• Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

No products in the cart.

No Result
View All Result
  • Login
  • Register
No Result
View All Result
Maktabah al Bakri
No Result
View All Result
Home Korban dan Aqiqah

#3007: Akikah Dengan Haiwan Bunting

by Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
October 27, 2023
Reading Time: 4 mins read
0
0
Share on WhatsappShare on Facebook

Soalan:

Assalamualaikum Dato Seri saya ingin bertanya, saya menyembelih aqiqah untuk anak saya. Saya menyembelih aqiqah biri-biri betina. Saya sudah pastikan dan bertanyakan pada dua orang yang mahir akan penternakan, adakah biri-biri ini bunting atau tidak. Mereka kata tidak bunting. Setelah disembelih, didapati ada janin sebesar tapak tangan, tiada bulu dan berbentuk seperti kambing. Adakah sah syarat akikah tersebut? Syarat aqiqah salah satunya adalah tidak bunting.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Akikah bermaksud penyembelihan binatang korban sebagai tanda syukur di atas kelahiran anak beserta niat dan syarat-syarat tertentu. (Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 30/276).

Hukum bagi pelaksanaan aqiqah ialah sunat muakkad bagi yang berkemampuan. (Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 8/426). Asal pensyariatannya adalah berdasarkan sebuah hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada akikahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah akikah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya.”

Riwayat al-Bukhari (2839)

Begitu juga hadith Abdullah Bin Amru bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

Maksudnya: Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing.”

Riwayat Abu Daud (2842)

Pada asasnya haiwan yang boleh untuk dijadikan sebagai akikah adalah sama dengan haiwan yang boleh untuk dijadikan sebagai korban, dari sudut cukup umurnya dan selamat daripada aib serta kecacatan yang mengurangkan daging.

Imam al-Nawawi jelas menyebutkan, haiwan yang sah untuk dijadikan sebagai akikah ialah haiwan yang sah untuk dijadikan sebagai korban. Justeru, tidak sah sebagai akikah kambing biri-biri (ضَأْن) yang kurang usianya daripada jaza‘ah atau daripada kambing (مَعِز), unta dan lembu yang kurang usianya daripada thaniyyah. Inilah pendapat yang sahih lagi masyhur dan ia merupakan pendapat yang telah diputuskan oleh jumhur.  Walau bagaimanapun, terdapat pendapat dalam kalangan ulama mazhab Syafi‘i sebagaimana dinukilkan oleh al-Mawardi dan selainnya bahawa sah akikah dengan kambing biri-biri (ضَأْن) yang kurang usianya daripada jaza‘ah atau daripada kambing (مَعِز) yang kurang usianya daripada thaniyyah. Akan tetapi pendapat muktamad dalam mazhab Syafi‘i ialah pendapat yang pertama. (Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 8/429).

Begitu juga, Dr. Muhammad al-Zuhaili ada menyebutkan, disyaratkan pada akikah apa yang disyaratkan pada korban iaitu hendaklah dilaksanakan dengan kambing (غَنَم) dan seluruh haiwan ternakan (iaitu kambing, lembu atau unta). Tidak sah untuk dilakukan akikah pada kambing biri-biri (ضَأْن) yang kurang usianya daripada jaza‘ah atau daripada kambing (مَعِز), lembu dan unta yang kurang usianya daripada thaniyyah. (Lihat al-Mu‘tamad fi al-Fiqh al-Syafi‘i, 2/494).

Berkenaan dengan syarat-syarat haiwan yang boleh dijadikan aqiqah kami telah membahaskan  pada artikel yang bertajuk #2126: Haiwan Akikah Boleh dengan Goat (Kambing Biasa) atau Mesti Sheep (Biri-Biri)? Untuk mengatahui dengan lebih lanjut blehah merujuk pada link yang kami sediakan di bawah.[1]

Menjawab bagi persoalan di atas kami katakan antara syarat haiwan yang boleh dijadikan aqiqah atau korban ialah haiwan yang tidak cacat yang boleh mengurangkan daging. Hal ini berdasarkan hadith yang telah diriwayatkan daripada al-Barra’ Bin Azib R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَرْبَعٌ لاَ تُجْزِيْ فِي الأَضَاحِي: الْعَوْرَاءُ بَيِّنٌ عَوَرُهَا وَالْمَرِيضَةُ بَيِّنٌ مَرَضُهَا وَالْعَرْجَاءِ بَيِّنٌ عَرَجُهَا وَلاَ الْعَجْفَاءُ الَّتِى لاَ تُنْقِ

Maksudnya: “Empat perkara yang menyebabkan binatang tidak sah dijadikan qurban ialah binatang yang jelas buta sebelah matanya, penyakit yang nyata, jelas tempangnya, dan terlalu kurus hingga menampakkan tulang.”

Riwayat al-Tirmizi (1497); riwayat Abu Daud (2802)

Menurut Dr. Muhammad al-Zuhaili, semua kecacatan dan aib yang menyebabkan kurangnya daging haiwan itu diqiaskan kepada empat kecacatan tersebut (yang dinyatakan dalam hadith di atas). (Lihat al-Mu‘tamad fi al-Fiqh al-Syafi‘i, 2/482).

Dalam isu ini kami katakan haiwan yang hamil adalah sah dijadikan akikah atau korban mengikut pandangan majoriti ulama. Hal ini telah dinyatakan dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah  bahawa: majoriti fuqaha tidak menyebutkan kehamilan sebagai suatu kecacatan pada haiwan korban melainkan ulama mazhab Syafi‘i berpendapat, tidak sah untuk menjadikan haiwan yang hamil sebagai haiwan korban kerana kehamilan itu telah merosakkan bahagian dalamnya dan menjadikan dagingnya tidak berkualiti. (Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 16/281

Syaikh Islam Ibn Taimiyyah menyatakan: Melakukan korban dengan haiwan yang hamil adalah dibolehkan . Sekiranya yang keluar dari haiwan tersebut dalam keadaan mati maka penyembelihannya adalah dengan menyembelih ibunya. Ini merupakan pandangan mazhab  al-Syafi’e, Ahmad dan selainnya. (Lihat Majmu’ Fatawa,26/307)
Justeru kami katakan aqiqah yang dilakukan dengan kambing yang hamil adalah sah kerana ia tidak termasuk dalam kecacatan kerana ia tidak melibatkan kecacatan yang akan mempengaruhi kualiti daging haiwan, seperti yang telah dijelaskan dalam hadith di atas.

Semoga Allah memberikan kefahaman yang baik dalam melaksanakan segala titah perintahnya dan kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Wallahua’lam

[1] https://maktabahalbakri.com/2126-haiwan-akikah-boleh-dengan-goat-kambing-biasa-atau-mesti-sheep-biri-biri/

Di akses pada 4 september 2023

Bertarikh: 12 September 2023 bersamaan 26 Safar 1445

Tags: Aqiqahhaiwan aqiqah
Previous Post

#3006: Isteri Membuat Ta’liq

Next Post

#3008: Terlanjur (Berzina)

Next Post

#3008: Terlanjur (Berzina)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result

Recent Posts

  • #5001: Kenapa Dato’ Seri Jawab Soalan?
  • #5000: Busuk Daging dengan Sebab Bani Isra’il
  • #4999: Apakah Nabi SAW Pernah Lupa?
  • #4998: Kanak-kanak Mendapat Pahala Amal Kebaikan dan Diangkat  Daripada Mereka  Dosa
  • #4997: Marah Ketika Memberi Peringatan Jika Dilihat Sesuatu yang Tidak Betul

Recent Comments

  • Pakde Min on #119 Turutan Kelayakan Imam Solat
  • Qalisya Nair on #706 Keutamaan Antara Puasa Qadha’ Ramadhan dan Puasa Nazar
  • Nor Azizul Bin Khalil on #2549: Benarkah Rasulullah SAW Mempunyai Ayam Jantan?
  • Achika on #330: A Wife Following the Funeral Procession of Her Husband
  • BahakDean on #5001: Kenapa Dato’ Seri Jawab Soalan?
  • Privacy Policy
  • Shipping, Cancellation & Refund Policy
  • Terms & Conditions
Hubungi kami: +60199003469

© 2023 Maktabah Al-Bakri

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

© 2023 Maktabah Al-Bakri

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

Insert/edit link

Enter the destination URL

Or link to existing content

    No search term specified. Showing recent items. Search or use up and down arrow keys to select an item.