Category Archives: Soal Jawab Agama

#3106: Cadangan untuk Mempercepatkan Proses Sesuatu Urusan

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya seorang Peguam yang mengendalikan urusan jual beli hartanah. Terdapat suatu urusan jual beli tanah melibatkan beberapa Tuan Tanah Bersama yang mana salah satu tuan tanah adalah Baitulmal. Kesemua tuan tanah kecuali Baitulmal telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut atas harga yang telah dipersetujui dengan pembeli. Walau bagaimanapun, bagi bahagian Baitulmal, […]

#3105: Tangan Berinai Ketika Mandi Wajib

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Adakah wajib untuk dihilangkan sesuatu di tangan sebelum mandi wajib? Contohnya ada sesuatu di tangan seperti terkena inai dan susah untuk dihilangkan. Ia mungkin boleh dihilangkan, tetapi ambil masa yang lama sedikit. Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli […]

#3104: Bolehkah Menunaikan Umrah dalam Tempoh ‘Iddah Kematian Suami?

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Kami baru kehilangan ayah semalam dan emak saya sedang di dalam tempoh ‘iddah. Kami telah merancang untuk pergi umrah (segala pembayaran telah dibuat) pada bulan 10. Mak saya telah berumur 67 tahun. Persoalannya, bolehkah emak saya pergi menunaikan umrah bersama kami pada bulan 10 nanti, atau dia kena melengkapkan tempoh ‘iddah? […]

#3103: Bekerja di Institusi Kewangan Tidak Patuh Syariah

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Sekarang saya bekerja di sebuah institusi kewangan patuh Syariah. Saya ingin tanya pendapat Dato’ Seri jika sekiranya saya tukar pekerjaan di institusi lain yang tidak patuh Syariah? Untuk makluman Dato’ Seri, pekerjaan saya hanya lebih tertumpu kepada auditing & governance. Mohon pencerahan. Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan […]

#3102: Bolehkah Bayar Fidyah Dahulu Baru Ganti Puasa?

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada kemusykilan tentang bayaran fidyah puasa. Saya pernah meninggalkan puasa selama beberapa tahun iaitu 2013, 2014, dan 2016. Soalan saya, apakah dibolehkan sekiranya saya membayar fidyah secara satu persatu mengikut tahun, atau saya perlu membayar semuanya secara pembayaran sekali sahaja (one-off) untuk ketiga-tiga tahun tersebut? Dan adakah sah jika saya […]

#3101: Adakah Sah Mahar dalam Bentuk Cek Disebutkan Sebagai Tunai?

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Saya ingin minta sedikit penjelasan mengenai mas kahwin yang tidak menggunakan wang tunai. Ada yang mengatakan, jika mas kahwin menggunakan cek, tidak sah jika disebut tunai kerana cek dianggap sebagai hutang. Isunya, mas kahwin sekarang  di sesetengah negeri mencapai ribuan ringgit, dan dari segi keselamatan ianya agak merbahaya untuk dibawa […]

#3100: Sya‘ir al-Rifaie

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Saya ingin mendapatkan pengesahan tentang sya‘ir al-Rifa‘ie yang trending di tiktok, amat lunak dan menarik alunannya. Apakah ini boleh? Bimbang terikut-ikut perkara yang tidak jelas dan dibenarkan. Jawapan: Waalaikumussalam w.b.t Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat […]

#3099: Mengamalkan Doa Dalam Keadaan Kadangkala Mempersoalkan Takdir

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan, berkenaan pos ini https://maktabahalbakri.com/2481-rasulullah-saw-pimpin-tangan-seseorang-di-akhirat-kelak/, bagaimana keadaannya jika seorang Muslim mengamalkan/membaca doa ini dalam keadaan hatinya kadangkala mempersoalkan takdir dan sebagainya? Adakah masih termasuk dalam golongan orang yang akan dipimpin Rasulullah SAW asbab membaca doa itu? Terima kasih. Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada […]

#3098: Menjawab Hadith Larangan Menulis Hadith Daripada Rasulullah SAW

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada beberapa soalan yang telah menghantui saya sejak kebelakangan ini. Saya pernah terbaca artikel bahawa Nabi SAW pernah melarang untuk merekodkan selain al-Quran (yakni hadith). Saya juga membaca bahawa Saidina Umar pernah melarang para sahabat untuk meriwayatkan hadith sehinggalah larangan ini diangkat pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Saya […]

#3097: Jeluak Bayi Terkena Pakaian Solat

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Adakah jeluak bayi yang terkena pada pakaian itu sah untuk solat? Atau hukumnya sama dengan muntah? Mohon pencerahan. Terima kasih. Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti […]