#184 Biasiswa Untuk Nafkah Ibu Bapa

Rated 0 out of 5
RM6.00
-69%

Buku Fizikal

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00RM35.00
-32%

Siri Kematian

Fiqh Jenazah

Rated 0 out of 5
RM8.00RM15.00

Siri Solat Sunat

Solat Hari Raya

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Istisqa

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM10.00
-58%
Rated 0 out of 5
RM100.00

Siri Solat Sunat

Solat Musafir

Rated 0 out of 5
RM5.00

Soalan

Apakah hukum menggunakan duit biasasiswa pelajaran untuk keperluan ibu ayah?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, biasiswa bermaksud wang yang diberikan kepada pelajar utk membiayai atau membantu membiayai pelajarannya (biasanya di maktab atau di universiti)[1]

Secara asasnya, biasiswa kebiasaannya diberikan kepada golongan yang layak dan cemerlang di dalam pelajarannya. Ianya berbeza dengan zakat kerana zakat merupakan harta yang diberikan kepada golongan asnaf seperti yang ditentukan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

 إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَابْنِ السَّبِيلِ  فَرِيضَةً مِّنَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [2]

Jika zakat diberikan kepada golongan yang tidak berhak memilikinya, maka ia tidak sah. Berbeza dengan biasiswa. Hal ini kerana biasiswa tidak terikat dengan golongan asnaf yang telah ditetapkan di dalam syara’. Malah biasiswa ini diberikan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pemberi biasiswa tanpa mengira latar belakang penerimanya sama ada dalam golongan yang berkemampuan ataupun tidak.

Berdasarkan persoalan di atas, menggunakan duit biasiswa untuk kegunaan ibu ayah adalah harus. Hal ini kerana duit itu diberi sebagai hak milik seseorang dan baginya kuasa untuk menggunakannya seperti mana yang dia kehendaki, atau al-tasarruf. Ini berbeza sekiranya pemberi biasiswa telah menetapkan syarat supaya tidak boleh menggunakan wang tersebut selain untuk pelajaran tersebut. Namun sekiranya pemberi biasiswa tidak menetapkan syarat sedemikian, maka ianya harus digunakan dengan sebaiknya berdasarkan keperluannya. Apatahlagi dalam situasi ibu ayah itu dalam keadaan sakit, kefakiran dan kesusahan, maka menjadi tanggungjawab seorang anak, lelaki atau perempuan, setelah selesai keperluan dirinya, untuk menafkahi ibu bapanya dan itulah salah satu bentuk ihsan.[3]

Sekali lagi, kami berpendapat hendaklah digunakan terlebih dahulu biasiswa berkenaan untuk kewajipan pelajaran seperti yuran dan kos-kos wajib untuk pelajaran, kemudian untuk keperluan diri, dan akhir sekali, jika ada lebihan maka boleh diberikan kepada ibu ayah.

Semoga Allah memberikan kita keberkatan dalam harta yang kita miliki dan diberikan kefahaman yang baik dalam agama. Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنِّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.

Wallahua’lam.

Bertarikh 5 Januari 2022 bersamaan 2 Jamadil Akhir 1443 H

 

[1] Lihat: https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=biasiswa

[2] Surah al-Taubah (60)

[3] Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, (4/290-294), dan Fiqh al-Manhaji, (4/173-175)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search