Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.

Soalan

Bagaimana keadaan tahiyatul masjid bagi orang yang masuk masjid berulang kali?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Solat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan ketika memasuki masjid sebagai memuliakan masjid. [1]

Justeru, yang dimaksudkan dengan tahiyatul masjid ialah solat yang dilakukan untuk menghormati masjid. Ia dilakukan apabila seseorang memasuki masjid dan sebelum ia duduk. Daripada Abu Qatadah RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ

Maksudnya: “Apabila seseorang di kalangan kamu memasuki masjid, hendaklah dia rukuk (solat) dua rakaat sebelum duduk.”[2]

Imam al-San’ani di dalam penjelasannya terhadap hadith ini, beliau menyebut bahawa hadith ini merupakan satu larangan untuk duduk ketika masuk ke dalam masjid sebelum menunaikan solat dua rakaat.[3]

Imam Al-Nawawi menyebut bahawa para ulama sepakat bahawa solat sunat tahiyatul masjid adalah sunnah dan jika tiada keuzuran maka makruh hukumnya untuk duduk sebelum dilakukan solat dua rakaat.[4]

Hukum Solat Tahiyat al-Masjid

Sesungguhnya tahiyatul masjid sunat mustahab dengan ijmak muslimin kecuali apa yang dihikayatkan daripada Daud dan ashabnya daripada kewajipannya. Ijmak ulama bahawa makruh orang yang masuk masjid duduk tanpa solat tahiyat masjid tanpa uzur seperti kata Imam al-Nawawi.

Ibn Hazm berpendapat bahawa perintah dalam hadith tersebut menunjukkan kepada hukum wajib.

Imam al-Nawawi berkata: Di dalamnya terkandung pengertian disunatkan melaksanakannya, yang ia bersifat sunat menurut kesepakatan kaum muslimin. Dalamnya juga terkandung pengertian disunatkan memberi penghormatan (Tahiyat) kepada masjid setiap kali memasukinya.[5]

Dr. Said Wahf al-Qahtani dalam bukunya Ensiklopedia Solat berkata: “Paling tepat sunat muakkad, demikian itu pendapat jumhur.”[6]

Masuk Masjid Berulang Kali

Tidak ada khilaf dalam kalangan fuqaha bahawa makruh untuk seseorang itu duduk sebelum melakukan solat tahiyatul masjid.[7]

Jumhur Fuqaha juga berpandangan bahawa disunatkan bagi sesiapa yang masuk masjid selain Masjidil Haram dengan tujuan untuk duduk, bukan untuk lalu dan dia dalam keadaan berwuduk, maka dia dituntut untuk solat dua rakaat atau lebih sebelum dia duduk.

Manakala seseorang yang berulang kali masuk ke dalam masjid dalam jarak masa yang dekat, para ulama berbeza pendapat mengenainya. Ulama dalam kalangan mazhab Hanafi, Maliki dan sebahagian Syafi‘i berpendapat, cukup sekali sahaja untuk solat tahiyatul masjid. Sementara pendapat majoriti ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i pula berpendapat bahawa setiap kali seseorang itu masuk ke dalam masjid, maka disunatkan baginya untuk mendirikan solat tahiyatul masjid.[8]

Sekalipun begitu, perkara ini termasuk dalam perkara yang luas. Justeru, sesiapa yang ingin melakukannya setiap kali dia memasuki masjid, maka ia adalah lebih utama untuk memperbanyakkan pahala. Lebih-lebih lagi, perkara ini juga selari dengan kaedah fiqh yang menyebutkan:

مَا كَانَ أَكْثَرَ فِعْلًا كَانَ أَكْثَرَ فَضْلً

Maksudnya:Lebih banyak sesuatu perbuatan, lebih banyak fadhilatnya (kelebihan).”[9]

Al-Suyuti menyatakan bahawa kaedah ini diambil daripada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

وَلَكِنَّهَا عَلَى قَدْرِ نَصَبِكِ أَوْ قَالَ: نَفَقَتِكِ

Maksudnya:Akan tetapi ia (ganjaran) adalah mengikut kadar usaha kamu — atau katanya: belanja kamu (yang dikeluarkan).[10]

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini menyebutkan, secara zahirnya ia menunjukkan bahawa pahala dan fadhilat dalam ibadah akan menjadi lebih banyak dengan banyaknya usaha dan infak yang dikeluarkan. Makna usaha dan infak di sini adalah yang tidak dicela oleh syarak.[11]

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa dalam isu ini, ia merupakan keluasan dalam fiqh, maka sesiapa yang ingin melakukan tahiyatul masjid setiap kali dia masuk ke masjid, maka ianya lebih utama untuk memperbanyakkan pahala, namun, jika sesiapa hendak solat sekali sahaja tanpa mengulanginya setiap kali dia masuk ke masjid  berulang kali, maka tidak menjadi kesalahan padanya.

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 4 Julai 2022 bersamaan 4 Dzulhijjah 1443H

The shortcode is missing a valid Donation Form ID attribute.

[1] Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/215

[2] Riwayat al-Bukhari (444), Muslim (714), Abu Dawud (467), Ibn Majah (1013) dan al-Tirmizi (316)

[3] Lihat Subul Al-Salam Syarh Bulugh Al-Maram Min Adillah Al-Ahkam, 2/62

[4] Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/52

[5] Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 5/233

[6] Lihat Ensiklopedia Solat terjemahan, 1/513

[7] Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 15/265

[8] Ibid, 10/304-305

[9] Lihat al-Asybah wa al-Naza’ir, hlm. 143; Mausu‘ah al-Qawaid al-Fiqhiyyah, 9/171

[10] Riwayat Muslim (1211)

[11] Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 8/153

0 thoughts on “#1050 Tahiyyatul Masjid Berulang Kali

Leave a Reply