Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.

Soalan:

Assalamualaikum ustaz. Esok dah nak raya. Boleh tak saya nak tahu apa adab-adab berhari raya?

Jawapan:

Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.

Terlebih dahulu saya ucapkan selamat menyambut Hari raya dan semoga Allah SWT menerima ibadah puasa kita serta amalan soleh yang lain dan seterusnya memasukkan kita ke dalam golongan prang-orang soleh yang bertaqwa.

Sebenarnya, kami telah huraikan denagn panjang lebar isu ini dalam buku kami Solat Hari Raya dan Adab Berhari Raya, hlm. 59-62. Antaranya ialah:

  • Mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru. Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabatnya iaitu Ibn Umar dan Ali Bin Abi Thalib dan lain-lain. Said Bin Al-Musayyib berkata: “Sunat-sunat hari raya ada tiga: “Berjalan ke tempat solat, makan sebelum keluar dan mandi.”
  • Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya. Bagi imam solat hari raya, sunat datang akhir iaitu ketika hendak memulakan solat hari raya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
  • Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri, manakala Aidiladha pula tidak sunat makan dan minum sehingga selesai bersolat.
  • Sunat pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan bali semula melalui jalan yang lain. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Jabir RA, katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِبْدِ خَالَفَ الطَّرِيْقَ

Maksudnya: “Nabi SAW melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan balik pada hari raya.”

Riwayat al-Bukhari (943)

  • Sunat saling mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain. Hal ini berdasarkan hadis Wasilah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari. Aku bertemu Rasulullah SAW pada pagi hari raya, seraya mengucapkan kepada semoga Allah menerima تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ :Baginda daripada kami dan daripada kamu), lalu Baginda semoga Allah menerima تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ menjawab Ya daripada kami dan daripada kamu).
  • Selepas matahari terbit, makruh bagi imam bersolat sunat sebelum solat hari raya, manakala tidak makruh bagi orang lain melakukannya. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Abbas R.Anhuma:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهُمَا وَلَا بَعْدَهُمَا

Maksudnya: “Nabi SAW keluar pada hari Aidilfitri, lalu Baginda bersolat hari raya sebanyak dua rakaat dan tidak melakukan solat sama ada sebelum atau selepasnya.” yang lain”

Riwayat al-Bukhari (945)

Sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Bertarikh: 29 Mac 2023 bersamaan 7 Ramadhan 1444H

Leave a Reply