Soalan:

Assalamualaikum w.b.t. Sebagaimana yang semua maklum kos hidup semakin naik, ekonomi negara dan dunia merudum. Pakar ekonomi berpendapat tahun ini akan berlaku recession. Dividen ASB untuk tahun 2022 hanya 4.6%. KWSP tidak tahu lagi. 

Sebelum ini dividen yang saya terima ‘cukup makan‘ sahaja setelah di tolak 2.5% zakat. Keadaan sudah berbeza mulai tahun ini. Dividen setelah tolak zakat kemungkinan besar tidak mencukupi lagi untuk menanggung kos hidup kami. Adakah pengecualian atau bayar zakat rendah dari 2.5% atau sekadar yang mampu. Harap Dr Zul berikan pandangan. Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Zakat merupakan perintah Allah SWT, ia wajib dilaukan kerana termasuk dalam rukun Islam yang lima. Banyak dalil yang menunjukkan kefardhuan zakat. Zakat membawa seseorang itu mendapat al-falah atau kemenangan dan kejayaan. Justeru, firman Allah SWT: 

وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ

Maksudnya: “Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).

Surah al-Mukminun (4)

Sejujurnya, apabila cukup syarat bagi zakat maka hendaklah kita keluarkan zakat. Antara syaratnya adalah:

  • Islam
  • Milik sempurna
  • Cukup nisab
  • Cukup haul yakni tempoh setahun
  • Dan harta yang berkembang 

Ini di antara yang mneyebabkan zakat wajib. Apabila anda termasuk dalam golongan yang sempurna syarat wajib bagi zakat maka, anda hendaklah menunaikan zakat. Yakin dan percayalah pada bahasa zakat memebri makna; tumbuh, subur, berkembang, suci dan membiak. 

Berdasarkan takrifan bahasa sahaja jelas memberi maksud bahawa seseorang yang menunaikan zakat akan dikurniakan dengan kelebihan istimewa insyaAllah apabila menunaikan perintah Alah SWT dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan. Yakin dan percayalah bila mana anda menunaikan zakat pasti anda menjaga hak Allah SWT kerana menunaikan zakat termasuk dalam ketaatan yang membawa ketaqwaan. 

Firman Allah SWT:

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ‎﴿٢﴾‏ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا ‎

Maksudnya: “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Surah al-Talaq (2-3)

Kami titipkan sebuah doa yang Rasulullah SAW ajar kepada Abu Umamah al-Bahili apabila dia menghadapi kesempitan hidup. Doanya seperti berikut:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهُمْ وَالْخَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْن وَالْبُخْل، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْر الرِّجَالِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada- Mu daripada kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia.”

Riwayat al-Bukhari (6369), Abu Daud (1555), al-Tirmizi (3484), al-Nasa’ie (5449) dan al-Baihaqi dalam al-Da’awat al-Kabir (305)

Bertarikh: 10 Julai 2023 bersamaan 21 Zulhijjah 1444 H

Leave a Reply