#403 Pemerintah Menetapkan Harga Barang

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-60%
Rated 0 out of 5
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00

Soalan

Adakah dibenarkan untuk mengambil untung yang melampau dalam perniagaan dan bolehkah pemerintah menetapkan harga bagi sesuatu barang?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Pada asasnya, Islam tidak menetapkan had khusus bagi keuntungan dalam perniagaan. Namun apabila melibatkan penipuan, menganiaya orang lain, dan harga terlampau tinggi bagi barang-barang keperluan, maka di sana fiqh membincangkan hak khiyar (pilihan untuk membatalkan akad) bagi pihak yang terperdaya. Berikut kami sebutkan beberapa contoh berdasarkan kitab al-Fiqh al-Manhaji[1] tentang aktiviti memanipulasi harga secara salah:

  • Talaqqi al-Rukban (Memintas pedagang): Seorang peniaga memintas para pedagang yang bakal datang ke kawasannya. Dia memperdaya mereka dengan mengatakan barangan yang bakal mereka jual sudah bertimbun di kawasannya dan dijual dengan harga yang rendah. Perbuatan peniaga ini bertujuan membeli barangan tersebut dengan harga yang lebih rendah daripada harga asal. Jual beli tersebut sah tetapi haram kerana wujudnya unsur penipuan. Apabila para pedagang tadi tiba ke kawasan perniagaan dan mengetahui harga pasaran yang sebenar selain menyedari mereka telah ditipu (maghbunun), mereka berhak menuntut khiyar dan membatalkan jual beli tadi. Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah RA berkata:

أَنَّ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُتَلَقَّى جَلَبُ فَإِنْ تَلَقَّاهُ إِنْسَانٌ فَابْتَاعَهُ فَصَاحِبُ السِّلْعَةِ فِيهَا بِالْخِيَارِ إِذَا وَرَدَ السُّوقَ

Maksudnya:Nabi SAW melarang manusia memintas dagangan, jika ia dipintas oleh seseorang dan orang ini membelinya maka pemilik barangan tadi berhak menuntut khiyar jika dia tiba di pasar.”[2]

  • Ihtikar: Ia bermaksud membeli barangan yang disenaraikan sebagai makanan asasi daripada pasaran ketika barangan tersebut amat diperlukan oleh pengguna. Barangan tersebut dihimpun dan disorok dengan tujuan menaikkan harganya berlipat kali ganda dan kemudian dijual sedikit demi sedikit dengan mengeksploitasi keperluan orang ramai. Perbuatan seperti ini adalah haram berpandukan hadith Nabi SAW:

لاَ يَحتَكِرُ إِلاَّ خَاطِئٌ

Maksudnya: “Monopoli hanya dilakukan oleh orang yang bersalah.”[3]

Jika orang ramai amat memerlukan makanan asasi tersebut atau keadaan menjadi dharurat, orang yang memonopoli tadi boleh dipaksa (oleh pemerintah untuk) menjual barangan tersebut dengan harga yang munasabah. Jika dia ingkar, hakim boleh menjual barangan tersebut bagi pihaknya dan hasil jualan diserahkan kepadanya.

Keharusan Pemerintah Menetapkan Harga Barang

Sekiranya berlaku kenaikan harga pada barang keperluan asas masyarakat, adakah pihak berkuasa berhak menentukan harga barang? Terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, katanya:

غَلَا السِّعْرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ سَعِّرْ لَنَا فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمُسَعِّرُ الْقَابِضُ الْبَاسِطُ الرَّزَّاقُ وَإِنِّي لَأَرْجُو أَنْ أَلْقَى رَبِّي وَلَيْسَ أَحَدٌ مِنْكُمْ يَطْلُبُنِي بِمَظْلِمَةٍ فِي دَمٍ وَلَا مَالٍ

Maksudnya:Pernah terjadi kenaikan harga pada masa Rasulullah SAW, maka orang-orang berkata: Wahai Rasulullah, tetapkanlah harga untuk kami. Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah Sang Penetap Harga, Penggenggam, Pembentang dan Pemberi Rezeki. Aku berharap bertemu dengan Tuhanku dan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntut perbuatan zalim yang aku pernah lakukan kepadanya, baik berupa darah (qisas) maupun harta.”[4]

Syeikh Muhammad al-Zuhaili menyatakan: Hadith ini adalah dalil bahawa haram bagi pemerintah untuk menetapkan harga barang mengikut pendapat yang muktamad dalam mazhab. Pendapat yang lemah mengatakan bahawa dibenarkan ke atas pemerintah untuk menetapkan harga pada waktu ghala’ (gawat) bagi makanan. Sekiranya pemerintah menetapkan harga barang dan peniaga menyelisihi perintah berkenaan, dibenarkan kepada pemerintah untuk mengenakan hukuman ta`zir kepadanya. Walau bagaimanapun, hukum jual beli itu adalah sahih, mengikut pendapat yang asah (lebih sahih). [5]

Syeikh Muhammad Taqi Uthmani berkata: “Sesungguhnya tas`ir (penetapan harga barang) tidak boleh dilaksanakan, melainkan pada keadaan-keadaan yang luar biasa, apabila manusia berada dalam keadaan terdesak akibat harga yang terlalu ditinggi pada barang-barang yang manusia berhajat kepadanya seperti makanan, minuman dan pakaian. Jika tidak berlaku keadaan sedemikian, maka hukum asalnya hendaklah dibiarkan para peniaga dan pembeli untuk berniaga berdasarkan harga yang mereka suka. Pada zahirnya, jika tidak berlaku ihtikar (monopoli barang), dan tidak berlaku penetapan harga barang oleh kartel perniagaan,[6] maka ini akan membuka peluang persaingan bebas dalam pasaran sehingga para peniaga tidak mungkin menaikkan harga lebih daripada harga pasaran. Jika naik sekali pun, maka kesamaran sudah pun hilang. Justeru tidak diperlukan kepada penetapan harga barang.”[7]

Syeikh Yusuf al-Qaradawi di dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam menyatakan, hadith ini menegaskan bahawa mencampuri urusan kebebasan individu tanpa ada keperluan adalah satu tindakan zalim, di mana Baginda SAW mahu menemui Allah nanti dalam keadaan bebas dari tindakan zalim berkenaan. Namun apabila ada campur tangan dalam pasaran yang membuatkannya menjadi tidak normal, seperti berlaku sorok barang oleh sebahagian peniaga atau mempermainkan harga pasaran, maka ketika itu kepentingan umum perlu didahulukan atas kebebasan individu. Ketika ini dibenarkan menentukan harga sebagai memenuhi keperluan masyarakat umum. Juga untuk memelihara mereka dari penindas yang tamak dengan cara melakukan sesuatu yang bertentangan dengan maksud dan tujuan mereka sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kaedah dan usul.[8]

Abu Walid al-Baji menyatakan bahawa penetapan harga daripada pemerintah ini adalah untuk menjaga kemaslahatan umum bagi pembeli dan juga penjual. Dengan maksud, jika tidak ditetapkan harga pada barang-barang yang tertentu itu akan mendatangkan kerosakan kepada rakyat umum.[9]

Syeikh al-Islam Taqiyuddin Abu al-Abbas Ibn Taimiyah menyatakan: Daripada sini, jelaslah bahawa harga yang terdapat kezaliman padanya tidak dibolehkan, dan yang terdapat keadilan padanya, dibolehkan. Haram hukumnya, apabila penetapan harga itu mengandungi unsur penzaliman terhadap sesama manusia dan memaksa mereka tanpa hak untuk membeli sesuatu dengan harga yang tidak direlainya, atau menghalang mereka dari sesuatu yang telah Allah halalkan. Apabila penetapan harga itu mengandungi unsur keadilan sesama manusia, seperti memaksa mereka dengan harga semasa yang sepatutnya dan menghalang mereka dari menaikkan harga dari harga pasaran sepatutnya, maka penetapan harga begini adalah dibenarkan. Bahkan wajib hukumnya.[10]

Ibn al-Qayyim juga menyatakan keizinan penetapan harga itu adalah ekoran mahu mencapai keadilan yang diwajibkan oleh Allah supaya dilakukan. Dalam kata lain, Ibn Qayyim menyatakan penetapan harga ini menjadi satu kewajipan ekoran menjaga kemaslatan manusia, yang jika tiada cara lain untuk mengelak kan sebarang kerosakan melainkan dengan cara menetapkan harga.[11]

Imam Abu Ishak al-Syirazi menyatakan di dalam al-Muhazzab[12]: “Sesiapa yang membeli barang dagangan, diharuskan ke atasnya untuk menjualnya dengan harga modal, dengan harga yang lebih rendah, atau yang lebih tinggi, berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin Samit, sabda Baginda SAW:

فإذا اخْتَلَفَتْ هذِه الأصْنافُ، فَبِيعُوا كيفَ شِئْتُمْ

Maksudnya: Jika berbeza jenis (pada barang ribawi), maka jual belilah bagaimana yang kalian inginkan.”[13]

Oleh sebab itu, Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya al-Ulum al-Din[14] menerangkan bahawa pada asalnya ghabn (penyamaran harga dalam berniaga) adalah dibenarkan selagi mana masih boleh diterima pada adat kebiasaan. Ini kerana tujuan perniagaan itu sendiri adalah untung, yang melibatkan ghabn walaupun sedikit. Kata beliau, sebahagian ulama mengehadkan untung pada satu pertiga harga barang, jika lebih maka boleh khiyar, tetapi itu bukan pendapat mazhab al-Syafie. Itu hanya had ihsan. Namun, keharusan ini terikat dengan syarat tidak berlaku penipuan dan kezaliman.

Namun begitu, sekiranya barang-barang tersebut bukan barang keperluan dan juga tidak melibatkan kezaliman dan monopoli harga, maka ia dibenarkan untuk menetapkan harga sebagaimana yang penjual itu kehendaki. Hal ini dikuatkan dengan dua fakta daripada perbuatan Rasulullah SAW dan sahabat baginda:

  • Daripada `Urwah Ibn al-Ja`d al-Bariqi RA, bahawa beliau pernah diberi satu dinar oleh Rasulullah SAW untuk membeli seekor kambing. `Urwah kemudiannya berjaya membeli dua ekor kambing, dan menjual salah satunya dengan satu dinar, menjadikan keuntungan yang diperolehi adalah 100%! Apabila diserahkan, Baginda gembira dan mendoakan beliau dengan keberkatan. Berkat doa itu, beliau apabila berniaga di pasar, boleh menjana keuntungan sehingga 40,000 dinar.[15]
  • Al-Zubair bin al-`Awwam RA pernah membeli sebidang tanah di hutan dengan harga 170,000 dirham, kemudian anaknya Abdullah RA menjualnya selepas kematian al-Zubair dengan harga 1,600,000 dirham. Jumlah itu adalah 9 kali ganda. [16]

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami nyatakan bahawa mengambil untung berlipat kali ganda dalam perniagaan adalah diharuskan selagi mana tidak membawa kepada penindasan dan kezaliman. Hal ini kerana keuntungan itu sendiri bersifat relatif dan tidak boleh dibandingkan secara mutlak dengan harga pasaran sebelum ditolak hasil jualan itu dengan perbelanjaan yang perlu ditanggung peniaga sebelum mendapatkan keuntungan bersih. Ini berbeza mengikut zaman, tempat dan jenis barang jualan itu sendiri.

Kami juga cenderung kepada pendapat yang menyatakan bahawa pada keadaan yang mendesak, pemerintah boleh menetapkan harga pada barang-barang keperluan asas yang manusia berhajat kepadanya seperti makanan, minuman dan barang keperluan hidup yang lain. Jika tidak berlaku keadaan sedemikian, maka hukum asalnya hendaklah dibiarkan para peniaga dan pembeli untuk berniaga berdasarkan harga yang mereka suka.Namun, kami juga ingin berpesan agar para peniaga agar memperbanyakkan sedekah bagi menyucikan harta yang diperolehi, seperti mana sabda Rasulullah SAW:

يَا مَعْشَرَ التُّجَّارِ إِنَّ الشَّيْطَانَ وَالإِثْمَ يَحْضُرَانِ البَيْعَ فَشُوبُوا بَيْعَكُمْ بِالصَّدَقَةِ

Maksudnya:Wahai para peniaga! Sesungguhnya syaitan dan dosa itu hadir dalam aktiviti jual beli. Maka sucikanlah jual beli kamu dengan bersedekah.”[17]

Syeikh Syams al-Haqq al-‘Adzim Abadi di dalam syarahnya menyebut: Kebiasaannya pada perniagaan ini terdapat percakapan yang tidak ada faedah. Dikatakan juga, pada perniagaan ini terdapat juga perkataan yang disebut-sebut tanpa difikirkan dan yang sia-sia seperti suara burung.  Maka sucikanlah perniagaan ini dengan sedekah kerana hal ini dapat menghalang kemurkaan Allah SWT.[18]

Sebagai nasihat terakhir, kami akhiri dengan hadith yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

رَحِمَ اللهُ عَبْدًا سَمْحًا إِذَا بَاعَ , سَمْحًا إِذَا اشْتَرَى سَمْحًا إِذَا اقْتَضَى

Maksudnya: Allah mengasihi hamba yang bermurah hati jika menjual, bermurah hati jika membeli, bermurah hati jika menagih hutang.[19]

Badr al-Din al-‘Aini dalam syarahnya menyebutkan: Pada hadith ini mengajak kita supaya berlapang dada serta melakukan muamalah dengan baik dan juga dengan akhlak yang baik, serta meninggalkan sifat kedekut di dalam jual beli. Hal ini kerana terdapatnya barakah dalam jual beli. Nabi SAW tidak akan mengajak umatnya kecuali pada perkara yang ada manfaat bagi umatnya untuk urusan agama dan keduniaan. Manakala kelebihan di akhirat, Nabi SAW mendoakan kerahmatan dan keampunan bagi mereka yang melakukan kebaikan pada jual beli tersebut. Maka sesiapa yang ingin mendapatkan doa yang didoakan oleh Nabi SAW, maka hendaklah dia mengikuti saranan Nabi SAW dan beramal dengannya. [20]

Wallahua`lam.

Bertarikh: 3 Februari 2022 bersamaan 1 Rejab 1443H

 

[1] Lihat al-Fiqh al-Manhaji (6/42)

[2] Riwayat Muslim (1519)

[3] Riwayat Muslim (1605)

[4] Riwayat al-Tirmidzi (no.1235). Beliau berkata hadith ini hasan sahih.

[5] Lihat al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/65-66

[6] Seperti mana tidak dibenarkan pemerintah menetapkan harga barang pada asalnya, tidak dibenarkan juga para penjual untuk berpakat menetapkan harga barang pada satu harga. Ini hanya jika tidak membawa mudarat kepada orang ramai.

[7] Lihat Fiqh al-Buyu`, 2/1002

[8] Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlm. 254

[9] Lihat al-Muntaqa Syarh al-Muwataa’, 3/424

[10] Lihat Majmu’ al-Fatawa, 28/76

[11] Lihat Turuq al-Hukmiyyah, hlm. 331 & 358

[12] Lihat al-Muhazzab, 2/57

[13] Riwayat Muslim (1587)

[14] Lihat Ihya al-Ulum al-Din, 2/79

[15] Lihat Sahih al-Bukhari, hadith no. 3642

[16] Lihat Sahih al-Bukhari, hadith no. 3129

[17] Riwayat al-Tirmidzi (1208). Imam al-Tirmidzi menilai hadith ini dengan sanad hasan sahih.

[18] Lihat Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Dawud, 9/125

[19] Riwayat al-Bukhari (2076), al-Tirmidzi (1320), Ibn Majah (2203) dan Ahmad (14699)

[20] Lihat ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari, 11/189

-40%

Buku Fizikal

Rahiq Makthum

Rated 0 out of 5
RM50.00RM110.00
-69%

Buku Fizikal

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00RM35.00
-32%

Siri Kematian

Fiqh Jenazah

Rated 0 out of 5
RM8.00RM15.00
-58%
Rated 0 out of 5
RM100.00
-73%

Siri Solat Sunat

15 eBook Siri Solat Sunat

Rated 0 out of 5
RM20.00RM62.00
-44%
Rated 0 out of 5
RM20.00
-25%
Rated 0 out of 5
RM10.00RM25.00
-40%
Rated 0 out of 5
RM6.00

Leave a Reply

Your email address will not be published.