#459 Tempikan Suara Keldai Ketika Melihat Syaitan

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tarawih

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-50%
Rated 0 out of 5
RM60.00
-60%
Rated 0 out of 5
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

[Ebook] Terbitnya Matahari dari Arah Barat

Rated 0 out of 5
RM6.00RM8.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tiupan Sangkakala Pada Hari Kiamat

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Penghancuran Ka’abah

Rated 0 out of 5
RM6.00
-37%
Rated 0 out of 5
RM10.00RM90.00

Soalan

Benarkah apabila keldai mengeluarkan bunyi, merupakan tanda keldai melihat syaitan?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Firman Allah SWT:

وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ

Maksudnya: “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”[1]

Di dalam al-Tafsir al-Muyassar, disebutkan bahawa suara yang paling buruk dan paling dibenci ialah suara keldai yang cukup dikenali dengan kedunguannya dan suaranya yang kuat memekik.[2]

Persoalan berkenaan keldai mengeluarkan bunyi, merupakan tanda keldai melihat syaitan adalah sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا

Maksudnya: “Jika kamu mendengar ayam berkokok maka mohonlah kepada Allah SWT akan kurniaan-Nya, kerana ia (ayam) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi (suara) keldai maka mohon perlindunganlah kepada Allah SWT daripada Syaitan, kerana ia (keldai) sedang melihat syaitan”.[3]

Dalam riwayat lain, disebutkan daripada Jabir Bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمْ نُبَاحَ الْكِلَابِ، وَنَهِيقَ الْحُمُرِ بِاللَّيْلِ، فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّهُنَّ يَرَيْنَ مَا لَا تَرَوْنَ

Maksudnya: Apabila kamu mendengar anjing menyalak dan tempikan suara keldai pada waktu malam maka hendaklah kamu memohon perlindungan dengan Allah kerana sesungguhnya anjing dan keldai itu nampak akan apa yang kamu tidak nampak.[4]

Hadith ini juga menunjukkan bukan sahaja suara keldai yang menandakan ia melihat syaitan, bahkan suara salakan anjing juga menunjukkan hal sedemikian.

Syeikh Abd al-Muhsin al-Abbad menyatakan di dalam syarahnya: Hadith ini menunjukkan keterikatan untuk memohon perlindungan pada waktu malam, tetapi hadith sebelum ini bersifat umum dan tidak terikat dengan waktu. Apabila manusia mendengar suara pekikan keldai pada waktu siang, maka mereka perlu juga untuk memohon perlindungan kepada Allah. Hal ini boleh jadi ia sifat yang boleh dirasai kerana syaitan-syaitan kebiasaannya keluar pada waktu malam.[5]

Syeikh Athiyah Saqr di dalam kitab Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah menyatakan: “Diambil daripada hadith-hadith ini, sesungguhnya haiwan dapat melihat akan sebahagian daripada mahkluk Allah yang ghaib daripada pandangan kita daripada perkara yang kita tidak dapat melihatnya. Akan tetapi kaitan antara haiwan melihatnya dengan apa yang kita tidak dapat melihatnya seperti malaikat dan jin ini terhenti atas apa yang terdapat di dalam hadith Nabi SAW dengan jalan yang sahih.”[6]

Memohon Perlindungan Allah

Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan pandangan ‘Iyadh, katanya: Faedah daripada hadith ini adalah perintah untuk memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan syaitan dan kejahatan godaan was-wasnya, dengan memohon perlindungan kepada Allah untuk menolak kejahatan mereka.[7]

Syihabuddin Ahmad bin Muhammad al-Qastalani di dalam syarahnya menyatakan:  apabila kita mendengar bunyi atau suara keldai maka pohonlah kepada Allah SWT agar kita dijauhi daripada keburukan dan kejahatan was-was syaitan.[8]

Syeikh Syams al-Haq al-Azim Abadi pula menyatakan di dalam syarahnya: Turunnya kemurkaan Allah SWT ketika kita melihat ahli maksiat, maka disunatkan kita untuk memohon perlindungan daripada Allah SWT. [9]

Kajian berkenaan mata Anjing dan Keldai[10]

Kajian yang dijalankan oleh seorang pakar perubatan Mesir, Dr. Hisham Ahmad Taha, telah menjawab mengapa keldai dan anjing boleh melihat syaitan.  Daripada kajian yang dijalankan, keldai dan anjing tergolong dalam kategori haiwan yang boleh melihat sinar infrared. Sinar ini terletak pada jarak gelombang panjang 750 nanometer sehingga 1 milimeter. Manakala syaitan yang pernah dikaji oleh saintis juga berada dalam kelompok gelombang infrared. Sebab itu tidak mustahil jika keldai dan anjing boleh melihat syaitan. Hal ini kerana syaitan, iblis dan jin itu dijadikan daripada api.

Kesimpulan

Sebagai penutup, kami nyatakan bahawa keldai dan juga anjing boleh melihat syaitan sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith di atas. Justeru, sewaktu mendengar teriakan suara keldai ataupun suara anjing menyalak, maka kita diajar untuk berdoa memohon kepada Allah SWT agar dilindungi daripada gangguan syaitan, jin dan iblis yang sentiasa cuba menyesatkan manusia.

Akhirnya semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 10 Februari 2022 bersamaan 8 Rejab 1443H

 

[1] Surah Luqman: 19

[2] Lihat al-Tafsir al-Muyassar, hlm. 412.

[3] Riwayat al-Bukhari, (3058), Muslim (4908), Abu Dawud, (4438) dan al-Tirmizi, (3381)

[4] Riwayat Abu Dawud (5103), al-Nasaie di dalam al-Sunan al-Kubra (10778) dan Ahmad (14283). Syeikh Syuaib al-Arnout di dalam Takhrij al-Musnad (14283) menyatakan sanad hadith ini Hasan.

[5] Lihat Syarh Sunan Abi Dawud li al-Abbad, 8/579

[6] Lihat Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, 7/439

[7] Lihat Fath al-Bari, 6/353

[8] Lihat Irsyad al-Sari li Syarh Sahih al-Bukhari, 5/309

[9] Lihat Aun al-Ma’bud, 9/238

[10] Lihat https://utusantv.com/2021/02/08/ketika-ayam-berkokok-anjing-melolong-maka-berdoalah-itu-petanda-ia-melihat-malaikat-dan-syaitan/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search