#966: Muntah Selepas Mengambil Ubat

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM25.00
Rated 0 out of 5
RM25.00
Rated 0 out of 5
RM25.00
-64%
Rated 0 out of 5
RM50.00
-53%

Siri Perkahwinan

[eBook]Baiti Jannati

Rated 0 out of 5
RM20.00
Rated 0 out of 5
RM10.00
-18%

Buku Fizikal

Rahiq Makthum

Rated 0 out of 5
RM65.00RM130.00

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya mengambil ubat untuk membuang angin dalam badan pada waktu sahur. Kesannya, saya termuntah ketika menjalani ibadah puasa pada hari itu. Adakah puasa saya terbatal dan saya dikira orang yang sengaja muntah ketika berpuasa? Mohon penjelasan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Pada asasnya, dalam fiqh Mazhab Syafie antara perkara yang membatalkan puasa adalah muntah dengan sengaja seperti sengaja menjolok jari ke dalam mulut dengan tujuan untuk muntah.

Menurut pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji[1], muntah yang disengajakan adalah membatalkan puasa seseorang, sekalipun dia pasti tiada apa-apa daripada muntahan tersebut masuk semula ke dalam perutnya. Akan tetapi, puasa seseorang itu tidak batal sekiranya dia tiada kemampuan untuk menahan muntahnya, sekalipun dia mengetahui ada sesuatu daripada muntahan tersebut yang masuk semula ke dalam perutnya dengan tidak sengaja.

Hal ini berdasarkan hadis, daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ ذَرَعَهُ قَيْءٌ وَهُوَ صَائِمٌ، فَلَيْسَ عَلَيْهِ قَضَاءٌ، وَإِنِ اسْتَقَاءَ فَلْيَقْضِ

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak dapat menahan muntahnya semasa berpuasa, dia tidak wajib mengqadha’ puasanya dan jika sengaja muntah, dia hendaklah mengqadha’kannya.”[2]

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata: “Adapun mengenai muntah, jumhur ulama’ telah membezakan antara orang yang muntah dengan tidak disengajakan – yang mana hal ini tidak membatalkan puasa, – dengan orang yang sengaja mengeluarkan muntah – dan hal ini jelas membatalkan puasa. – Ibn al-Munzir telah menukilkan ijma’ tentang batalnya puasa disebabkan muntah dengan sengaja.[3]

Muntah Selepas Makan Ubat

Dalam menjawab persoalan di atas, kami nyatakan seperti berikut:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ ذَرَعَهُ قَيْءٌ، وَهُوَ صَائِمٌ، فَلَيْسَ عَلَيْهِ قَضَاءٌ، وَإِنْ اسْتَقَاءَ فَلْيَقْضِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang muntah dengan tidak sengaja, maka tidak ada qadha’ baginya; dan barangsiapa yang muntah dengan sengaja, maka ia harus mengqadha (puasanya).”[4]

Antara perkara yang membatalkan puasa adalah muntah dengan sengaja.[5] Maksud muntah dengan sengaja adalah seperti menjolok-jolok lidah ke langit sehingga menyebabkan muntah.[6]

Imam Abu Daud ketika mensyarah hadith di atas menyatakan: “Termasuk dalam makna muntah dengan tidak sengaja adalah apa yang biasanya terjadi kepada manusia seperti termasuk lalat dalam kerongkongnya dan masuk air ke dalam perutnya seperti air banjir (tertelan air banjir) dan yang menyerupai perkara ini, sesungguhnya ianya tidak merosakkan puasanya.”[7]

Muntah yang tidak membatalkan puasa juga adalah jika dalam keadaan dipaksa oleh tubuh untuk muntah. Kecuali jika muntah itu kembali masuk ke dalam perutnya atas usahanya, sendiri, maka batal puasannya.[8]

Penutup

Dalam situasi soalan di atas, puasa tersebut dikira sah dan tidak batal kerana ianya bukanlah atas usaha pelakunya sendiri tetapi ianya dipaksa oleh tubuh badan.

Semoga kita dapat memelihara puasa kita dengan semampu yang mungkin dan berusaha untuk berpuasa dengan sempurna.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 19 April 2022 bersamaan 17 Ramadhan 1443H

[1] 1/85

[2] Riwayat Abu Daud (2380) dan al-Tirmizi (720)

[3] Lihat Fath al-Bari, 4/174

[4] Riwayat Abu Daud (2380)

[5] Lihat Matn Abi Syuja’, hlm. 19

[6] Lihat Zain al-Talib, 2/80

[7] Lihat Ma’alim al-Sunan, 2/112

[8] Lihat Hasyiah Syeikh Ibrahim al-Baijuri, 1/556

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *