#484 Menukar Nama Kerana Terlalu Berat

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tarawih

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-50%
Rated 0 out of 5
RM60.00
-60%
Rated 0 out of 5
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

[Ebook] Terbitnya Matahari dari Arah Barat

Rated 0 out of 5
RM6.00RM8.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tiupan Sangkakala Pada Hari Kiamat

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Penghancuran Ka’abah

Rated 0 out of 5
RM6.00
-37%
Rated 0 out of 5
RM10.00RM90.00

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Ada seorang kanak-kanak kecil yang selalu sakit. Kemudian bapanya menukar nama tersebut kerana ada nasihat yang mengatakan bahawa nama tersebut adalah ‘terlalu berat’ dan tidak mampu ditanggung. Setelah ditukar nama tersebut, ternyata kanak-kanak tersebut tidak lagi selalu sakit seperti sebelumnya. Adakah kepercayaan seperti ini hanya kebetulan, atau mempunyai asas dalam Islam? Mohon penjelasan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Anjuran Memberi Nama yang Baik kepada Anak

Dalam Islam, tatkala anak dilahirkan, ibu bapa hendaklah menamakan anaknya dengan nama yang baik dan bukannya nama yang buruk mahupun mengandungi unsur syirik. Bahkan menamakan dengan nama yang baik adalah digalakkan kerana ia merupakan doa dan akan diseru pada Hari Kiamat kelak.

Terdapat satu riwayat daripada Abu al-Darda’ R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ

Maksudnya: Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.” [1]

Justeru, hendaklah memilih nama yang diredhai dan disukai oleh Allah. Itulah yang sepatutnya. Sabda Rasulullah SAW:

تَسَمَّوْا بأسماءِ الأنبياءِ، وأَحَبُّ الأسماءِ إلى اللهِ تعالى عبدُ اللهِ وعبدُ الرحمنِ، وأَصْدَقُها حارثٌ وهَمّامٌ، وأَقْبَحُها حَرْبٌ ومُرَّةٌ.

Maksudnya: “Namakan anak-anakmu dengan nama para Nabi dan nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Dan nama yang paling benar ialah Haris dan Hammam. Dan nama yang paling buruk Harb dan Murrah.” [2]

Terdapat persoalan di mana adakah kita boleh menamakan anak dengan nama Allah? Berkenaan isu ini, Syeikh Zakaria al-Ansari menjelaskan bahawa diharuskan menggunakan nama-nama yang tidak menjadi kekhususan kepada Allah SWT. Beliau menyebutkan bahawa harus menamakan dengan nama-nama Allah SWT yang tidak dikhususkan dengannya (kepada Allah). Adapun nama-nama yang terkhusus kepada Allah SWT sahaja, maka ia adalah haram. Inilah sepertimana dijelaskan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab Syarh Muslim.[3]

Hal ini juga sepertimana dinyatakan oleh sebahagian fuqaha dalam kalangan mazhab Hanafi yang menyebut bahawa penamaan dengan nama Allah yang terdapat di dalam kitab-Nya seperti al-‘Ali, al-Kabir, al-Rasyid, al-Badi‘ adalah harus kerana ia adalah daripada nama-nama yang bersekutu (pada maksudnya). Dimaksudkan dengannya adalah pada hak seorang manusia, dan bukan dimaksudkan pada hak Allah SWT.[4]

Ibn Qayyim pula menjelaskan isu ini dengan memberikan beberapa contoh nama Allah yang khusus bagi Allah SWT dan dilarang digunakan oleh makhluk. Beliau berkata: Antara yang dilarang dalam penamaan seorang manusia dengannya ialah nama-nama Allah SWT. Tidak boleh menamakan seseorang dengan al-Ahad, al-Samad, al-Khaliq, al-Razzaq dan sekalian nama-nama yang terkhusus pada Allah SWT. [5]

Justeru, jika nama-nama itu menjadi kekhususan bagi Allah SWT seperti al-Ahad, al-Samad, al-Khaliq dan seumpamanya, maka ia dilarang dan tidak boleh sama sekali menamakan seseorang dengannya. Namun, jika nama itu tidak terkhusus bagi Allah SWT dan maknanya turut dimiliki oleh makhluk, maka tidak mengapa menamakan seseorang dengannya. Lebih-lebih lagi jika nama itu memiliki makna yang baik.

Nabi SAW Menukar Nama Sahabat

Dalam sebuah hadis daripada Ibn al-Musayyib, daripada bapanya, katanya:

أَنَّ أَبَاهُ جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «مَا اسْمُكَ» قَالَ: حَزْنٌ، قَالَ: «أَنْتَ سَهْلٌ» قَالَ: لاَ أُغَيِّرُ اسْمًا سَمَّانِيهِ أَبِي قَالَ ابْنُ المُسَيِّبِ: «فَمَا زَالَتِ الحُزُونَةُ فِينَا بَعْدُ»

Maksudnya: Bahawa  bapanya (yakni datuk kepada Sa‘id bin al-Musayyib) datang kepada Nabi SAW, lalu Baginda berkata: “Siapa namamu?” Dia menjawab: “Hazn.” Baginda bersabda: “Engkau Sahl (senang).” Dia berkata: “Aku tidak akan mengubah nama yang telah diberikan ayahku.” Ibn al-Musayyib berkata: “Maka kekasaran terus berlaku pada diri kami selepas itu.” [6]

Dalam menjelaskan hadis ini, al-Qastalani berkata: Kata Ibn al-Musayyib, ‘فَمَا زَالَتْ فِينَا الْحُزُونَة’ (Maka kekasaran terus berlangsung pada kami), yakni kesukaran.[7]

Al-‘Aini pula menukilkan bahawa Ibn al-Tin berkata: Makna perkataan Ibn al-Musayyib, ‘فَمَا زَالَتْ فِينَا الْحُزُونَة’ (Maka kekasaran terus berlangsung pada kami), yakni tidak adanya kemudahan pada apa yang mereka inginkan.[8]

Begitu juga, Syeikh Syams al-Haq al-‘Azim Abadi turut menjelaskan bahawa lafaz ‘حزونة’ di sini bermaksud kekasaran dalam akhlak dan peribadi, sepertimana disebut oleh al-Suyuti. [9]

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada Ibn Battal, katanya: “Di sini terdapat keterangan bahawa perintah memperelokkan nama dan mengubah kepada yang lebih baik tidaklah wajib.”

Turut dinukilkan daripada al-Dawudi, katanya: “Maksudnya adalah kekasaran dalam akhlak mereka.” Ulama’ selainnya pula berkata: Dia mengisyaratkan sikap kasar yang terus ada dalam akhlak mereka.” Para ahli nasab menyebut bahawa pada anaknya terdapat akhlak yang kurang elok dan hal ini sangat dikenali dan hampir-hampir tidak pernah hilang daripada mereka. [10]

Justeru, berdasarkan hal ini, dapat difahami bahawa terdapat perkaitan antara nama yang diberi dengan peribadi seseorang.

Perkaitan antara Nama dan Keperibadian

Sebahagian para ulama menjelaskan bahawa terdapat kaitan yang ketara di antara nama dengan seseorang yang dinamakan dengan nama tersebut.

Antaranya adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibnul Qayyim dengan katanya: “Secara kesimpulannya, akhlak serta perbuatan-perbuatan yang buruk itu ada hubungkaitnya dengan nama. Demikianlah nama-nama yang baik akan mendorong kepada akhlak dan perbuatan yang baik. Dan tidaklah Rasulullah SAW itu dinamakan dengan Muhammad melainkan kerana banyaknya ciri-ciri dan sifat terpuji pada diri baginda SAW. Dan sesungguhnya pemilik nama yang baik kadangkala malu dengan namanya, dan kadangkala disebabkan namanya itulah yang mendorong seseorang melakukan perbuatan yang sesuai dengan namanya serta meninggalkan apa yang bercanggahan dengannya.” [11]

Disebabkan perkaitan inilah para ulama’ membahaskan hukum menukar nama, perinciannya dibahaskan oleh imam Ibnul Qayyim di dalam fasal ketiga pada kitab beliau Tufhatul Maudud  ketika membahaskan galakan menukar nama kepada nama yang lain disebabkan maslahah. [12]

Antara dalil yang menunjukkan kepada galakan menukar nama yang kurang elok ialah hadith riwayat Abu Hurairah RA, katanya:

أَنَّ زَيْنَبَ، كَانَ اسْمُهَا بَرَّةَ، فَقِيلَ تُزَكِّي نَفْسَهَا‏.‏ فَسَمَّاهَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم زَيْنَبَ‏

Maksudnya: “Bahawanya pada asalnya nama Zainab ialah Barrah, maka dikatakan kepadanya “engkau memuji diri sendiri” maka Rasulullah SAW pun menukarkan namanya kepada Zainab.”[13]

Begitu juga hadith daripada Ibn al-Musayyib, di mana Nabi SAW telah menyarankan untuk menukar nama datuknya daripada Hazan kepada Sahl, sepertimana dalam hadis yang telah disebutkan di atas.

Berdasarkan hadith-hadith di atas dan juga hadith-hadith lain yang terkait sekitar pemberian nama ini, para ulama’ telah mencapai kepada beberapa rumusan, antaranya:

  • Kita dituntut untuk menukarkan nama seseorang kerana kejelekannya dan keburukannya[14]. Contohnya ialah nama Abdul Ka’abah, kerana nama tersebut terdapat unsur syirik padanya.
  • Begitu juga kita digalakkan untuk menukarkan nama kerana maslahah tertentu walaupun nama itu baik pada asalnya. Seperti nama Barrah dan Kharunnisa’. Ini kerana Barrah bermaksud yang banyak membuat baik manakala Khairunnisa’ bermaksud sebaik-baik wanita.
  • Kita dituntut untuk mengelakkan nama yang boleh membawa kepada mempercayai sial. Contohnya seperti nama hazanyang bermaksud kesedihan, nama sebegini boleh membawa kepada mempercai bahawa segala musibah yang ditimpa insan yang bernama hazan ini ialah kerana namanya yang membawa kepada kesedihan.[15]Atas dasar ini Imam al-Nawawi memakruhkan untuk menamakan anak dengan nama yang jelek dan nama yang terdapat padanya unsur kecelakaan. [16]

Mengambil Sikap Tafa’ul (Berharap ke Arah Kebaikan)

Terdapat sebuah hadis daripada Samurah bin Jundub, katanya: Rasulullah SAW bersabda:

لا تُسَمِّينَّ غُلامَكَ يَسارًا ولا رَباحًا ولا نَجيحًا، ولا أفلَحَ؛ فإنَّك تقولُ: أثَمَّ هو؟ فيقول: لا، إنَّما هنَّ أربَعٌ؛ فلا تَزيدُنَّ عَلَيَّ

Maksudnya:Jangan kamu menamakan anak-anakmu dengan nama Yasar, Rabah, Najih, Aflah. Kerana sesungguhnya apabila kamu berkata, adakah dia di sana? Maka jika tiada, kamu akan jawab: ‘Tiada.’ Sesungguhnya mereka adalah nama yang empat, maka jangan kamu tambah ke atasku.”[17]

Berdasarkan hadis di atass, terdapat persoalan bahawa adakah kita tidak boleh menamakan anak kita Yasar, Rabah, dan seumpamanya, sedangkan ia membawa maksud baik. Yasar dengan maksud mudah dan senang, manakala Rabah dengan maksud keberuntungan.

Dalam menjawab isu ini, Syeikh Dr. Aidh al-Qarni berkata: Makna hadis ini adalah apabila kamu menamakan dengan nama-nama ini, sebagai contoh, kamu kata, adakah di rumah terdapat Yasar (memberi maksud mudah), lantas dijawab: ‘Tiada.’ Maka di situ, boleh membawa kepada maksud berlaku kesusahan atau kesukaran. Atau kamu tanya, adakah Rabah (memberi maksud keuntungan) ada di rumah? Lalu dijawab: ‘Tiada,’ maka bertukarlah tempat rabah (keuntungan) kepada kerugian. Begitulah juga yang seumpamanya.[18]

Ini menggambarkan betapa Rasulullah SAW mengambil sikap tafa’ul iaitu berharap ke arah kebaikan dan menutup segala pintu yang membawa kepada kejatuhan, kehinaan, dan ketidakbaikan. Itulah sebab kenapa nama-nama tersebut tidak digalakkan walaupun kita dapati sebahagian ulama’ atau sesetengah orang menamakan anak-anak mereka dengan nama di atas.

Nama Terlalu Berat untuk Ditanggung?

Adapun berkaitan isu anak tidak mampu menanggung nama, kerana nama tersebut berat dan sebagainya, kami tidak jumpai apa-apa penjelasan yang berasas disebalik dakwaan tersebut.

Bahkan kami khuatiri kepercayaan tersebut mempunyai unsur-unsur khurafat, ini kerana para ulama’ telah mentakrifkan khurafat sebagai:

الاعتقاد بما لا ينفع ولا يضر ولا يلتئم مع المنطق السليم والواقع الصحيح

Maksudnya: “Khurafat ialah sebuah kepercayaan kepada perkara yang tidak bermanfaat, tidak memudharatkan dan tidak bersesuaian dengan akal yang sejahtera dan realiti semasa.” [19]

Kepercayaan ini juga kami khuatiri bercanggah dengan aqidah yang sejahtera yang wajib diimani kesemua Muslim iaitu hanya Allah SWT sahaja yang boleh beri manfaat atau mudarat.

Firman Allah SWT:

وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّـهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ ۚ يُصِيبُ بِهِ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۚ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya“Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”[20]

Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini “Sesungguhnya kebaikan, keburukan, manfaat dan bahaya hanyalah milik Allah SWT sahaja. Tidak ada sesuatu pun menyekutui-Nya dalam hal yang demikian. Maka hanya Allah sahajalah yang berhak diibadahi. Tidak ada sekutu bagi-Nya.”[21]

Kepercayaan ini juga mempunyai unsur mempercayai perkara-perkara sial yang telah jelas dilarang hadith Baginda SAW:

لاَ طِيَرَةَ

Maksudnya: “Tiada thiyarah / kepercayaan sial di dalam Islam.”[22]

Berpandukan hujah-hujah di atas kami berpandangan bahawa mempercayai sesuatu nama itu sebagai berat dan tidak mampu ditanggung seorang bayi adalah kepercayaan yang tidak didasari dengan bukti-bukti yang jelas, maka seeloknya bagi kaum Muslimin untuk menjauhkan diri dari kepercayaan ini.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 15 Februari 2022 bersamaan 13 Rejab 1443H

 

[1] Riwayat Abu Daud (4948)

[2] Riwayat Abu Daud (4950) dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (814)

[3] Lihat Asna al-Matalib Syarh Raudh al-Talib, 4/243

[4] Lihat al-Buraiqah al-Mahmudiyyah, 3/234

[5] Lihat Tuhfah al-Maudud, 1/125

[6] Riwayat al-Bukhari (6190)

[7] Lihat Irsyad al-Sari, 9/111

[8] Lihat ‘Umdah al-Qari, 22/208; Lihat Fath al-Bari, 17/391

[9] Lihat ‘Aun al-Ma’bud, 13/203

[10] Lihat Fath al-Bari, 17/391

[11] Lihat Tuhfah al-Maudud, hlm. 250

[12] Lihat Tuhfah al-Maududhlm. 129

[13] Riwayat al-Bukhari (6192)

[14] Lihat Tuhfah al-Maududhlm. 133

[15] Lihat Syarh Muntaha al-Iradat1/615

[16] Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 8/417

[17] Riwayat Muslim (2137) Abu Daud (4958) al-Tirmizi (2836) dan Ahmad  (20078)

[18] Lihat Mulhim al-‘Alam, hlm. 166-167

[19] Lihat al-Mazahib al-Fikriyyah al-Mu’asirah2/1186)

[20] Surah Yunus (107)

[21] Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/407

[22] Riwayat Muslim (2224)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search