#175 Akad Nikah Dalam Masjid

Rated 0 out of 5
RM6.00
-69%

Buku Fizikal

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00RM35.00
-32%

Siri Kematian

Fiqh Jenazah

Rated 0 out of 5
RM8.00RM15.00

Siri Solat Sunat

Solat Hari Raya

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Istisqa

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM10.00
-58%
Rated 0 out of 5
RM100.00

Siri Solat Sunat

Solat Musafir

Rated 0 out of 5
RM5.00

Soalan

Adakah Islam membenarkan akad nikah di masjid?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Masjid menurut istilah atau ‘urf boleh didefinisikan tempat yang disediakan bagi mengerjakan sembahyang untuk selama-lamanya.[1]

Secara asasnya, mengadakan upacara akad nikah di masjid atau di mana-mana tempat yang sesuai adalah dibolehkan. Berkaitan upacara akad nikah di masjid, Islam membenarkan perkara ini. Hal ini boleh dilihat sepertimana yang disebut dalam sebuah hadis bahawa Nabi SAW menikahkan seorang perempuan di dalam masjid.

Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:

أَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ ، وَاجْعَلُوهُ فِي الْمَسَاجِدِ ، وَاضْرِبُوا عَلَيْهِ بِالدُّفُوفِ

Maksudnya:Hebahkanlah akan pernikahan ini dan lakukanlah ia di masjid, dan palulah (raikannya) dengan memukul gendang (di luar masjid).”[2]

Imam al-Munawi mengatakan bahawa hadith ini menunjukkan bahawa akad nikah di masjid adalah harus. Beliau berkata, pada hadith ini menunjukkan bahawa melangsungkan akad nikah di masjid tidaklah dibenci, berbeza dengan jual beli dan yang semisalnya.”[3]

Berdasarkan hadis di atas juga, jumhur fuqaha’ telah mengharuskan akad nikah di masjid untuk keberkatan, dan untuk menghebahkannya.[4]

Ibnu Hajar al-Haitami menukilkan pandangan al-Baghawi dan lain-lain bahawa mengadakan akad nikah di masjid adalah perkara sunat di dalam perkahwinan.”[5]

Berdasarkan persoalan yang diajukan, kami berpendapat adalah dibolehkan untuk mengadakan akad nikah di masjid. Namun, hendaklah dijaga etika dan adab-adab serta peraturan yang telah ditetapkan ketika mana berada di masjid.

Antara adab-adabnya adalah sebagaimana berikut:

  • Melakukan ibadat-ibadat sunat seperti berwuduk, berniat iktikaf dan menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid dua rakaat sebelum duduk.
  • Memelihara adab berpakaian seperti memakai pakaian yang suci dan bersih dan menutup aurat.
  • Memelihara adab berhias dan berdandan dengan tidak berlebihan dan keterlaluan dalam berhias.
  • Menjaga larangan-larangan seperti larangan memasuki masjid lelaki dan wanita yang berhadas besar, termasuk bagi wanita yang sedang dalam haid.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga ada mengeluarkan garis panduan bertajuk Upacara Akad Nikah Di Masjid Dan Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengannya.[6]

Selain itu, kami ingin turut mencadangkan agar diwujudkan ruangan khas yang bukan di ruangan solat untuk mengadakan upacara akad nikah. Hal ini bagi memudahkan perempuan yang berada dalam keadaan hadas besar yang ingin turut serta bersama-sama dalam upacara tersebut.

Sebagai penutup, kami sertakan juga di sini keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun 2011. Muzakarah telah membincangkan Hukum Upacara Akad Nikah di Masjid dan keputusannya adalah seperti yang berikut:

Muzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama’ telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan. Walau bagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan.[7]

Semoga Allah SWT memberikan kita kefahamand dalam memahami agama ini. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh 4 Januari 2022 bersamaan 1 Jamadil Akhir 1443 H

 

[1] Lihat Mu’jam Lughah al-Fuqaha’, hlm. 428

[2] Riwayat al-Tirmizi (1089) dan al-Baihaqi (15095) dalam al-Sunan al-Kubra. Imam al-Tirmizi berkata: Hadis Hasan Gharib. Hadith ini dinilai dhaif sebagaimana di dalam Dhaif al-Tirmidzi (1089) kecuali pada lafaz “أَعْلِنُوا”.

[3] Lihat al-Taisir bi al-Syarh al-Jaami’ al-Soghir, 1/353

[4] Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 37/214

[5] Lihat Tuhfah al-Muhtaj, 14/229

[6] Lihat https://sppim.gov.my/pdf/panduan/panduan_akad_nikah-2013.pdf

[7] Lihat: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/10280

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search