SOALAN

Apakah hukumnya jika kita bertawaf di Baitullah al-Haram sambil membawa beberapa botol air zamzam dengan niat untuk dijadikan ibu ubat bagi mengubati penyakit dan bagaimana pula dengan tawaf kita?

JAWAPAN

Antara sunat dalam tawaf (selepas tawaf) sebagaimana dinukilkan oleh Habib Hasan bin Ahmad bin Muhammad al-Kaff dalam al-Taqrirat al-Sadidah adalah meminum air zamzam sepuas-puasnya. (Lihat al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masa’il al-Mufidah, hlm. 483).

Daripada Jabir bin Abdillah RA telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَاءُ زَمْزَمَ، لِمَا شُرِبَ لَهُ

Maksudnya: “Air zamzam bergantung pada sesiapa yang meminumnya.”

Riwayat Ibn Majah (3062)

Nabi SAW sendiri mengakui fadhilat air zamzam yang mengenyangkan dan ubat bagi penyakit sebagaimana sabdanya:

إِنَّهَا مُبَارَكَةٌ، وَهِيَ طَعَامُ طُعْمٍ، ‌وَشِفَاءُ ‌سُقْمٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya ia mengandungi keberkatan. Ia makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit.”

Riwayat Abu Daud (459)

Justeru, tidaklah perlu dibawa tawaf kerana dibimbangi tertumpah atas orang lain. Ia juga boleh menganggu konsentrasi untuk beribadah dan berzikir ketika tawaf. Wallahu a’lam.

0 thoughts on “#5 Air Zamzam Tawaf Dijadikan Ubat

Leave a Reply