#40: Abu Muslim al-Khaulani

-25%
Percuma Al-Quran
Rated 0 out of 5
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
Size Pocket
Rated 0 out of 5
RM10.00
Rated 0 out of 5
RM13.00

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Rated 0 out of 5
RM15.00

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Rated 0 out of 5
RM13.00

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Rated 0 out of 5
RM13.00

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Rated 0 out of 5
RM13.00
-29%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

Soalan:         

Assalamualaikum w.b.t. Bolehkah Datuk ceritakan sedikit berkenaan Abu Muslim al-Khaulani, dan benarkah dia pernah cuba dibakar oleh seorang nabi palsu yang bernama al-Aswad al-‘Ansi? Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Bagi menjawab persoalan ini, kami mulakan dengan menerangkan serba sedikit biodata beliau terlebih dahulu. Beliau ialah Abu Muslim al-Khaulani Abdullah bin Thuwab al-Darani. Namun, ada yang berpendapat nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abdullah. Selain itu, ada juga yang berpendapat namanya ialah Abdullah bin Thawab, dan ada juga yang berpendapat, Ibn ‘Ubaid. Dikatakan juga namannya ialah Yaaqub bin ‘Auf. Akan tetapi menurut Imam al-Zahabi, pendapat yang pertama adalah lebih tepat iaitu Abdullah bin Thuwab. Beliau adalah Sayyid al-Tabi‘in (penghulu sekalian tabi‘in) dan zahid pada zamannya.

Abu Muslim al-Khaulani berasal dari Yaman. Beliau telah memeluk agama Islam semasa Nabi SAW masih lagi hidup tetapi memasuki Madinah semasa pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq R.A. Oleh itu, beliau dikira tergolong dalam kalangan kibar al-tabi‘in, dan bukannya para sahabat.

Selain itu, beliau meriwayatkan hadith daripada Umar, Mu‘az bin Jabal, Abu ‘Ubaidah, Abu Zar al-Ghifari dan ‘Ubadah bin al-Samit. Manakala di antara mereka yang meriwayatkan daripadanya pula ialah Abu Idris al-Khaulani, Abu al-‘Aliyah al-Riyahi, Jubair bin Nufair, ‘Ata’ bin Abu Rabah, Syurahbil bin Muslim, ‘Atiyyah bin Qais, Abu Qilabah al-Jarmi, dan lain-lain.

Diriwayatkan daripada Malik bin Dinar bahawa Ka‘ab melihat Abu Muslim al-Khaulani, lalu dia bertanya: “Siapakah ini?” Maka, orang ramai di situ menjawab: “Abu Muslim.” Dia pun berkata: “Inilah hakim (orang yang bijaksana lagi arif) bagi umat ini.”

Selain daripada itu, terdapat riwayat-riwayat yang menceritakan bahawa Abu Muslim al-Khaulani termasuk dalam kalangan orang yang makbul doanya. Di antaranta riwayat daripada ‘Anbasah bin ‘Abd al-Malik, daripada ‘Abd al-Malik bin ‘Umair, katanya: “Abu Muslim al-Khaulani, apabila berdoa meminta hujan, diturunkan hujan (yakni doanya makbul).”

Di samping itu, terdapat riwayat daripada Muhammad bin Ziyad, daripada Abu Muslim bahawa seorang wanita telah merosakkan atau menipu isterinya untuk memusuhinya. Lalu Abu Muslim telah mendoakannya dan wanita penghasut tersebut telah menjadi buta. Kemudian, wanita tersebut telah datang bertemu Abu Muslim, mengakui perbuatannya dan (menyatakan bahawa dia telah) bertaubat. Maka, Abu Muslim pun berkata: “Ya Allah, sekiranya dia benar, maka kembalikanlah penglihatannya.” Lalu wanita itu dapat melihat kembali.

Begitu juga riwayat Dhamrah bin Rabi‘ah, daripada Bilal bin Ka‘ab bahawasanya sekumpulan anak lelaki berkata kepada Abu Muslim al-Khaulani: “Berdoalah kepada Allah agar Dia menahan buat kami antelope ini, lalu kami boleh menangkapnya.” Maka, Abu Muslim berdoa kepada Allah, lalu Allah SWT telah menahan antelope tersebut sehingga mereka dapat menangkapnya.

Selain itu, terdapat juga riwayat daripada ‘Ata’ al-Khurasani bahawa isteri Abu Muslim berkata kepadanya: “Kita sudah kehabisan tepung (untuk dimasak).” Lalu Abu Muslim bertanya: “Adakah kamu mempunyai apa-apa?” Isterinya menjawab: “Satu dirham, hasil jualan benang kita.” Dia berkata: “Berikan satu dirham itu dan juga kantung.” Setelah itu, Abu Muslim pun memasuki pasar, lalu seorang peminta sedekah telah datang kepadanya dan meminta-minta kepadanya secara mendesak, sehingga akhirnya dia telah memberikan satu dirham tersebut kepada peminta sedekah itu. Maka, Abu Muslim telah mengisi karung yang dibawanya itu dengan serbuk tanah. Lalu dia pun pulang dalam keadaan hatinya takut atau bimbang disebabkan perkara itu. Kemudian, dia menyerahkan karung itu kepada isterinya dan beredar pergi. Apabila isterinya membuka karung itu, didapati di dalamnya terdapat tepung putih. Maka, isterinya menguli tepung itu dan membuat roti. Tatkala Abu Muslim datang (pulang) pada malamnya, isterinya menghidangkan roti tersebut kepadanya, maka Abu Muslim bertanya: “Dari mana kamu dapat roti ini?” Isterinya menjawab: “Daripada tepung (yang kamu bawa pulang tadi).” Maka, Abu Muslim memakan roti tersebut sambil dia menangis.

Abu Muslim telah meninggal dunia di negeri Rom. Isma‘il bin ‘Ayyasy meriwayatkan daripada Syurahbil bin Muslim, daripada Sa‘id bin Hani’, katanya: Mu‘awiyah berkata: “Sesungguhnya musibah yang paling besar adalah dengan kematian Abu Muslim al-Khaulani dan Kuraib bin Saif al-Ansari.” Imam al-Zahabi menilai sanad riwayat ini sebagai baik (soleh). Kemudian, menurut Imam al-Zahabi lagi, berdasarkan kepada perkara ini, ini menunjukkan bahawa Abu Muslim telah meninggal dunia sebelum Mu‘awiyah, melainkan Mu‘awiyah yang mengucapkan ucapan tersebut ialah Mu‘awiyah bin Yazid. Manakala al-Mufaddhal bin Ghassan al-Ghalabi pula berpendapat, ‘Alqamah dan Abu Muslim meninggal dunia pada tahun 62 Hijrah. Wallahu A‘lam.

Selain daripada itu, terdapat di Darayya sebuah kubur yang diziarahi, dan dikatakan ia adalah kubur Abu Muslim al-Khaulani. Namun, menurut Imam al-Zahabi, perkara tersebut adanya kebarangkalian (muhtamal).[1]

Seterusnya, berkenaan kisahnya yang dibakar oleh nabi palsu yang bernama al-Aswad al-‘Ansi ada diceritakan oleh Imam al-Zahabi dan Ibn ‘Abd al-Barr dan kitab mereka. Syurahbil bin Muslim al-Khaulani telah menceritakan bahawa al-Aswad al-‘Ansi telah mengaku sebagai nabi di Yaman. Lalu dia telah menghantar seseorang kepada Abu Muslim al-Khaulani untuk memanggilnya datang bertemu dengannya. Lalu apabila Abu Muslim telah datang bertemunya, al-Aswad telah berkata kepadanya: “Adakah engkau bersaksi bahawasanya aku adalah pesuruh Allah?” Abu Muslim menjawab: “Aku tidak mendengar.” Kemudian, al-Aswad bertanya lagi: “Adakah engkau bersaksi bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah?” Dia menjawab: “Ya, aku bersaksi.” Kemudian, al-Aswad bertanya lagi: “Adakah engkau bahawasanya aku adalah pesuruh Allah?” Dia menjawab: “Aku tidak mendengar.” Al-Aswad bertanya lagi: “Adakah engkau bersaksi bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah?” Dia menjawab: “Ya, aku bersaksi.” Soalan-soalan tersebut terus diulang-ulang ditanyakan kepada Abu Muslim dan setiap soalan tersebut juga dijawab oleh Abu Muslim sepertimana yang telah dijawabnya. Oleh itu, al-Aswad telah memerintahkan agar dinyalakan suatu api yang sangat besar. Kemudian, Abu Muslim telah dilemparkan ke dalam api yang besar itu, tetapi api tersebut tidak dapat memudaratkan Abu Muslim sedikitpun.

Lalu dikatakan kepada al-Aswad: “Jika engkau tidak menafikan api ini daripada engkau, maka sesiapa yang mengikuti engkau akan merosakkan engkau.” Maka, dia telah memerintahkan Abu Muslim untuk pergi (keluar dari Yaman). Oleh itu, Abu Muslim telah datang ke Madinah, dan ketika itu Rasulullah SAW telah wafat, dan kepimpinan orang Islam telah diserahkan kepada Abu Bakar al-Siddiq. Apabila dia tiba di sana, dia telah menundukkan untanya (untuk turun), lalu dia memasuki Masjid Nabawi dan mendirikan solat. Kemudian, Umar R.A telah melihatnya. Maka Umar R.A bangun dan pergi kepadanya, lalu bertanya: “Dari manakah kamu, wahai lelaki?” Dia menjawab: “Dari Yaman.” Umar R.A bertanya lagi: “Apakah yang dilakukan oleh si pendusta kepada orang yang dibakarnya dengan api?” Dia menjawab: “Itulah Abdullah bin Thuwab.” Umar R.A bertanya lagi: “Aku bersumpah kepadamu demi Allah, adakah kamu itu dia?” Dia menjawab: “Ya Allah, ya (itulah aku).” Lalu Umar R.A memeluknya sambil menangis. Kemudian, Umar R.A membawanya bersama sehingga beliau mendudukkan Abu Muslim di antaranya dan antara Abu Bakar al-Siddiq R.A, lalu berkata: “Segala puji bagi Allah yang tidak mematikan aku sehinggalah Dia menunjukkan kepadaku umat Muhammad yang dijadikan padanya sebagaimana dijadikan pada Ibrahim al-Khalil A.S.”[2]

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahua‘lam.

Bertarikh: 21 Februari 2023 bersamaan 30 Rejab 1444H

[give_form id=”14962″]

[1] Lihat Siyar A‘lam al-Nubala’, 4/7-14; al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Ashab, 4/1757.

[2] Lihat Siyar A‘lam al-Nubala’, 4/8-9; al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Ashab, 4/1758.

Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda untuk penyelenggaraan operasi Maktabah Al-Bakri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *