Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Saya ada dengar terdapat 70,000 umat Muhammad SAW yang wajahnya seperti bulan penuh purnama. Benarkah begitu?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Jawabnya benar.

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya: Rasulullah SAW bersabda:

عُرِضَتْ عَلَيَّ الأُمَمُ، فَأَخَذَ النَّبِيُّ يَمُرُّ مَعَهُ الأُمَّةُ، وَالنَّبِيُّ يَمُرُّ مَعَهُ النَّفَرُ، وَالنَّبِيُّ يَمُرُّ مَعَهُ العَشَرَةُ، وَالنَّبِيُّ يَمُرُّ مَعَهُ الخَمْسَةُ، وَالنَّبِيُّ يَمُرُّ وَحْدَهُ، فَنَظَرْتُ فَإِذَا سَوَادٌ كَثِيرٌ، قُلْتُ: يَا جِبْرِيلُ، هَؤُلاَءِ أُمَّتِي؟ قَالَ: لاَ، وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الأُفُقِ، فَنَظَرْتُ فَإِذَا سَوَادٌ كَثِيرٌ، قَالَ: هَؤُلاَءِ أُمَّتُكَ، وَهَؤُلاَءِ سَبْعُونَ أَلْفًا قُدَّامَهُمْ لاَ حِسَابَ عَلَيْهِمْ وَلاَ عَذَابَ، قُلْتُ: وَلِمَ؟ قَالَ: كَانُوا لاَ يَكْتَوُونَ، وَلاَ يَسْتَرْقُونَ، وَلاَ يَتَطَيَّرُونَ، وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ” فَقَامَ إِلَيْهِ عُكَّاشَةُ بْنُ مِحْصَنٍ، فَقَالَ: ادْعُ اللهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ، قَالَ: «اللهُمَّ اجْعَلْهُ مِنْهُمْ» ثُمَّ قَامَ إِلَيْهِ رَجُلٌ آخَرُ قَالَ: ادْعُ اللهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ، قَالَ: «سَبَقَكَ بِهَا عُكَّاشَةُ».

Maksudnya: “Dibentangkan (ditunjukkan) kepadaku umat-umat (terdahulu). Lalu ada nabi yang berjalan bersamanya umat. Ada juga nabi yang berjalan bersamanya sekumpulan manusia. Ada juga nabi yang berjalan bersamanya sepuluh orang. Ada juga nabi yang berjalan bersamanya lima orang, dan ada juga nabi yang berjalan seorang diri (tanpa ada sesiapa pun bersamanya). Setelah itu, aku melihat, tiba-tiba satu bilangan yang sangat ramai sehingga nampak kehitaman (melebihi bilangan dalam umat). Aku pun bertanya: “Wahai Jibril, merekakah umatku?” Dia menjawab: “Bukan, tetapi lihatlah ke ufuk.” Aku lantas melihat, ternyata bilangan yang sangat ramai sehingga nampak kehitaman. Dia berkata: “Mereka itu adalah umatmu, dan tujuh puluh ribu orang yang paling hadapan, tidak ada hisab ke atas mereka, mahupun azab.” Aku bertanya: “Mengapa?” Dia menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang tidak berubat dengan menyelar badan dengan besi panas, tidak meminta dijampi, tidak melakukan tatayyur (menilik nasib), dan hanya kepada Tuhan merekalah mereka bertawakal.” Setelah itu, ‘Ukkasyah bin Mihsan R.A bangun berdiri menghampiri Nabi SAW, lalu berkata: “Berdoalah kepada Allah, agar Dia menjadikanku termasuk dalam kalangan mereka.” Baginda pun berdoa: “اللهُمَّ اجْعَلْهُ مِنْهُمْ” (Ya Allah, jadikanlah dia termasuk dalam kalangan mereka). Kemudian, seorang lelaki lain pula bangun berdiri menghampiri Baginda, lalu berkata: “Berdoalah kepada Allah, agar Dia menjadikanku termasuk dalam kalangan mereka.” Baginda bersabda: “ ‘Ukkasyah telah mendahului kamu dalam doa tersebut.”

Riwayat al-Bukhari (6541)

Berkenaan dengan wajah mereka, telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadith yang lain, kata Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَدْخُلُ الجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِي زُمْرَةٌ هُمْ سَبْعُونَ أَلْفًا، تُضِيءُ وُجُوهُهُمْ إِضَاءَةَ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ

Maksudnya: “Akan masuk syurga sekumpulan daripada umatku, mereka seramai tujuh puluh ribu orang, wajah mereka bersinar seperti bersinarnya bulan pada malam purnama.”

Riwayat al-Bukhari (6542)

Justeru, wajah mereka seperti bulan penuh purnama yang menggambarkan kecantikan atau ketampanan.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنَ الخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الجَنَّةَ وَمَا قرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَولٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لَنَا خَيْرًا

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu semua kebaikan yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta apa yang kami ketahui mahupun tidak kami ketahui. Kami berlindung kepada-Mu daripada semua keburukan, baik yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui. Ya Allah, sungguh kami memohon kepada-Mu dari kebaikan apa yang diminta oleh hamba dan Nabi-Mu Muhammad SAW kepada-Mu dan kami berlindung kepada-Mu dari apa yang diminta perlindungan oleh hamba dan nabi-Mu. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu syurga dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan mahupun perbuatan. Dan kami berlindung kepada-Mu dari neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan atau perbuatan. Dan kami memohon kepada-Mu semua takdir yang Engkau tentukan baik untuk kami.”

Leave a Reply