SOALAN

Bolehkah jama’ taqdim antara solat Jumaat dengan solat Asar?

JAWAPAN

Keharusan untuk menjamakkan solat dirumuskan berdasarkan beberapa hadis Nabi. Antaranya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal bahawa:

جَمَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ ‌بَيْنَ ‌الظُّهْرِ ‌وَالْعَصْرِ، وَبَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ

Maksudnya: “Rasulullah SW menjamakkan solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’ ketika dalam Perang Tabuk.

Riwayat Muslim (53)

Hukum jama’ taqdim antara solat Juma’at dan solat ‘Asar adalah dibolehkan berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh Imam al-Khatib al-Syirbini:

قوله (ويجوز للمسافر) سفر قصر (أن يجمع بين) صلاتي (الظهر والعصر في وقت أيهما شاء) تقديما وتأخيرا (و) أن يجمع (بين) صلاتي (المغرب والعشاء في وقت أيهما شاء) تقديما وتأخيرا . والجمعة كالظهر في جمع التقديم

Maksudnya: “(Dibolehkan bagi musafir) dalam jarak yang membolehkannya melakukan qasar solat (untuk menghimpunkan antara solat Zohor dan ‘Asar di waktu yang dikehendakinya), samada secara taqdim atau ta’khir (dan) menghimpunkan antara dua solat (Maghrib dan Isya’, di waktu yang dikehendakinya), samada secara taqdim atau ta’khir. Solat Juma’at hukumnya sama dengan solat Zohor dalam masalah jama’ taqdim,” (Lihat al-Iqna’ ‘ala Matn Abi Syuja’, 1/174-175)

Justeru, dibolehkan untuk jama’ taqdim antara solat Jumaat dengan solat Asar. Wallahu a’lam.

1 thoughts on “#4 Jama’ Taqdim antara Solat Jumaat dan Solat ‘Asar

  1. Norasmorni B. Husain says:

    Assalamualaikum Dato..

    Di dalam kapal Accomodation Work Barge (AWB) yang digunakan dalam pekerjaan pesisir pantai (offshore) industri oil & gas, terdapat speaker (pembesar suara) dalam tandas.

    Apabila azan berkumandang, bunyi azan juga akan berkumandang dalam tandas.

    Adakah dibolehkan keadaan tersebut? Atau adakah haram perbuatan membiarkan azan berkumandang sehingga dalam tandas?

Leave a Reply