Category Archives: Bersuci

#3661: Was-was Terhadap Kasut Kulit Khinzir

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya mengalami waswas sudah hampir setahun dan saya sangat fobia melihat kasut kulit kerana dalam fikiran saya sering mengatakan itu dari kulit khinzir. Soalan saya, jika kita terlihat seorang rakan bukan Islam memakai kasut kulit yang mana tidak dipastikan sama ada itu kulit khinzir atau bukan kerana memang ada ternampak tiga […]

#3613: Was-was Digigit Anjing Ketika Tidur

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Bolehkah saya membasuh tangan di sungai dengan niat sertu dari najis mughallazah? Dulu semasa saya tidur di luar, saya tak pasti sama ada digigit anjing atau tidak, terkena air liur atau tidak. Saya cuma rasa kaki ditarik, dan bila terjaga, seekor anjing lari. Saya tidak pasti dan terlupa mengenaninya, sehinggalah beberapa […]

#3569: Mandi Wajib Dalam Keadaan Luka Berdarah

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan, sahkah mandi wajib kalau luka itu berdarah ketika dalam mandi? Plaster ditukar dua hari sekali. Mohon pencerahan. Terima kasih. Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak […]

#3542: Solat dengan Pakaian yang Terkena Darah Akibat Eczema

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan berkenaan eczema isteri saya. Isteri saya kena eczema seluruh badan sejak mengandungkan anak sulung kami pada 2017. Sehingga selepas kelahiran anak kedua pada 2019 dan sekarang ni, eczema dia masih belum baik bahkan ada bahagian yang sentiasa bernanah dan berdarah bila pecah. Jadi keadaan ini sangat mengganggunya terutamanya […]

#3541: Was-was Kentut

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan.Jika keluar sesuatu dari qubul dan dubur dan semamangnya kita memang terkena penyakit was was, adakah dikira tidak membatalkan wuduk kerana sentiasa rasa ada angin tetapi sebenarnya tiada? Jawapan Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam […]

#3537: Keluarnya Darah Tidak Membatalkan Wuduk

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Adakah keluarnya darah selain dari dua saluran qubul dan dubur termasuk dalam perkara yang membatalkan wuduk? Misalnya, keluar darah dari bekas luka di tangan dan seumpamanya. Mohon pencerahan. Terima kasih. Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan […]

#3490: Mengambil Wuduk Dalam Keadaan Tangan Masih Bernajis

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Apakah hukum mengambil wuduk dalam keadaan anggota wuduk masih bernajis? Contohnya, tangan yang terkena tahi ayam masih ada bau dan terus mengambil wuduk. Mohon pencerahan. Terima kasih. Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, […]

#3485: Terkena Najis Ketika Tubuh Badan Basah

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ingin bertanya tentang najis, jika seluruh badan kita basah dan terkena najis, adakah seluruh badan kita dikira bernajis? Sebab yang saya tahu, jika kurang 2 kolah, najis akan merebak. Harap dato dapat jelaskan. Terima kasih dato. Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi […]

#3482: Air Liur Basi Tidak Dikira Najis

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Assalamualaikum ustaz saya nak tanya, semua sedia maklum bahawa air liur basi itu najis tetapi di dalam infografik Jabatan Mufti Perak di facebook pada tarikh 9 april 2023 mengatakan air liur basi tidak najis, saya sebagai orang awam agak keliru di sini, jadi saya ingin bertanya pendapat ustaz mengenai fatwa perak […]

#3479: Percikan Air Basuhan ketika Membasuh Tangan dari Najis

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Ketika membasuh tangan di sinki, saya perasan air selalu terpercik balik ke muka saya, anggota badan lain atau pakaian saya. Saya selalu bimbang jika saya membasuh tangan kerana tersentuh najis, jadi air yang terpercik itu, merupakan air yang bernajis (tidak suci) juga. Jadi saya kerap membasuh balik tempat […]