#422 Amalan-amalan ketika Minum Susu

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-50%
Rated 0 out of 5
RM60.00
-60%
Rated 0 out of 5
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00

Soalan:         

Assalamualaikum w.b.t. Adakah di sana terdapat sunnah atau amalan-amalan yang boleh diamalkan ketika minum susu? Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Mukadimah

Susu adalah makanan paling berkhasiat dan minuman kegemaran ramai di seluruh dunia. Susu mengandungi hampir semua nutrient (bahan berkhasiat) yang diperlukan oleh manusia untuk tumbesaran dan kesihatan. Ini kerana susu mengandungi kandungan nutrient yang sangat tinggi dan membolehkannya berfungsi sebagai sebuah pasukan untuk membantu mengekalkan kekuatan dan kesihatan tubuh.

Semua mamalia betina mengeluarkan susu untuk anaknya. Secara amnya, apabila memikirkan tentang susu, apa yang tergambar ialah susu lembu. Ini kerana, lembu membekalkan hampir semua susu yang diperlukan di seluruh negara. Walau bagaimanapun, di beberapa bahagian dunia, terdapat ternakan lain yang membekalkan susu. Misalnya, susukambing amat terkenal di beberapa bahagian Eropah, Amerika Latin, Afrika dan Asia. Unta pula membekalkan susu di kawasan gurun Arab, Asia Tengah dan Afrika Utara. Sesetengah penduduk Amerika Selatan pula meminum susu Ilama. Di kawasan Artik, penduduknya mendapatkan susu daripada rusa kutub. Kambing biri-biri pula membekalkan sebahagian besar susu di Greece, Iran dan Turki. Manakala kerbau air pula menjadi sumber susu di Mesir, India, Pakistan dan kebanyakan negara Asia Tenggara.

Mentega, keju, aiskrim, yogurt, dan beberapa makanan yang lain dihasilkan daripada susu. Susu atau hasilnya juga menjadi ramuan dalam masakan seperti kek, kaserol, puding, dan sos. Susu juga digunakan dalam pembuatan beberapa barangan yang selain daripada makanan. Misalnya, kilang pembuatan menggunakan kasein (dihasilkan dari kaseinogen, protein utama dalam susu) untuk membuat gam yang kalis air, pelbagai jenis plastik dan cat.[1]

Firman Allah SWT:

وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً نُسْقِيكُمْ مِمَّا فِي بُطُونِهِ مِنْ بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَبَنًا خَالِصًا سَائِغًا لِلشَّارِبِينَ

Maksudnya: “Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terhasil dari dalam perutnya, yang lahir daripada antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.”[2]

Syeikh al-Sa‘di menyebutkan bahawa sesungguhnya pada haiwan-haiwan ternakan itu yang mana Allah SWT telah tundukkan (sediakan) buat manfaat kamu semua, ada sesuatu yang boleh kamu ambil pelajaran daripadanya iaitu ia menunjukkan kepada kesempurnaan kekuasaan Allah serta luasnya belas kasihan-Nya. Bilamana Dia telah memberi kamu minum apa yang terhasil daripada dalam perut haiwan-haiwan tersebut yang terdiri daripada kotoran dan darah. Dia telah keluarkan daripada antara kedua-dua perkara tersebut, susu yang bersih daripada apa-apa yang mengeruhkannya (tidak bercampur dengan apa-apa selainnya), yang menyenangkan orang-orang yang meminumnya kerana kelazatannya.  Juga kerana ia menghilangkan dahaga serta mengenyangkan. Tidaklah perkara-perkara ini (terjadi) melainkan dengan kekuasaan Allah SWT, bukan semata-mata tabiat semula jadi. Adakah ada sesuatu yang secara tabiat semula jadinya boleh menukarkan kotoran yang dimakan oleh haiwan-haiwan serta minuman yang diminumnya yang terdiri daripada air tawar dan masin menjadi susu yang bersih (daripada sebarang anasir-anasir lain), yang menyenangkan orang-orang yang meminumnya.[3]

Keharusan minum susu

Terdapat banyak hadith yang menunjukkan bahawa Baginda SAW minum susu. Antaranya riwayat daripada Abdullah bin Abbas R.Anhuma, beliau berkata:

أَهْدَتْ خالَتي إلى النبيِّ صَلّى اللهُ عليه وسلَّمَ ضِبابًا وأَقِطًا ولَبَنًا، فَوُضِعَ الضَّبُّ على مائِدَتِهِ، فلوْ كانَ حَرامًا لَمْ يُوضَعْ، وشَرِبَ اللَّبَنَ، وأَكَلَ الأقِطَ

Maksudnya:Ibu saudaraku telah menghadiahkan dhab, keju dan susu kepada Nabi SAW. Lalu dihidangkan dhab di dalam hidangan Baginda SAW. Sekiranya ianya haram pasti ia tidak akan dihidangkan. Baginda SAW telah minum susu dan makan keju tersebut.”[4]

Begitu juga dalam sebuah hadith yang lain, daripada riwayat Abu Bakar R.A, beliau berkata:

انْطَلَقْتُ فَإِذَا أَنَا بِرَاعِي غَنَمٍ يَسُوقُ غَنَمَهُ، فَقُلْتُ: لِمَنْ أَنْتَ؟، قَالَ: لِرَجُلٍ مِنْ قُرَيْشٍ، فَسَمَّاهُ فَعَرَفْتُهُ. فَقُلْتُ: هَلْ فِي غَنَمِكَ مِنْ لَبَنٍ؟ فَقَالَ: نَعَمْ. فَقُلْتُ: هَلْ أَنْتَ حَالِبٌ لِي؟ قَالَ: نَعَمْ. فَأَمَرْتُهُ، فَاعْتَقَلَ شَاةً مِنْ غَنَمِهِ، ثُمَّ أَمَرْتُهُ أَنْ يَنْفُضَ ضَرْعَهَا مِنَ الغُبَارِ، ثُمَّ أَمَرْتُهُ أَنْ يَنْفُضَ كَفَّيْهِ، فَقَالَ: هَكَذَا – ضَرَبَ إِحْدَى كَفَّيْهِ بِالأُخْرَى – فَحَلَبَ كُثْبَةً مِنْ لَبَنٍ، وَقَدْ جَعَلْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِدَاوَةً عَلَى فَمِهَا خِرْقَةٌ، فَصَبَبْتُ عَلَى اللَّبَنِ حَتَّى بَرَدَ أَسْفَلُهُ، فَانْتَهَيْتُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقُلْتُ: اشْرَبْ يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَشَرِبَ حَتَّى رَضِيتُ

Maksudnya:Aku berangkat dan tiba-tiba mendapatkan penggembala kambing sedang membawa kambingnya. Aku berkata: ‘Engkau siapa punya?’ Dia menjawab: ‘Aku kepunyaan seorang lelaki Quraisy.’ (Dia menyebutkan namanya dan aku mengenalinya) Aku berkata: ‘Apakah ada di antara kambingmu yang memiliki susu?’ Dia menjawab: ‘Ya!’ Aku berkata: ‘Adakah engkau mahu memerahnya untukku?’ Dia menjawab: ‘Ya!’ Aku memerintahkannya, dan dia pun mengeluarkan seekor kambing di antara kambingnya. Aku memerintahkannya untuk membersihkan debu daripada kantung susu kambing itu, kemudian aku memerintahkannya untuk membersihkan kedua tangannya. Katanya seperti ini – sambil memukulkan telapak tangannya yang satu kepada telapak tangannya yang lain – lalu memerah sedikit susunya, dan aku telah membuatkan untuk Rasulullah SAW satu bekas yang diperbuat daripada kulit dan kain yang terkoyak. Aku menuangkan susu hingga bahagian bawahnya menjadi dingin. Lalu aku berikan kepada Nabi SAW dan berkata: ‘Minumlah, wahai Rasulullah!’ Baginda pun minum sehingga aku redha.”[5]

Amalan-amalan ketika minum susu

Ada beberapa amalan yang sering Rasulullah SAW beri perhatian akannya ketika minum susu. Di antaranya ialah:

Pertamanya, mencampurkan susu dengan air.

Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Anas bin Malik R.A yang menyatakan bahawa:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِلَبَنٍ قَدْ شِيبَ بِمَاءٍ، وَعَنْ يَمِينِهِ أَعْرَابِيٌّ، وَعَنْ شِمَالِهِ أَبُو بَكْرٍ، فَشَرِبَ ثُمَّ أَعْطَى الأَعْرَابِيَّ، وَقَالَ: الأَيْمَنَ فَالأَيْمَنَ

Maksudnya:Rasulullah SAW dibawakan kepadanya (sebekas) susu yang dicampurkan dengan air. (Ketika itu) di sebelah kanan Baginda SAW ada seorang Arab (Badwi) manakala di sebelah kiri Baginda SAW ada Abu Bakar R.A. Maka Baginda SAW minum kemudian Baginda SAW memberikan (bekas minuman itu) kepada orang Arab (Badwi) seraya berkata: ‘Utamakan sebelah kanan kemudian sebelah kanan.’[6]

Mengenai perkara ini, Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa hadith ini merupakan penerangan kepada sunnah yang sudah jelas iaitu selari dengan apa yang telah jelas mengenainya melalui dalil-dalil syarak bahawa sunat mendahulukan kanan dalam semua perkara yang baik — dan mulia. Antaranya ialah orang di sebelah kanan bagi tujuan diberi minum atau seumpamanya didahulukan sekalipun dia masih kecil atau kedudukannya kurang utama kerana Rasulullah SAW telah mendahulukan orang Arab Badwi berbanding Abu Bakar R.A. Selain itu, tidak dibenarkan untuk mencampurkan susu dengan air sekiranya dia mahu menjualnya kerana itu adalah termasuk dalam perbuatan menipu. Para ulama menyebutkan bahawa hikmah mencampurkan susu dengan air ialah sama ada untuk menyejukkannya, memperbanyakkannya atau kedua-duanya sekali.[7]

Selain itu, al-‘Iraqi juga ada menyebutkan, hadith ini menunjukkan bahawa hukumnya adalah harus mencampurkan susu dengan air sekiranya ia adalah untuk kegunaan sendiri, ahli keluarganya atau tetamu-tetamunya. Boleh jadi ada sebab yang lain mencampurkan susu dengan air iaitu menghilangkan rasa masam susu atau mengurangkannya — yakni rasa masam itu.[8]

Tambahan lagi, berkemungkinan kerana sifat pada susu itu sendiri dan faktor setempat sebagaimana disebutkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani bahawa mereka mencampurkan susu dengan air kerana susu ketika ia diperah sifatnya adalah panas dan begitu juga dengan negeri berkenaan — yakni tanah Hijaz — kebiasaannya juga panas. Justeru, mereka akan mengurangkan panas susu tersebut dengan air sejuk.[9]

Keduanya, berkumur-kumur selepas minum susu.

Kita disunatkan untuk berkumur-kumur selepas minum susu sebagaimana petunjuk Nabi SAW dalam banyak riwayat. Dalam riwayat Ibn Abbas R.Anhuma, beliau menyatakan bahawa:

أنَّ رَسولَ اللَّهِ ﷺ شَرِبَ لَبَنًا فَمَضْمَضَ، وقالَ : إنَّ له دَسَمًا

Maksudnya:Rasulullah SAW pernah meminum susu, kemudian berkumur, lalu bersabda: ‘Sesungguhnya susu mengandungi lemak.’[10]

Selain itu, Ibn Khuzaimah juga ada menyebutkan dalam kitabnya, bab menyatakan dalil bahawa berkumur-kumur selepas meminum susu adalah sunat bagi menghilangkan lemak — yakni lemak susu — di dalam mulut dan bukannya mewajibkan berkumur-kumur selepas meminumnya.[11]

Tambahan lagi, Imam al-Nawawi turut menyebutkan, hadith ini mengandungi dalil bahawa hukumnya adalah sunat untuk berkumur-kumur selepas minum susu. Demikianlah jugapada selainnya yang terdiri daripada makanan dan minuman, disunatkan untuk berkumur-kumur — selepas selesai makan dan minum — supaya tidak ada baki sisa yang tertinggal, lalu dia menelannya semasa sedang mendirikan solat. Selain itu, juga bagi menghilangkan lekit dan lemaknya serta membersihkan mulutnya.[12]

Selain daripada itu, Ibn Muflih al-Hanbali juga berpendapat bahawa disunatkan berkumur-kumur selepas minum susu. Kemudian, beliau menyebutkan bahawa sebahagian ulama dalam kalangan mazhab Hanbali yang terkemudian ada menukilkan daripada para doktor bahawa kerap kali meminum susu boleh merosakkan gigi dan gusi. Oleh Shebab itu, perlunya berkumur-kumur dengan air selepas meminumnya.[13]

Oleh itu, kita dapat fahami, antara hikmah daripada perbuatan berkumur-kumur itu adalah untuk menjaga kebersihan mulut daripada sebarang bau atau perkara yang kurang menyenangkan, sesuai sebagaimana nilai-nilai yang sangat diberi perhatian oleh agama kita berkenaan soal kebersihan dan bersuci. Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Abu Malik al-Asy‘ari bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ

Maksudnya: “Bersuci itu adalah sebahagian daripada ciri-ciri keimanan.”[14]

Ketiga, membaca doa sebelum dan selepas minum susu.

Pada asasnya, kita disunatkan untuk membaca basmalah sebelum makan dan minum. Ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadith daripada Umar bin Abu Salamah, beliau berkata:

كُنْتُ غُلاَمًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ. فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَا غُلاَمُ، سَمِّ اللَّهَ، وَكُلْ بِيَمِينِكَ، وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ». فَمَا زَالَتْ تِلْكَ طِعْمَتِي بَعْدُ

Maksudnya:Aku adalah seorang anak kecil dalam asuhan Rasulullah SAW, dan selalunya tanganku meliar di dalam pinggan. Maka Rasulullah SAW bersabda kepadaku: ‘Wahai anak, sebutlah nama Allah — yakni baca bismillah — dan makanlah dengan tangan kananmu, serta makanlah apa yang ada dekat denganmu — daripada juadah).’ Maka, begitulah cara makanku selepas itu (yang tetap menjadi amalanku).”[15]

Antara hikmah membaca basmalah, adalah supaya makanan dan minuman tersebut diberkati oleh Allah SWT dan jauh daripada syaitan. Seorang sahabat Nabi SAW ada menceritakan bahawa:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا وَرَجُلٌ يَأْكُلُ فَلَمْ يُسَمِّ حَتَّى لَمْ يَبْقَ مِنْ طَعَامِهِ إِلَّا لُقْمَةٌ، فَلَمَّا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ قَالَ: بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ، فَضَحِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ: مَا زَالَ الشَّيْطَانُ يَأْكُلُ مَعَهُ، فَلَمَّا ذَكَرَ اسْمَ اللَّهِ اسْتَقَاءَ مَا فِي بَطْنِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah duduk, dan ada seorang lelaki sedang makan tetapi tidak membaca basmalah sehinggalah tidak tinggal daripada makanannya melainkan satu suapan sahaja. Kemudian, tatkala dia mengangkat suapan terakhir tersebut ke dalam mulutnya, dia membaca, “بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ” (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya). Nabi SAW ketawa dan kemudiannya bersabda: ‘Syaitan terus makan bersamanya, kemudian apabila dia menyebut nama Allah, syaitan itu memuntahkan semula apa yang ada di dalam perutnya (yang dimakan).’”[16]

Dalam Hisn al-Muslim ada disebutkan bahawa sesiapa yang diberi rezeki makanan oleh Allah SWT, hendaklah dia membaca:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْراً مِنْهُ

Maksudnya:Ya Allah, berilah kami berkat dengan makanan itu dan berilah makanan yang lebih baik daripadanya.

Sesiapa yang diberi rezeki minuman susu, hendaklah dia membaca:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ

Maksudnya:Ya Allah, berilah kami berkat dengan minuman itu dan berilah tambahan daripadanya.[17]

Kedua-dua doa di atas, adalah berdasarkan kepada riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata:

كُنْتُ فِي بَيْتِ مَيْمُونَةَ فَدَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعَهُ خَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ فَجَاءُوا بِضَبَّيْنِ مَشْوِيَّيْنِ عَلَى ثُمَامَتَيْنِ فَتَبَزَّقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ خَالِدٌ: إِخَالُكَ تَقْذُرُهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: أَجَلْ ثُمَّ أُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِلَبَنٍ فَشَرِبَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ وَإِذَا سُقِيَ لَبَنًا فَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ فَإِنَّهُ لَيْسَ شَيْءٌ يُجْزِئُ مِنْ الطَّعَامِ وَالشَّرَابِ إِلَّا اللَّبَنُ

Maksudnya:Aku pernah berada di rumah Maimunah, kemudian Rasulullah SAW bersama Khalid bin al-Walid masuk. Para sahabat kemudian datang membawa dua ekor dhab bakar di atas dua dahan. Rasulullah SAW kemudian meludah. Khalid berkata: ‘Wahai Rasulullah, adakah engkau berasa jijik?’ Baginda menjawab: ‘Ya. Kemudian Rasulullah SAW diberi susu, lalu Baginda pun meminumnya. Setelah itu, Rasulullah SAW bersabda: ‘Apabila salah seorang daripada kamu makan suatu makanan, hendaklah dia mengucapkan: “اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ” (Ya Allah, berilah kami berkat dengan makanan itu dan berilah makanan yang lebih baik daripadanya) dan apabila diberi minum susu, hendaklah dia mengucapkan:
“اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ” (Ya Allah, berilah kami berkat dengan minuman itu dan berilah tambahan daripadanya). Sesungguhnya tidak ada sesuatupun daripada makanan dan minuman yang sudah cukup — yakni mengenyangkan — kecuali susu.’[18]

Syeikh ‘Abd al-Muhsin al-‘Abbad menyebutkan bahawa doa ini adalah khusus buat sesiapa yang minum susu berbanding yang lain kerana dengan susu sahaja sudah cukup — yakni mengenyangkan — dan tidak perlu lagi kepada makanan dan minuman yang lain.[19]

Manakala doa selepas makan dan minum yang boleh diamalkan pula, antaranya ialah:[20]

Berdasarkan riwayat daripada Mu‘az bin Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أكَلَ طَعَامًا، فَقال: الحَمْدُ للهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا، وَرَزَقنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya:Sesiapa yang memakan suatu makanan, lalu mengucapkan, “الحَمْدُ للهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا، وَرَزَقنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ” (Segala puji bagi Allah yang memberiku makanan ini dan mengurniakannya untukku tanpa daya dan upaya daripadaku), maka akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu.[21]

Begitu juga daripada riwayat Abu Umamah al-Bahili bahawa Nabi SAW apabila mengangkat bekas hidangannya (setelah selesai makan), maka Baginda SAW akan mengucapkan:

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْداً كَثِيراً طَيِّباً مُبَارَكاً فِيهِ، غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلاَ مُوَدَّعٍ، وَلاَ مُسْتَغْنَىً عَنْهُ رَبَّنَا

Maksudnya:Sebanyak-banyak pujian bagi Allah, pujian yang elok lagi berkat padanya, tiada yang lebih baik daripadanya, tiada tempat berserah yang paling baik dan tiada yang lebih kaya daripada-Nya iaitu Tuhan kami.”[22]

Dalam riwayat Abu Umamah yang lain, beliau menyatakan bahawa Nabi SAW apabila mengangkat bekas hidangannya (setelah selesai makan) – maka Baginda SAW akan mengucapkan:

الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَفَانَا وَأَرْوَانَا غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلاَ مَكْفُورٍ

Maksudnya:Segala puji bagi Allah SWT yang telah mencukupkan bagi kami dan mengenyangkan kami, tiada yang lebih baik darinya dan tidak boleh diingkari.”

Dan adakalanya Baginda SAW mengucapkan:

الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّنَا، غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلاَ مُوَدَّعٍ وَلاَ مُسْتَغْنًى رَبَّنَا

Maksudnya:Segala pujian bagi Allah SWT Tuhan kami, tiada yang lebih baik darinya, tiada tempat berserah yang paling baik dan tiada yang lebih kaya daripada-Nya iaitu Tuhan kami.[23]

Akhir kalam, suka juga untuk kami katakan bahawa sunnah sangat luas merangkumi setiap sudut dan nilai yang ditunjukkan oleh Nabi SAW sama ada daripada segi perkataan, perbuatan, taqrir (persetujuan), sifat khuluqiyyah, sifat khalqiyyah dan kehidupan Baginda SAW sama ada sebelum perutusan baginda SAW menjadi rasul sebagaimana yang telah ditakrifkan oleh Ahli Hadith.[24]

Selain itu, Rasulullah SAW adalah qudwah dan uswah terbaik yang wajib dicontohi oleh setiap orang Islam, dalam menjalani dan menempuh kehidupan seharian. Sesuatu amalan atau perkara yang dilakukan oleh Nabi SAW sekalipun asalnya adalah bersifat uruf atau adat setempat, namun sekiranya seseorang itu mengikuti atau melakukannya kerana cinta dan mahu ikut Nabi SAW, dia tetap diberi pahala sebagaimana Abdullah bin Umar R.Anhuma yang sangat terkenal sebagai seorang sahabat yang akan sedaya upaya cuba buat apa yang Baginda SAW telah lakukan.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama dan istiqamah dalam mengikut petunjuk Baginda SAW. Ameen.

Wallahua‘lam.

Bertarikh: 8 Februari 2022 bersamaan 6 Rejab 1443H

[1] Lihat Ensiklopedia Dunia, (Terj. DBP), 20/510.

[2] Surah al-Nahl: 66

[3] Lihat Tafsir al-Sa‘di, hlm. 443.

[4] Riwayat al-Bukhari (5402)

[5] Riwayat al-Bukhari (2439)

[6] Riwayat al-Bukhari (5619); Muslim (2029)

[7] Lihat Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 13/200-201.

[8] Lihat Tarh al-Tasrib fi Syarh al-Taqrib, 6/23.

[9] Lihat Fath al-Bari, 10/76.

[10] Riwayat al-Bukhari (211)

[11] Lihat Sahih Ibn Khuzaimah, 1/29.

[12] Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 4/46.

[13] Lihat al-Adab al-Syar‘iyyah, 3/219.

[14] Riwayat Muslim (223)

[15] Riwayat al-Bukhari (5376) dan Muslim (2022)

[16] Riwayat Abu Daud (3768)

[17] Lihat Hisn al-Muslim, hlm. 109.

[18] Riwayat Abu Daud (3730); al-Tirmizi (3455); Ibn Majah (3322)

[19] Lihat Syarah Sunan Abi Daud, 422/9.

[20] Lihat Hisn al-Muslim, hlm. 109-110.

[21] Riwayat Abu Daud (4023); al-Tirmizi (3458); Ibn Majah (3275)

[22] Riwayat al-Bukhari (5458); Ibn Hibban (5217)

[23] Riwayat al-Bukhari (5459)

[24] Lihat Qawaid al-Tahdith, hlm. 61.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search