, dibolehkan untuk diberikan zakat. (Lihat al-Fatāwā al-Islāmiyyah, 1/164).

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Salman bin Amir R.A, Nabi SAW telah bersabda:

‏الصَّدَقَة عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةْ، وَعَلَى ذِي الْرحم ثنتان‏:‏ صَدَقَةْ وَصِلَةْ

Maksudnya: “Zakat kepada orang miskin adalah dikira zakat, dan kepada saudara mara dikira dua kelebihan, iaitu zakat dan silaturrahim.”

Riwayat al-Nasa’i (2582) dan Ibn Majah (1844)

Justeru, kami berpandangan bahawa harus dan dibolehkan untuk memberikan zakat kepada anak saudara atau ahli keluarga yang memerlukan selagi mana tidak berada di bawah tanggungannya. Hal ini kerana, membantu ahli keluarga sendiri adalah lebih afdhal dan diutamakan berbanding yang lain.

Tags: Fiqh
Previous Post

#28 Bersetubuh Sebelum Mandi Wajib

Next Post

#30 Lembapan Pada Kemaluan Selepas Bersetubuh Terkena Cadar

Next Post
#30 Lembapan Pada Kemaluan Selepas Bersetubuh Terkena Cadar

#30 Lembapan Pada Kemaluan Selepas Bersetubuh Terkena Cadar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result

Recent Posts

  • #4738: Tujuh Dosa Besar
  • #4737: Mengelak Fitnah
  • #4736: Mengacah Senjata
  • #4735: Zaman Menjadi Lebih Teruk
  • #4734: Anjuran Bersedekah Untuk Orang yang Mati Secara Mengejut

Recent Comments

  • izi on #1848: Menggugurkan Kandungan Haiwan
  • MOHD FAISAL on #404 Tawaf Wada‘ bagi Jemaah yang Ingin ke Taif
  • ckyn25 on #4431: Kefardhuan Haji Saat Pandemik Covid-19
  • mzaherrzainal on #4638: Kisah Nabi Yunus A.S dan Ikan Nun
  • ismal8507 on #4694: Bahaya Istidraj
  • Privacy Policy
  • Shipping, Cancellation & Refund Policy
  • Terms & Conditions
Hubungi kami: +60199003469

© 2023 Maktabah Al-Bakri

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

© 2023 Maktabah Al-Bakri

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

Insert/edit link

Enter the destination URL

Or link to existing content

    No search term specified. Showing recent items. Search or use up and down arrow keys to select an item.