• Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

No products in the cart.

No Result
View All Result
  • Login
  • Register
No Result
View All Result
Maktabah al Bakri
No Result
View All Result
Home Soal Jawab Agama Halal & Haram

#3174: Bayar Zakat Lebih daripada Jumlah Patut Bayar Kerana Ingin Claim Rebat Cukai Pendapatan

by Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
September 20, 2023
Reading Time: 3 mins read
0
0
Share on WhatsappShare on Facebook

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Bolehkah kita bayar zakat lebih daripada jumlah yang patut kita bayar, sebab nak claim rebat cukai pendapatan? Contoh gaji RM 100 ribu, kita bayar zakat RM4000 walaupun nilai zakat ialah RM2500 supaya dapat claim banyak rebat? Sebab ada kata tak jujur dalam claim sebab lebihan itu hanya dikira sedekah, bukan zakat.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Pertama: Hendaklah kita betulkan niat dalam apa jua amalan dan perbuatan yang kita lakukan.

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda :

وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَـوَى

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap orang memperolehi apa yang diniatkan.”

Riwayat al-Bukhari (1)

Begitu juga kaedah fiqh menyebutkan:

الْأُمُوْرُ بِمَقَاصِدِهَا

Maksudnya: “Setiap perkara bergantung kepada niatnya.” (Lihat al-Asybah wa al-Naza’ir oleh al-Suyuti, hlm. 30)

Kedua: Perbuatan melebihkan bayaran zakat daripada kiraan yang sepatutnya adalah merupakan amalan yang baik dan termasuk dalam perkara sunat yang digalakkan.

Hal ini sepertimana yang dinyatakan menerusi firman Allah SWT:

فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ

Maksudnya: “Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya.”

(Surah al-Baqarah: 184)

Begitu juga, dalam hadith, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَإِذَا كَانَتْ سَائِمَةُ الرَّجُلِ نَاقِصَةً مِنْ أَرْبَعِينَ شَاةً وَاحِدَةً، فَلَيْسَ فِيهَا صَدَقَةٌ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ رَبُّهَا

Maksudnya: Jika seseorang mempunyai kambing saa’imah 39 ekor, maka dia tidak wajib membayar zakat, kecuali jika si pemilik rela hati dan suka membayarnya (maka dia boleh mengeluarkan zakat dan pihak amil boleh menerimanya).”

Riwayat al-Bukhari (1454)

Selain itu, terdapat juga kaedah fiqh yang menyebut:

مَا كَانَ أَكْثَرَ فِعْلًا كَانَ أَكْثَرَ فَضْلًا

Maksudnya: “Perkara yang lebih banyak perbuatan atau pengorbanan, maka lebih banyak fadhilatnya (kelebihan).” (Lihat al-Asybah wa al-Nazha’ir, hlm. 143)

Justeru, kami katakan bahawa apa yang saudara lakukan itu adalah boleh dan tiada masalah. Bahkan, perbuatan saudara adalah sesuatu yang terpuji di mana bayaran zakat mengikut kiraan Syarak adalah wajib, manakala melebihkan bayaran zakat adalah termasuk ibadah sunat yang digalakkan dalam agama Islam.

Begitu juga kami berpendapat, terkadang-kadang kita terlupa dan terkurang dalam membayar zakat. Justeru, dengan berlaku lebihan seperti ini, kita mengharapkan apa yang kita lupa dan kurang itu dapat menampung kelemahan dan kecuaian kita dalam menunaikan zakat.

Keduanya, pastikan niat kita semata-mata kerana Allah SWT untuk melaksanakan hukum Islam, iaitu membayar zakat dengan sesempurnanya. Bukan bertujuan melarikan diri daripada cukai atau apa-apa tujuan yang lain.

Kami akhiri dengan doa:

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبُّنَا لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنَا وَنَحْنُ عَبِيْدُكَ، وَنَحْنُ عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْنَا، نَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْنَا، نَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيْنَا، وَنَبُوْءُ بِذُنُوْبِنَا، فَاغْفِرْ لَنَا فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya: “Ya Allah, Engkau adalah Tuhan kami. Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan kami dan kami adalah hamba-Mu. Kami akan setia pada perjanjian kami pada-Mu dan janji-Mu dengan sedaya upaya kami. Kami berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang kami lakukan. Kami mengakui nikmat-Mu kepada kami dan kami mengakui dosa kami, maka ampunilah kami. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”

Bertarikh: 20 September 2023 bersamaan 4 Rabiulawwal 1445

Previous Post

#3173: Peranan Manusia dalam Menghadapi Artificial Intelligence

Next Post

#3175: Faraid; Tanah Milik Si Mati Yang Namanya Masih Tuan Asal

Next Post

#3175: Faraid; Tanah Milik Si Mati Yang Namanya Masih Tuan Asal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result

Recent Posts

  • #4738: Tujuh Dosa Besar
  • #4737: Mengelak Fitnah
  • #4736: Mengacah Senjata
  • #4735: Zaman Menjadi Lebih Teruk
  • #4734: Anjuran Bersedekah Untuk Orang yang Mati Secara Mengejut

Recent Comments

  • ckyn25 on #4431: Kefardhuan Haji Saat Pandemik Covid-19
  • mzaherrzainal on #4638: Kisah Nabi Yunus A.S dan Ikan Nun
  • ismal8507 on #4694: Bahaya Istidraj
  • harrafiq on #4672: Hikmah Disebalik Kewujudan Maksiat Dan Kemungkaran
  • bahamizan on #4601: Wanita Tua Tak Layak Masuk Syurga?
  • Privacy Policy
  • Shipping, Cancellation & Refund Policy
  • Terms & Conditions
Hubungi kami: +60199003469

© 2023 Maktabah Al-Bakri

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

© 2023 Maktabah Al-Bakri

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

Insert/edit link

Enter the destination URL

Or link to existing content

    No search term specified. Showing recent items. Search or use up and down arrow keys to select an item.