• Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

No products in the cart.

No Result
View All Result
  • Login
  • Register
No Result
View All Result
Maktabah al Bakri
No Result
View All Result
Home Soal Jawab Agama

#2363: Tersalah Membaca Doa Qunut

by Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
July 25, 2023
Reading Time: 3 mins read
0
0
Share on WhatsappShare on Facebook

Soalan:

Assalamualaikum Dato Seri saya ingin bertanya, saya pernah tersalah baca doa qunut di dalam solat. Tetapi saya hanya menyedarinya selepas selesai solat. Adakah sah solat saya?

 

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Perkataan Qunut (الْقُنُوْتُ) adalah daripada Bahasa Arab yang membawa beberapa makna seperti berdiri lama, diam, selalu taat, tunduk, doa dan khusuk. Manakala maksud doa Qunut secara istilah adalah doa yang dibaca seorang Muslim dalam solat pada tempat yang dikhususkan semasa berdiri.

Membaca qunut adalah semasa iktidal dalam rakaat yang kedua ketika solat Subuh dan dalam rakaat yang kedua dalam solat Witir pada separuh yang kedua di dalam bulan Ramadhan. Begitu juga dalam rakaat yang akhir pada mana-mana solat bagi qunut Nazilah. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/145)

Hal ini adalah berdasarkan kepada riwayat daripada Muhammad bin Sirin bahawa beliau bertanya kepada Anas R.A:

هَلْ قَنَتَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ؟ قَالَ: نَعَمْ، بَعْدَ الرُّكُوعِ يَسِيرًا

Maksudnya: “Adakah Rasulullah SAW melakukan qunut dalam solat Subuh? Beliau menjawab: ‘Ya, Baginda melakukan qunut dalam solat, tidak berapa lama selepas rukuk.’”

Riwayat Muslim (677)

Dalam Riwayat lain  Anas Bin Malik  berkata :

مَا زَالَ رُسُولُ اللهِ ﷺ يَقْنُتُ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ حَتَّى فَارَقَ الدُنْيَا

Maksudnya: Rasulullah SAW masih membaca doa qunut dalam solat subuh sehingga Baginda wafat.

Riwayat Ahmad (12657), Ibn Hajar al-A’sqalani menilai hadith ini sebagai Hasan dalam Futuhat al-Rabbaniyyah,hlm.2/287

Al-Khatib al-Syarbini menyatakan : Disunatkan membaca qunut subuh ketika I’tida’ pada rakaat yang ke dua selepas membaca doa I’tidal’, ini juga sepertimana yang disebutkan oleh al-baghawi dan dibenarkan oleh al-Isnawi. Beliau menukalkan lagi bahawa al-Mawardi menyatakan : Tempat untuk membaca qunut adalah selepas selasai dari membaca “سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَك الْحَمْدُ”. (Lihat Mughni al Muhtaj, 1/368)

Imam al-Syafi’e menyatakan dalam kitabnya al-Umm : Tidak dibacakan doa qunut dalam sembahyang kecuali sembahyang Subuh, kecuali jika  berlakunya bencana maka  dibolehkan untuk membaca doa qunut dalam semua sembahyang jika Imam menghendakinya. (Lihat al-Umm,1/236)

Menjawab bagi persoalan di atas kami nyatakan bahawa tersalah dalam membaca qunut tidaklah menyebabkan solat itu terbatal atau tidak sah. Ini kerana qunut merupakan salah satu daripada sunat aba’d iaitu perkara sunat dalam solat yang mana sekiranya terlupa melakukannya maka kita disunatkan untuk sujud sahwi. Telah dinyatakan dalam Fiqh al-Manhaji bahawa : Hukum sujud sahwi itu adalah sunat apabila terjadinya salah satu daripada sebab-sebabnya (Lihat Fiqh al-Manhaji, 1/443)

Berkaitan doa qunut yang tersalah dibaca kami katakan, sekiranya ia tidak disengajakan maka ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap sahnya solat. Ini juga sebagaimana yang telah diriwayatkan Zar al-Ghifari R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengampunkan ke atas umatku (perbuatan-perbuatan yang dilakukan) secara tersilap, terlupa, dan juga suatu yang dipaksa ke atas mereka.”

Riwayat Ibn Majah (2043)

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang jelas dalam beribadat kepada dan kami akhiri dengan doa :

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”

Surah Ibrahim (40)

Wallahu a‘lam

Bertarikh: 20 Julai 2023 bersamaan 1 Muharram 1445 H

Previous Post

#2362: Kerja Menguruskan Permohonan Lesen Minuman Keras

Next Post

#2364: Memakan Burung Layang-Layang

Next Post
#2364: Memakan Burung Layang-Layang

#2364: Memakan Burung Layang-Layang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result

Recent Posts

  • #4738: Tujuh Dosa Besar
  • #4737: Mengelak Fitnah
  • #4736: Mengacah Senjata
  • #4735: Zaman Menjadi Lebih Teruk
  • #4734: Anjuran Bersedekah Untuk Orang yang Mati Secara Mengejut

Recent Comments

  • izi on #1848: Menggugurkan Kandungan Haiwan
  • MOHD FAISAL on #404 Tawaf Wada‘ bagi Jemaah yang Ingin ke Taif
  • ckyn25 on #4431: Kefardhuan Haji Saat Pandemik Covid-19
  • mzaherrzainal on #4638: Kisah Nabi Yunus A.S dan Ikan Nun
  • ismal8507 on #4694: Bahaya Istidraj
  • Privacy Policy
  • Shipping, Cancellation & Refund Policy
  • Terms & Conditions
Hubungi kami: +60199003469

© 2023 Maktabah Al-Bakri

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

© 2023 Maktabah Al-Bakri

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

Insert/edit link

Enter the destination URL

Or link to existing content

    No search term specified. Showing recent items. Search or use up and down arrow keys to select an item.