Category Archives: Akidah dan Tauhid

#310: Menyimpan Tali Pusat Bayi

Soalan Assalamualaikum ustaz. Bagaimana hukum memotong dan menyimpan tali pusat bayi selepas kelahirannya? Jawapan Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari […]

#309: Umat Terawal Masuk Syurga

Soalan Assalamualaikum ustaz. Benarkah kita akan masuk syurga terlebih dahulu berbanding umat lain? Dan umat lain tidak akan memasuki syurga selagimana umat Nabi Muhammad SAW belum memasukinya? Mohon pencerahan. Jawapan Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi […]

#258 Larangan Mencela Hujan

Soalan:          Assalamualaikum w.b.t. Musim hujan atau monsun ini, ramai yang mengeluh sehinggakan ada juga yang sampai mencela hujan itu sendiri kerana pekerjaan mereka banyak yang terganggu dan tergendala disebabkan oleh hujan itu. Mohon pencerahan. Jawapan: Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan […]

#161 Allah Al-Khaliq, Bukan Makhluk

Soalan Tular di media sosial beberapa hari ini bahawa terdapat individu yang mengeluarkan kenyataan bahawa Tuhan itu tidak dapat dilihat dan halus, maka individu tersebut menyimpulkan bahawa tuhan itu makhluk halus. Mohon ulasan daripada Datuk. Jawapan Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan […]

#48 Menjual Bunga Untuk Ritual Agama Lain

SOALAN Apakah hukum menjual bunga untuk ritual sembahyang agama lain? JAWAPAN Syariat Islam mengharuskan aktiviti jual beli dilangsungkan antara orang Islam dan bukan Islam. Antara dalilnya ialah hadis daripada Aisyah R.Anha: اشْتَرَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ يَهُودِيٍّ طَعَامًا بِنَسِيئَةٍ، وَرَهَنَهُ دِرْعَهُ Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah membeli daripada seorang Yahudi makanan (bijirin barli) […]

#46 Keadaan Haiwan Peliharaan di Akhirat

SOALAN Bolehkah saya bertemu semula dengan kucing peliharaan kesayangan saya yang telah meninggal dunia di akhirat nanti ? JAWAPAN Abu Hurairah R.A berkata: إن الله يحشر الخلق كلهم، كل دابة وطائر وإنسان، يقول للبهائم والطيركونوا ترابًا Maksudnya: “Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan makhluk kesemuanya (pada hari akhirat kelak). (Iaitu) setiap haiwan, burung-burung, dan juga manusia. Lalu […]

#38 Mangga Cinta Pengikat Cinta?

SOALAN Apakah hukum seseorang memasang love padlock di tempat-tempat tertentu, dengan berharap akan bertemu jodoh atau jodoh dengan pasangannya akan berkekalan? JAWAPAN Cinta yang ikhlas lahir daripada hati yang meletakkan sepenuhnya rasa penghambaan kepada Allah SWT. Cinta yang sebenar bukan lahir daripada ikhtiar yang syirik dan khurafat kepada-Nya. Tidak ada yang boleh memberi keburukan atau […]

#17 Benang Hitam Untuk Kanak-Kanak

SOALAN Apakah hukum penggunaan benang hitam yang dipakaikan kepada bayi yang sering menangis ? JAWAPAN Hukum pemakaian benang atau tali di tangan atau kaki bayi dengan keyakinan bahawa ia dapat mendatangkan manfaat atau mengelakkan kemudaratan adalah haram. Menurut W.W. Skeat, pemakaian benang atau tali hitam yang dijadikan gelang adalah amalan tradisi orang Melayu dulukala untuk […]

#10 Keadaan Kanak-Kanak Meninggal Dunia Semasa Kecil

SOALAN Bagaimanakah khabar bayi yang meninggal dunia? Benarkah dia mengingati ibu bapa dan saudaranya di dunia? Benarkah dia sedang menghuni syurga dan sedang diasuh oleh Nabi Ibrahim? Saya merindui arwah anak saya. JAWAPAN Imam al-Nawawi menyatakan, ijma’ ulama’ menyimpulkan bahawa kanak-kanak Muslim yang mati sebelum akil baligh akan berada di syurga. ‌أَجْمَعَ ‌مَنْ ‌يُعْتَدُّ ‌بِهِ […]

#9 Terlibat dalam Pembinaan Rumah Ibadat Agama Lain

SOALAN Bolehkah Muslim terlibat dalam projek pembinaan rumah ibadat agama lain? JAWAPAN Para ulama’ berbeza dengan dua pandangan dalam hal ini. Sebahagian ulama mazhab Hanafi mengharuskan umat Islam terlibat dalam membina dan bekerja di gereja. Antara yang mengutarakan pandangan ini adalah Ibn ‘Abidin dalam Hasyiyah Ibn ‘Abidin (6/391) dan Ibn Nujaim dalam al-Bahr al-Ra’iq Syarh […]