#436 Mandi dengan Air Zamzam

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-50%
Rated 0 out of 5
RM60.00
-60%
Rated 0 out of 5
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00

Soalan:         

Assalamualaikum w.b.t. Apakah hukum mandi menggunakan air Zamzam? Terima Kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Mukadimah

Air zamzam merupakan penghulu bagi segala air dan sebaik-baik air di atas muka bumi ini. Zamzam adalah nama bagi sebuah telaga yang berada di dalam Masjidil Haram di Makkah. Kemunculan telaga ini adalah pada zaman Nabi Ismail bin Ibrahim A.S, apabila Allah SWT telah sediakan air dari telaga ini bagi menghilangkan kelaparan dan dahaga buat dirinya dan ibunya, apabila mereka sudah kehabisan bekalan air di Makkah yang tandus pada ketika itu.

Di antara keistimewaan air Zamzam ini ialah ia merupakan air yang diberkati dan boleh mengenyangkan sesiapa yang meminumnya serta penawar daripada penyakit. Perkara ini kami telah bahaskan secara panjang lebar dalam dua artikel kami iaitu:

Begitu juga, Islam sangat prihatin terhadap soal menjaga kebersihan dan bersuci. Ini kerana kebersihan merupakan sebahagian daripada ciri-ciri iman. Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Abu Malik al-Asy‘ari bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ

Maksudnya: “Bersuci itu adalah sebahagian daripada ciri-ciri keimanan.”[3]

Selain itu, perkara ini juga jelas dapat dilihat dalam beberapa hadith Nabi SAW. Antaranya ialah perintah supaya memotong kuku, membersihkan gigi dan pakaian sebagaimana riwayat daripada Abu Hurairah R.A:

الفِطْرَةُ خَمْسٌ، أَوْ خَمْسٌ مِنَ الفِطْرَةِ: الخِتَانُ، وَالِاسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya:Fitrah itu lima perkara; – atau beliau berkata: Lima perkara termasuk daripada fitrah; – berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memotong misai.”[4]

Begitu juga, gesaan supaya mandi pada keadaan tertentu. Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ، أَنْ يَغْتَسِلَ فِي كُلِّ سَبْعَةِ أَيَّامٍ يَوْمًا يَغْسِلُ فِيهِ رَأْسَهُ وَجَسَدَهُ

Maksudnya: Wajib ke atas seseorang Muslim untuk mandi pada setiap tujuh hari, iaitu dengan menyucikan kepalanya dan badannya.”[5]

Mandi dengan air zamzam

Mandi termasuk dalam perkara bersuci dan juga merupakan salah satu cara membersihkan diri daripada kotoran. Ibn Hajar al-Haitami menyebutkan bahawa tidak makruh bersuci dengan air zamzam, akan tetapi adalah lebih utama untuk tidak menggunakannya bagi menghilangkan najis — yakni membersihkan najis dengannya.[6] Begitu juga, Syeikh Ibrahim al-Baijuri turut menyatakan bahawa pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafi‘i ialah hukumnya tidak makruh menggunakan air zamzam sekalipun bagi menghilangkan najis akan tetapi ia termasuk dalam perkara khilaf aula — yakni menyalahi perkara yang utama.[7]

Imam al-Nawawi ketika membahaskan mengenai hukum berwuduk dan mandi dengan menggunakan air zamzam menyatakan bahawa pendapat majoriti ulama adalah sepertimana pendapat mazhab Syafi‘i iaitu tidak makruh berwuduk dan mandi dengan menggunakan air zamzam. Dalilnya adalah berdasarkan kepada keumuman nas yang sahih lagi jelas berkenaan hukum air tanpa membezakannya. Selain itu, sentiasa ada orang-orang Islam yang berwuduk dengan air zamzam tanpa ada seorang pun yang mengingkari perbuatan mereka itu.[8]

Terdapat satu riwayat daripada Imam Ahmad yang menyatakan bahawa hukumnya adalah makruh. Hal ini adalah berdasarkan kepada pendapat al-Abbas R.A ketika berada di sisi telaga zamzam yang mengatakan:

لا أُحِلُّها لمغتسلٍ وهي لشاربٍ حِلٌّ وَبِلٌّ

Maksudnya: “Aku tidak benarkan air zamzam digunakan bagi orang mandi, tetapi ia harus bagi orang minum.”[9]

Namun, ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i menyebutkan bahawa pendapat al-Abbas R.A itu dapat ditakwilkan bahawa ia diucapkan ketika waktu sedikitnya air zamzam disebabkan oleh ramai orang yang meminumnya.[10] Manakala Ibn Qudamah pula mengatakan bahawa pendapat al-Abbas R.A itu tidak menunjukkan secara jelas bahawa ia adalah haram, tetapi dapat difahami bahawa menggunakan selain air zamzam — yakni untuk tujuan mandi — adalah lebih utama, dan kemulian air zamzam tidak memestikan bahawa hukumnya adalah makruh untuk digunakan.[11]

Kesimpulannya

Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa harus menggunakan air zamzam untuk mandi dan berwuduk serta membersihkan diri daripada najis kerana ia merupakan air yang suci lagi menyucikan sepertimana air mutlak yang lain.

Sekalipun begitu, jika tiada kesukaran atau terdapatnya air lain selain daripada air zamzam yang dapat digunakan bagi tujuan membersihkan diri daripada najis, maka sebaiknya gunakanlah terlebih dahulu air tersebut bagi meraikan khilaf ulama yang memakruhkannya. Tambahan lagi, dengan kedudukan air zamzam yang mulia sepertimana disebutkan oleh al-Munawi bahawa air zamzam adalah penghulu bagi segala air, merupakan air yang paling mulia, paling berharga dan paling disukai oleh manusia. Ia telah digali oleh malaikat Jibril A.S dan diberi minum kepada Nabi Ismail A.S.[12]

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahua‘lam.

Bertarikh: 9 Februari 2022 bersamaan 7 Rejab 1443H

[1] Lihat https://maktabahalbakri.com/369-keberkatan-air-zamzam-tidak-terikat-dengan-tanah-haram/.

[2] Lihat https://maktabahalbakri.com/374-keharusan-membawa-air-zamzam-keluar-dari-makkah/.

[3] Riwayat Muslim (223)

[4] Riwayat al-Bukhari (5889); Muslim (257)

[5] Riwayat al-Bukhari (897); Muslim (849)

[6] Lihat Tuhfah al-Muhtaj, 1/76.

[7] Lihat Hasyiah al-Baijuri ‘ala Fath al-Qarib al-Mujib, 1/55.

[8] Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 1/91.

[9] Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 2/230.

[10] Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 1/91.

[11] Lihat al-Mughni, 1/16.

[12] Lihat Faidh al-Qadir Syarh al-Jami‘ al-Saghir, 5/404.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search