#5382: Penyerahan Barang yang Dijumpainya

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Apabila seseorang itu mahu menyerahkan barang yang dijumpai kepada orang yang mengaku miliknya, apa yang perlu saya buat kerana saya takut berdosa kalau orang tersebut menipu?

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Definisi al-Luqatah (Penemuan)

Al-Luqatah mengikut syara’ adalah sesuatu barang atau harta yang bernilai (di sisi syarak), dijumpai di tempat yang tidak mempunyai pemilik, dan tidak diketahui hak miliknya”. (Lihat Fiqh al-Manhaji, 7/69).

Dalam Kamus al-Wasit (2/834), “luqatah” diertikan sebagai “Suatu barang yang (Lihat  (Lihat  al-Fiqh al-Manhaji, 7/144)(Lihat  al-Fiqh al-Manhaji, 7/144)al-Fiqh al-Manhaji, 7/144)dipungut, atau suatu yang ditemui atas keadaan boleh diminta, dan seseorang itu memungut apabila dia mengambil sesuatu itu daripada bumi, seperti yang Allah SWT ceritakan perihal Musa A.S:

فَالْتَقَطَهُ آلُ فِرْعَوْنَ

Maksudnya: “Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun.”

(Surah al-Qasas: 8)

Maka luqatah itu adalah suatu barang yang ditemui oleh penemu lalu dia mengambilnya, atau sesuatu yang hilang daripada tuannya kerana jatuh, lalai dan seumpamanya.”

Kesimpulan

Menjawab persoalan di atas, kami nyatakan apabila seseorang datang dan mendakwa barang yang ditemui adalah miliknya, penemu perlu menyoal tentang sifat-sifat barang tersebut. Jika orang ini berjaya menyatakan sifat-sifat dengan betul dan penemu dapat melihat kejujurannya, dia boleh menyerahkannya. Tindakan ini berpandukan sabda Rasulullah SAW:

فَإِنْ جَاءَ صَاحِبُهَا، فَعَرَفَ عِفَاصَهَا وَوِكَاءَهَا وَعَدَدَهَا، فَأَعْطِهَا إِيَّاهُ

Maksudnya: “Apabila pemiliknya datang dan dia mengenali bekas, bilangan dan ikatannya, serahkanlah kepadanya.”

Riwayat Muslim (4600)

Setelah menyerahkan barang tersebut, penemu bebas daripada sebarang tanggungjawab dan dia tidak perlu membayar ganti rugi jika orang yang mendakwa tersebut berbohong.

Menurut pendapat yang paling sahih, penemu tidak wajib menyerahkan barang tersebut walaupun orang yang mendakwa tadi mampu menyatakan sifat-sifatnya secara tepat dan dia sendiri percaya dengan kejujurannya. Kecuali setelah orang tadi mengemukakan bukti di hadapan hakim dan hakim memutuskan barang tersebut miliknya.

Hal ini berpandukan kepada sabda Rasulullah SAW:

لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لاَدَّعَى رِجَالٍ أَمْوَالَ قَوْمِ وَدِمَاءِهِمْ، لَكِنَّ البَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعَي وَالْيَمِينَ عَلَى مَنْ أَنْكَر

Maksudnya: “Jika manusia dibiarkan dengan dakwaan mereka, nescaya mereka akan menuntut harta-harta dan nyawa orang lain. Walau bagaimanapun, orang yang mendakwa hendaklah mengemukakan bukti dan orang yang menafikannya hendaklah bersumpah.”

Riwayat al-Bukhari (4277) dan Musllim (1711)

Penemu tidak boleh memberikan barang tersebut kepada sesiapa sahaja yang mendakwa miliknya melainkan setelah disahkan dengan bukti atau sebagainya. Perlu diingatkan di sini, kebenaran hakim dan perbuatan memberitahunya seperti yang dinyatakan sebelum ini adalah dalam keadaan ia boleh dilakukan dan tidak timbul kemungkinan hakim akan merampas barang tersebut dengan cara yang salah. Namun, jika dikhuatiri perkara ini akan berlaku, kes ini tidak perlu dirujuk kepada hakim. (Lihat  al-Fiqh al-Manhaji, 7/144)

Akhir kalam, semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.

 Kami akhiri dengan doa:

 اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Wallahua`lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *