Category Archives: Solat Fardhu

#37 Doa Mustajab Pada “Penghujung Solat”

SOALAN Apakah maksud “doa yang mustajab pada penghujung solat”? JAWAPAN Antara waktu yang kita digalakkan untuk berdoa padanya bagi mendapatkan kemustajaban adalah pada penghujung solat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahili R.A bahawa Rasulullah S.A.W ditanyakan: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الدُّعَاءِ أَسْمَعُ قَالَ جَوْفُ اللَّيْلِ الآخِرُ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ Maksudnya: “Wahai […]

#34 Solat Memakai Stoking Nipis

SOALAN Salam, adakah jahitan pada stokin wanita yang menampakkan sedikit warna kulit dikira tidak sah untuk dibawa solat dan tawaf? Saya cuba menggunakan dua lapis stokin tapi masih kelihatan sedikit samar-samar warna kulit. JAWAPAN Antara syarat-syarat sah solat ialah menutup aurat. Di sisi mazhab Syafie, aurat bagi lelaki ialah bahagian tubuh antara pusat dan lutut, […]

#27 Qadha’ Solat atau Solat Sunat

SOALAN Bolehkah saya menunaikan solat sunat dalam keadaan saya masih ada solat fardhu yang belum diqadha’? JAWAPAN Telah ijma’ ulama’ bahawa mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja, wajib mengqadha’ solat tersebut. (Lihat al-Majmūʿ Syarḥ al-Muhazzab, 3/71). Di sisi mazhab Syafi’i, Imam al-Nawawi memperincikan masalah ini seperti berikut: Sekiranya seseorang meninggalkan solat kerana uzur syari’e seperti […]

#25 Mualaf Tidak Mahir Surah al-Fatihah Dalam Solat

SOALAN Bagaimanakah seorang mualaf hendak melakukan solat dalam keadaan dia masih tidak menghafal Surah al-Fatihah? JAWAPAN Apabila seorang bukan Muslim sudah memasuki agama Islam, wajib ke atasnya mempelajari tatacara solat dan menunaikannya sekadar kemampuannya sebagai seorang yang baru mempelajari Islam. Pada asalnya, dua bacaan yang wajib dibaca dalam solat adalah Surah al-Fatihah, tasyahhud dan selawat […]

#22 Imam Seorang Perokok

SOALAN Imam kampung saya perokok. Bolehkah saya solat di belakangnya? Sah ke? Atau lebih baik saya solat seorang diri? JAWAPAN Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi kali ke-37 pada 23 Mac 1995, Muzakarah telah memutuskan merokok itu adalah haram mengikut pandangan Islam. Antara kriteria imam adalah seperti yang disebutkan […]

#20 Makhraj Huruf Surah al-Fatihah

SOALAN Apakah sah solat jika membaca “ولا الضالين” dengan ditebalkan bunyinya mirip ظ di dalam surah al-Fatihah? JAWAPAN Saya cenderung kepada tidak sah solat seseorang yang menukar sebutan huruf di dalam bacaan jika ia dilakukan dalam keadaan sengaja dan begitu juga tidak boleh berimamkan seseorang yang membaca al-Quran seperti ini melainkan dia tidak mampu lagi untuk […]

#15 Solat dengan Memakai Singlet / Tidak Berbaju

SOALAN Bolehkah lelaki solat dengan memakai singlet? JAWAPAN Solat dengan memakai singlet, atau memakai baju yang mendedahkan kedua-dua bahu, atau tidak berbaju, hukumnya adalah makruh namun sah solatnya. Rasulullah SAW bersabda لاَ يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ مِنْهُ شَىْءٌ Maksudnya: “Janganlah salah seorang dari kamu solat dengan pakaian yang satu, yang mana […]