#4813: Manaqib Qutham

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Boleh terangkan kepada kami manaqib Qutham yang juga anak kepada al-Abbas R.A?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Qutham (قُثَم ) bin al-Abbas adalah sepupu Rasulullah SAW. Beliau termasuk antara orang yang menyerupai Rasulullah SAW. Daripada al-’Abbas bin ‘Abd al-Muttalib R.A, beliau menyebut tentang anaknya Qutham:

حِبِّي قُثَم، حِبِّي قُثَمْ                شَبيه ذي الأنف الأَشمّْ

نبيِّ ربِّ ذي النِّعَمْ                  برغْم أَنفِ مَن رَغِمْ

Kekasihku Qutham, Kekasihku Qutham

            Yang hampir sama, mempunyai hidung yang mancung

Nabi kepada Tuhan Pemilik Nikmat

            Keberuntunganlah bagi mereka

(Lihat Sahih Ibn Hibban, 10/390; Musnad Abi Ya’la, 3479 dan Musannaf Abd al-Razzaq, 5/467)

Biodata ringkas Qutham bin al-’Abbas (قُثَمُ بنُ العَبَّاسِ):

Qutham bin al-Abbas  bin Abd al-Muttalib al-Hashimi al-Qurasyi dan Lubabah al-Kubra al-Hilalia. Beliau dilahirkan pada tahun 624 H. Beliau mempunyai 6 orang adik-beradik iaitu al-Fadl bin al-Abbas, Abdullah bin al-Abbas, Ubaidullah bin al-Abbas, Ma`bad bin al-Abbas, Abdul Rahman bin al-Abbas dan Umm Habib bint al-Abbas. Ibunya ialah Umm al-Fadhl Lubabah binti al-Harith al-Hilaliyyah dan merupakan wanita kedua yang memeluk Islam setelah Khadijah R.Anha. Beliau juga merupakan saudara susuan kepada al-Husain bin Ali R.A. Beliau adalah antara orang yang paling mirip dengan Rasulullah SAW. (Lihat Siyar A‘lam al-Nubala’, 3/440-441)

Beliau juga antara menyaksikan penaklukan Samarqand, di mana beliau mati syahid dan dikebumikan di sana. Beliau meninggal dunia pada tahun 627 H ketika usia beliau 53 tahun. (Lihat Fath al-Mughith, 3/150).

Kami akhiri dengan doa:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu.”

Surah al-Hasyr (10)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *