#204 Melabur Harta Anak Yatim

Rated 0 out of 5
RM6.00
-69%

Buku Fizikal

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00RM35.00
-32%

Siri Kematian

Fiqh Jenazah

Rated 0 out of 5
RM8.00RM15.00

Siri Solat Sunat

Solat Hari Raya

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Istisqa

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM10.00
-58%
Rated 0 out of 5
RM100.00

Siri Solat Sunat

Solat Musafir

Rated 0 out of 5
RM5.00

Soalan

Adakah saya boleh melaburkan harta anak yatim yang diamanahkan kepada saya supaya dapat dijanakan keuntungan padanya?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Ibn Manzur menukilkan maksud yatim daripada Ibn Barriy: “Al-Yatim (الْيَتِيمُ) adalah bagi yang kematian ayah. Al-‘Ajiy (العَجِيُّ) bagi kematian ibu manakala al-Latim (اللَّطيم) pula adalah bagi yang kematian keduanya”.[1]

Imam al-Jurjani dalam kitabnya al-Ta’rifat menyebut: Yatim ialah seseorang yang bapanya telah meninggal dunia kerana nafkah adalah di atas tanggungjawab bapa tersebut, bukan atas ibu. Manakala bagi haiwan, yatim adalah apabila kematian ibunya kerana susu dan makanan adalah daripada ibu tersebut.[2]

Oleh itu, dapat difahami bahawa yatim pada istilah merujuk kepada kanak-kanak yang telah kematian bapa. Dan kanak-kanak tersebut pula belum mencapai usia baligh. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ يُتْمَ بَعْدَ احْتِلاَمٍ

Maksudnya: “Tidak dikira yatim setelah daripada baligh.”[3]

Syeikh Syams al-Haq al-‘Azim Abadi menukilkan kenyataan Ibn Ruslan yang menyebut: Apabila anak yatim sama ada lelaki atau perempuan telah mencapai usia baligh di mana mereka telah bermimpi seperti kebanyakan orang, maka hilanglah baginya status keyatiman secara hakikat dan berjalan ke atasnya hukum baligh.[4]

Di dalam kitab al-Muhazzab turut dinyatakan: Yatim adalah seorang yang tidak mempunyai bapa dan dia belum baligh. Tidak dinamakan yatim bagi orang yang sudah baligh.[5]

Menjaga harta anak-anak yatim diletakkan dibawah tanggungjawab wali yang telah dipilih dan dilantik oleh hakim. Setiap wali yang dipilih wajib memastikan harta anak-anak yatim tersebut selamat dan diuruskan dengan sempurna sebelum dikembalikan semula kepada anak-anak yatim tersebut. Allah SWT telah berfirman:

وَلَا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ الَّتِي جَعَلَ اللَّـهُ لَكُمْ قِيَامًا وَارْزُقُوهُمْ فِيهَا وَاكْسُوهُمْ وَقُولُوا لَهُمْ قَوْلًا مَّعْرُوفًا

Maksudnya: “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.”[6]

Syeikh al-Maraghi menyebut kita dilarang memberi harta kepada orang yang belum sempurna akal (dalam jagaan kamu). Harta tersebut boleh diserahkan kepada anak yatim setelah mereka mencapai umur dewasa. Dalam situasi ini, janganlah kamu serahkan mereka harta tersebut kepada mereka agar tidak disia-siakan. Oleh hal yang demikian, peliharalah harta tersebut untuk mereka hingga mereka mampu berfikir dengan matang.[7]

Menjawab kepada persoalan di atas, hukum wali melaburkan atau meniagakan harta anak-anak yatim yang berada di bawah jagaannya adalah harus dan dibolehkan. Hal ini berpandukan kepada satu hadis, Nabi SAW bersabda:

أَلاَ مَنْ وَلِيَ يَتِيمًا لَهُ مَالٌ فَلْيَتَّجِرْ فِيهِ وَلاَ يَتْرُكْهُ حَتَّى تَأْكُلَهُ الصَّدَقَةُ

Maksudnya:Hendaklah bagi sesiapa yang menjaga harta anak yatim memperniagakan harta tersebut, supaya ianya tidak ditinggal dimakan zakat.”[8]

Demikian juga hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik R.A, Nabi SAW bersabda:

اتَّجِروا في مالِ اليتَامَى لا تَأكلُهَا الزكاةُ

Maksudnya:Niagakanlah harta anak yatim, sehingga ianya tidak dimakan zakat.”[9]

Syeikh al-Mubarakfur menyatakan: Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad berpendangan bahawa diwajibkan zakat ke atas harta anak yatim. Ibn Malik menyebut harta anak yatim dikenakan zakat dan akan menyebabkan berkuranglah harta tersebut sedikit demi sedikit. [10]

Hadith di atas menunjukkan, harta anak yatim dikenakan zakat sekiranya telah mencapai haul dan nisab yang ditetapkan. Harta itu perlu diuruskan dengan sebaiknya agar kebajikan anak tersebut terjamin pada masa hadapan. Justeru bagi mengelakkan harta tersebut terus susut dan berkurang disebabkan pembayaran zakat, maka adalah lebih baik bagi wali untuk mengembangkan dan menyuburkan harta tersebut dengan cara yang dilaburkan atau diletakkan dalam akaun simpanan tetap (fix deposit) atau Tabung Haji

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, kami cenderung menyatakan bahawa harta faraid milik anak yatim adalah harus dan dibolehkan untuk diurusniagakan oleh walinya sekiranya harta tersebut melebihi had nisob yang wajib dikenakan zakat. Ini bagi mengelakkan harta tersebut terus berkurang dari tahun ke tahun disebabkan pembayaran zakat. Namun begitu, wali perlulah menjamin harta tersebut daripada lesap dan terus hilang disebabkan oleh pelaburan yang merugikan. Demikian juga, sekiranya nilai harta tersebut adalah kurang daripada nilai nisob wajib zakat, maka sebaiknya harta tersebut dimasukkan ke dalam akaun simpanan tetap (fix deposit) atau Tabung Haji. Elakkan dengan sewenang-sewenangnya melabur harta anak yatim yang berakhir dengan lebur dan lesap begitu sahaja.

Semoga apa yang disampaikan ini memberi kefahaman dan pencerahan kepada kita semua dalam melayari kehidupan mengikut neraca Islam yang sebenar. Amin

Wallahua`lam.

Bertarikh 5 Januari 2022 bersamaan 2 Jamadil Akhir 1443 H

[1] Lihat Lisan al-‘Arab, 15/29

[2] Lihat al-Ta’rifat, hlm. 254

[3] Riwayat Abu Dawud (2873)

[4] Lihat ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 8/76

[5] Lihat al-Muhazzab, 2/247

[6] Surah al-Nisa’ : 5

[7] Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/1088)

[8] Riwayat al-Tirmidzi (641)

[9] Riwayat Malik dalam al-Muwatta’ (592)

[10] Lihat Tuhfah al-Ahwadzi, 3/297)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search