#1163: Puasa di Negara Yang Siangnya Terlalu Panjang

-25%
Percuma Al-Quran
Rated 0 out of 5
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
-30%
Size Pocket
Rated 0 out of 5
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
-30%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Rated 0 out of 5
Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.
-30%

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM70.00.Current price is: RM49.00.

Soalan:

Assalamualaikum. Saya pernah pergi ke negara Scandanavia, antaranya Norway, di mana siangnya melebihi 19 jam. Persoalannya bagaimana saya berpuasa dan cara untuk saya berbuka dengan tepat?

Jawapan:

Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat. Dalam menjawab persoalan di atas, kita mesti meyakini bahawa sifat Islam adalah sesuai di sepanjang zaman dan tempat. Akan ada jawapan dan rukhsah diberikan oleh Islam dalam isu-isu darurah dan keperluan yang mendesak.

Menjawab persoalan saudara di atas, saya katakan bahawa asal puasa adalah wajib bagi sesiapa yang mencukupi syarat-syaratnya. Kewajipan puasa berdasarkan takrifan puasa itu bermula dari keluarnya fajar sadiq hingga tenggelamnya matahari. 

Walaupun waktu siang di negara tersebut menjangkau 19 jam akan tetapi waktu berpuasa adalah tetap bermula dari terbitnya fajar sadiq sehinggalah terbenamnya mahatari mengikut waktu di negara tersebut. Ini kerana, malam dan siang tetap dapat dibezakan dalam 24 jam. Ianya dikuatkan lagi dengan firman Allah swt :

كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلْخَيْطُ ٱلْأَبْيَضُ مِنَ ٱلْخَيْطِ ٱلْأَسْوَدِ مِنَ ٱلْفَجْرِ ۖ

Maksudnya: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar.”

Surah al-Baqarah (187)

Situasi sebegini disebut sebagai اختلال العلامة iaitu cacatnya alamat. Ini kerana siangnya panjang lebih daripada kebiasaan di sebahagian negara. Dalam keadaan ini boleh untuk menqiyaskan waktu berbuka kepada mana-mana dua kawasan ini. Iaitu :

  • Kota Suci Mekah
  • Negara terdekat yang siang dan malamnya mempunyai tempoh waktu yang sama.

Ini adalah pandangan yang dikemukakan oleh Sheikh Muhammad Abduh, Sheikh Jad al-Haq, bekas Shaikhul Azhar, Sheikh Abdul Latif Hamzah,Sheikh Said Tantawi, Sheikh Ali Jumuah dan juga pandangan Sheikh Mustafa al-Zarqa’. (Lihat al-‘Aql wa al-Fiqh Fi Fahm al-Hadith al-Nabawi, hlm. 124)    

Kesimpulan dari dua pandangan tersebut, kami lebih cenderung kepada pandangan yang kedua. Ini kerana ia lebih menepati maqasid Syara’ dan memberi keringanan kepada mereka yang terpaksa berpuasa lebih dari 19 jam. Ini berdasarkan firman Allah SWT

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى ٱلدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ۚ

Maksudnya : “Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.”

Surah al-Haj (78)

Kata Sheikh Mustafa al-Zarqa’ :

“Yang paling penting adalah menjaga maqasid  syariat dalam menentukan waktu solat dan juga waktu berpuasa agar ia tidak menjadi satu taklifan yang tidak  mampu dilakukan. Dan juga menyerlahkan maksud syariat itu tanpa ada pengurangan padanya. (Lihat al-‘Aql wa al-Fiqh Fi Fahm al-Hadith al-Nabawi, hlm.125)  

Semoga jawapan ini memberi pencerahan kepada kita berkenaan waktu berbuka puasa. Saya berdoa kepada Allah SWT agar kita semua tetap dapat melaksanakan ibadat puasa yang akhirnya menatijahkan ketaqwaan. Amin.

Bertarikh: 29 Mac 2023 bersamaan 7 Ramadhan 1444H

Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda untuk penyelenggaraan operasi Maktabah Al-Bakri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *