Tag Archives: Akidah

#48 Menjual Bunga Untuk Ritual Agama Lain

SOALAN Apakah hukum menjual bunga untuk ritual sembahyang agama lain? JAWAPAN Syariat Islam mengharuskan aktiviti jual beli dilangsungkan antara orang Islam dan bukan Islam. Antara dalilnya ialah hadis daripada Aisyah R.Anha: اشْتَرَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ يَهُودِيٍّ طَعَامًا بِنَسِيئَةٍ، وَرَهَنَهُ دِرْعَهُ Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah membeli daripada seorang Yahudi makanan (bijirin barli) […]

#46 Keadaan Haiwan Peliharaan di Akhirat

SOALAN Bolehkah saya bertemu semula dengan kucing peliharaan kesayangan saya yang telah meninggal dunia di akhirat nanti ? JAWAPAN Abu Hurairah R.A berkata: إن الله يحشر الخلق كلهم، كل دابة وطائر وإنسان، يقول للبهائم والطيركونوا ترابًا Maksudnya: “Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan makhluk kesemuanya (pada hari akhirat kelak). (Iaitu) setiap haiwan, burung-burung, dan juga manusia. Lalu […]

#38 Mangga Cinta Pengikat Cinta?

SOALAN Apakah hukum seseorang memasang love padlock di tempat-tempat tertentu, dengan berharap akan bertemu jodoh atau jodoh dengan pasangannya akan berkekalan? JAWAPAN Cinta yang ikhlas lahir daripada hati yang meletakkan sepenuhnya rasa penghambaan kepada Allah SWT. Cinta yang sebenar bukan lahir daripada ikhtiar yang syirik dan khurafat kepada-Nya. Tidak ada yang boleh memberi keburukan atau […]

#31 Ucap Takziah Kepada Bukan Muslim

SOALAN Bolehkah mengucapkan takziah kepada bukan Muslim atas pemergian ahli keluarganya? JAWAPAN Firman Allah SWT: لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّـهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana […]

#17 Benang Hitam Untuk Kanak-Kanak

SOALAN Apakah hukum penggunaan benang hitam yang dipakaikan kepada bayi yang sering menangis ? JAWAPAN Hukum pemakaian benang atau tali di tangan atau kaki bayi dengan keyakinan bahawa ia dapat mendatangkan manfaat atau mengelakkan kemudaratan adalah haram. Menurut W.W. Skeat, pemakaian benang atau tali hitam yang dijadikan gelang adalah amalan tradisi orang Melayu dulukala untuk […]

#13 Tanda 100 Hari Sebelum Mati

SOALAN Mengenai tanda-tanda kematian yang disebarkan melalui internet seperti tanda sebelum 100 hari dan lain-lain. Adakah ia boleh diguna pakai? JAWAPAN Kematian adalah termasuk dalam perkara ghaibiyyat / sam’iyyat. Allah menegaskan dalam al-Qur’an وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ Maksudnya: “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan […]

#10 Keadaan Kanak-Kanak Meninggal Dunia Semasa Kecil

SOALAN Bagaimanakah khabar bayi yang meninggal dunia? Benarkah dia mengingati ibu bapa dan saudaranya di dunia? Benarkah dia sedang menghuni syurga dan sedang diasuh oleh Nabi Ibrahim? Saya merindui arwah anak saya. JAWAPAN Imam al-Nawawi menyatakan, ijma’ ulama’ menyimpulkan bahawa kanak-kanak Muslim yang mati sebelum akil baligh akan berada di syurga. ‌أَجْمَعَ ‌مَنْ ‌يُعْتَدُّ ‌بِهِ […]

#5 Air Zamzam Tawaf Dijadikan Ubat

SOALAN Apakah hukumnya jika kita bertawaf di Baitullah al-Haram sambil membawa beberapa botol air zamzam dengan niat untuk dijadikan ibu ubat bagi mengubati penyakit dan bagaimana pula dengan tawaf kita? JAWAPAN Antara sunat dalam tawaf (selepas tawaf) sebagaimana dinukilkan oleh Habib Hasan bin Ahmad bin Muhammad al-Kaff dalam al-Taqrirat al-Sadidah adalah meminum air zamzam sepuas-puasnya. […]