SOALAN Bolehkah saya menunaikan solat sunat dalam keadaan saya masih ada solat fardhu yang belum diqadha’? JAWAPAN Telah ijma’ ulama’ bahawa mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja, wajib mengqadha’ solat tersebut. (Lihat al-Majmūʿ Syarḥ al-Muhazzab, 3/71). Di sisi mazhab Syafi’i, Imam al-Nawawi memperincikan masalah ini seperti berikut: Sekiranya seseorang meninggalkan solat kerana uzur syari’e seperti […]
Author Archives: maktabahalbakri
SOALAN Apakah hukum seseorang dengan sengaja menayangkan maksiat di khalayak? JAWAPAN Perbuatan mendedahkan maksiat sendiri secara terang-terangan adalah di antara dosa besar. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ […]
SOALAN Bagaimanakah seorang mualaf hendak melakukan solat dalam keadaan dia masih tidak menghafal Surah al-Fatihah? JAWAPAN Apabila seorang bukan Muslim sudah memasuki agama Islam, wajib ke atasnya mempelajari tatacara solat dan menunaikannya sekadar kemampuannya sebagai seorang yang baru mempelajari Islam. Pada asalnya, dua bacaan yang wajib dibaca dalam solat adalah Surah al-Fatihah, tasyahhud dan selawat […]
SOALAN Saya dan pasangan saya masih belajar di peringkat universiti. Namun kadang-kadang batas pergaulan kami melebihi yang sepatutnya. Secara jujurnya, kami ingin sangat untuk berkahwin secara nikah khitbah demi mengelakkan dosa maksiat ini. Bagi kami itu sahaja jalan penyelesaiannya iaitu kahwin. Permasalahannya jika kami berkahwin tanpa pengetahuan bapa kepada kekasih saya, iaitu bernikah di Thailand, […]
SOALAN Apakah hukum menderma organ dan tisu? Tidakkah ia dikira menyeksa mayat? JAWAPAN Sebahagian para ulama’ berpandangan hukum menderma organ adalah haram. Antara mereka yang berpandangan sebegini adalah Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi[1], Syeikh Ahmad bin Ahmad al-Khalili[2], Syeikh ‘Abd al-Salam Rahim al-Sukkari[3], Sayyid Muhammad Qutbuddin[4] dan Syeikh Sharif Muhammad ‘Abd al-Qadir. (Lihat Zar’ al-A’dha’ wa Hukmuhu […]
SOALAN Imam kampung saya perokok. Bolehkah saya solat di belakangnya? Sah ke? Atau lebih baik saya solat seorang diri? JAWAPAN Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi kali ke-37 pada 23 Mac 1995, Muzakarah telah memutuskan merokok itu adalah haram mengikut pandangan Islam. Antara kriteria imam adalah seperti yang disebutkan […]
SOALAN Apa hukumnya makan daging stik yang masih ada darah? JAWAPAN Di sisi ulama Syafi’iyyah, ada dua pendapat yang dinyatakan. Imam al-Nawawi dan Imam al-Subki menghukumkannya sebagai suci. Manakala pandangan sebahagian ulama’ Syafi’iyyah lain adalah ia najis yang dimaafkan iaitu halal memakannya. Tetapi jika bercampur dengan suatu yang asing seperti dijirus air, maka darah yang […]
SOALAN Apakah sah solat jika membaca “ولا الضالين” dengan ditebalkan bunyinya mirip ظ di dalam surah al-Fatihah? JAWAPAN Saya cenderung kepada tidak sah solat seseorang yang menukar sebutan huruf di dalam bacaan jika ia dilakukan dalam keadaan sengaja dan begitu juga tidak boleh berimamkan seseorang yang membaca al-Quran seperti ini melainkan dia tidak mampu lagi untuk […]
SOALAN Apakah hukum sengaja hadir lewat ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat? JAWAPAN Firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka […]
Apakah hukum darah yang keluar selepas pembedahan atau selepas makan ubat? JAWAPAN Imam al-Khatib al-Syarbini menjelaskan, sewaktu darah itu keluar dan berterusan keluar maka hendaklah wanita itu mengelakkan daripada solat dan perkara-perkara yang diharamkan sewaktu haid. Kemudian hendaklah dia menunggu dan meneliti darah tersebut sehingga sehari semalam (24 jam). Jika darah itu berterusan keluar atau […]