#445: Menggantung Ayat al-Quran di Rumah

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tarawih

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-50%
Rated 0 out of 5
RM60.00
-60%
Rated 0 out of 5
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

[Ebook] Terbitnya Matahari dari Arah Barat

Rated 0 out of 5
RM6.00RM8.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tiupan Sangkakala Pada Hari Kiamat

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Penghancuran Ka’abah

Rated 0 out of 5
RM6.00
-37%
Rated 0 out of 5
RM10.00RM90.00

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Apa hukum jika kita menggantungkan ayat-ayat suci al-Quran di rumah, atau kalimah Allah dan Muhammad? Ini kerana, ada yang menggantung ayat Quran di belakang televisyen, kemudian apabila mereka berbaring menonton TV, maka kaki mereka dihalakan kepada ayat Quran itu. Mohon pencerahan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Definisi al-Quran dan dan Kemuliaannya

Menurut al-Qamus al-Muhit, al-Quran dari sudut bahasa bermaksud al-Tanzil (التَّنْزيل) iaitu yang diturunkan (Lihat al-Qamus al-Muhit, 1/49) Menurut al-Mu’jam al-Wasit, al-Quran adalah kata terbitan daripada al-Qiraah (القراءة), iaitu bacaan sebagaimana firman Allah SWT:

إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ ﴿١٧)‏ فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ

Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.[1]

Kata qur’anah (bacaannya) pada ayat di atas bererti qira’atuh (bacaannya/cara membacanya).[2]

Firman Allah SWT:

وَقُرْآنَ الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

Maksudnya:Dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).”[3]

Dikatakan juga bahawa al-Quran adalah majaz (kiasan) bagi solat, sebab itu ditafsirkan firman Allah SWT di atas dengan solat Fajr, dan dinamakan al-Quran kerana ianya adalah rukun sebagaimana dinamakan ruku’ dan sujud. Dikatakan juga sesungguhnya kalimah al-Quran digunakan dengan makna yang hakiki (sebenar).[4]

Dari sudut Istilah, al-Quran adalah kalam tuhan sekalian alam yang diturunkan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW untuk hidayah bagi manusia semuanya.[5]

Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni pula mendefinisikan: Al-Quran adalah Kalam Allah yang mukjizat yang diturunkan kepada penutup segala Nabi dan Rasul melalui Malaikat Jibril AS yang ditulis pada mashaf-mashaf yang dipindahkan kepada kita secara mutawatir dengan membacanya adalah ibadah bermula dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas.[6]

Makna al-Quran yang disepakati oleh Ulama’ Usul, fuqaha’ dan Ulama’ Bahasa – Al-Quran adalah Kalam yang mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pada mazhaf yang dipindahkan secara mutawattir dan membacanya adalah Ibadah.[7]

Definisi al-Quran dari sudut Istilah yang masyhur ialah: Kitab yang diturunkan Allah secara mutawatir kepada Nabi SAW yang bersifat mukjizat di mana mendapat pahala jika dibacanya yang terangkum dari awal surah Fatihah hingga akhir surah al-Nas.

 

Keistimewaan al-Quran

Sebenarnya al-Quran cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab. Oleh kerana tajuk ini cukup besar, penulis hanya menyebut sepintas lalu dengan satu dalil sahaja dengan setiap satunya. Dipetik daripada karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang bertajuk Kaifa Nata’amal Ma’a al-Quran al-‘Azim, antara lain menyebut:

  • Al-Quran kitab Ilahi. Hal ini dijelaskan dengan banyak ayat antaranya :

الر ۚ كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِن لَّدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ

Maksudnya“Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayat-ayatnya, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu yang diturunkan daripada sisi Allah Yang Maha Mendalam pengetahuan-Nya.”[8]

  • Al-Quran adalah kitab mahfuz (terpelihara). Firman Allah SWT:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Maksudnya“Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran dan memeliharanya.”[9]

  • Al-Quran adalah kitab mukjizat. Firman Allah SWT :

قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَـٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا

Maksudnya“Katakanlah (wahai Muhammad)  “ Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran , mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.”[10]

Al-Quran dikatakan sebagai sebuah kitab mukjizat kerana makhluk tidak akan mampu dan mustahil untuk mendatangkan sebuah kitab semisal al-Quran sekalipun terdapat gabungan dan kesepakatan antara seluruh manusia dan jin dalam . Sudah tentu perkataan makhluk tidak akan boleh menyamai perkataan Yang Maha Pencipta, yang tiada tandingan dan tara.[11]

  • Al-Quran kitab yang nyata lagi mudah. Firman Allah SWT:

فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Maksudnya: “Maka sesungguhnya kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu(wahai Muhammad) moga-moga mereka mengambil pengajaran.”[12]

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, ayat Al-Quran dihafaz oleh ribuan sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Inilah istimewanya yang tiada pada mana-mana kitab atau buku yang lain.

  • Al-Quran kitab untuk zaman seluruhnya. Ia bermaksud kitab yang kekal yang bukan hanya sesuai pada suatu masa sahaja dan bukan untuk satu generasi. Tetapi ia sesuai sepanjang zaman dan semua tempat. Justeru tidak pelik sehingga sekarang al-Quran tetap menjadi panduan dan pedoman dalam menempuh kehidupan.
  • Al-Quran kitab agama keseluruhannya. Maksudnya ialah ia menjadi asas kepada agama dan roh Islamnya dan daripadanya diambil roh akidah, ibadat, akhlak dan juga usul tasyriq dan hukum hakam.
  • Al-Quran merupakan kitab kemanusiaan sejagat. Hal ini dapat difahami berdasarkan kepada sifat al-Quran itu sendiri yang banyak menekankan kehidupan manusia dengan kalimahnya dan untuk alam sejagat. Benarlah firman Allah SWT:

إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَالَمِينَ

Maksudnya“Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam.”[13]

Hukum Menggantungkan Ayat al-Quran di Rumah

Dalam menjawab persoalan di atas, kami mulakan dengan firman Allah SWT:

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”[14]

Dalam ayat ini, Allah menyatakan bahawa al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan juga peringatan kepada umat manusia seluruhnya. Imam al-Baidhowi mengatakan ayat ini bermaksud al-Quran diturunkan untuk tadabbur dan juga tazakkur (peringatan).[15] Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang mulia, merupakan petunjuk buat kita manusia, maka ia perlulah dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya.

Berbalik kepada persoalan yang diajukan berkenaan hukum menggantung ayat-ayat suci al-Quran ini ada dibahaskan para ulama’ berkenaannya. Pada dasarnya, para ulama’ bersepakat meletakkan hukum haram pada perbuatan menggantung ayat-ayat suci al-Quran atau kalimah seperti Muhammad SAW dan Allah SWT di dalam rumah ataupun di kedai-kedai dan selainnya dengan tujuan menolak bala atau melariskan perniagaan atau dengan kepercayaan ia berfungsi sebagai tangkal atau penarik orang ramai dan sebagainya. Ini bersandarkan kepada sabda Nabi Muhammad SAW:

مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ

Maksudnya“Sesiapa yang menggantung sesuatu nescaya dia akan diserahkan kepadanya (benda yang digantung).” [16]

Ibn Al-Athir sepertimana dinukilkan oleh Syeikh Mulla Ali Al-Qari, berkata: Sesiapa yang menggantungkan sesuatu ke atas dirinya daripada pelindung-pelindung, tangkal, dan yang seumpama dengan keduanya dengan beriktikad bahawa kesemua itu mendatangkan manfaat atau menghalang kemudaratan nescaya dia akan diserahkan kepadanya. Iaitu dia akan dibiarkan bersama benda yang dijadikan pelindung itu dan akan ditinggalkan bersamanya. [17]

Adapun menggantungkan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah dan Muhammad sebagai perhiasan dan peringatan, ulama’ berbeza pendapat mengenainya. Perbezaan ini boleh dilihat melalui dua pendapat iaitu sebahagian ulama’ meletakkannya sebagai makruh dan sebahagian lagi mengatakannya harus.

 

Pendapat pertama: Makruh

Pada asalnya, perhiasan adalah diharuskan sekiranya tiada dalil yang mengharamkannya seperti berlebihan dan melampaui batas dan mendatangkan fitnah. Al-Razi menyebut di dalam kitabnya, “Sesungguhnya setiap perhiasan itu diharuskan melainkan apabila didatangkan dengan dalil (melarangnya)” [18]

Majoriti ulama’ meletakkan hukum makruh menggantungkan kalimah-kalimah suci pada dinding, tiang dan sebagainya walaupun dengan tujuan peringatan dan juga sebagai perhiasan.

Menurut mazhab Syafi’i, Imam al-Nawawi berkata dalam kitabnya bahawa makruh hukumnya jika menulis ayat al-Quran pada dinding.[19] Walaupun pada dinding masjid dan sebagainya.[20] Perkara ini juga ada dinukilkan oleh Imam al-Syarbini dalam kitabnya. [21]

Syeikh al-‘Uthaimin mengatakan perbuatan ini adalah suatu perkara yang baharu yang tiada dalam amalan ulama’-ulama’ terdahulu. Jika perbuatan ini merupakan amalan yang baik dan disukai, maka semestinya Allah SWT akan mensyariatkan perbuatan ini melalui lisan Rasulullah SAW. Kemudian, beliau menanyakan atas dasar dan sebab apa perbuatan ini dilakukan? Jika kerana rasa hormat, maka terlebih dahulu para sahabat akan melakukannya. Dan jika ia digantung sebagai peringatan, maka beliau berkata bahawa pada zaman kini, orang yang melihatnya sebagai peringatan teramatlah sedikit berbanding mereka yang melihatnya dari segi tulisan, kecantikan dan sebagainya bukannya isi kandungan yang tidak langsung menyentuh hati dan jiwa mereka untuk dijadikan iktibar mahupun peringatan.[22]

Syeikh Nasir bin ‘Abd al-Rahman al-Judai’ pula berkata: “Sebahagian ulama salaf (terdahulu), ketika memperkatakan berkenaan adab-adab yang khusus terhadap al-Qur’an al-Karim, mereka menetapkan secara mutlak dibencinya menulis al-Qur’an di dinding-dinding, di dalam masjid, dan selainnya, atau pada pakaian dan seumpamanya. Dan tidak terkecuali juga (menulis ayat al-Quran pada dinding) jika bertujuan untuk mencari keberkatan. [23]

Pendapat kedua: Harus

Sebahagian ulama’ yang lain mengatakan bahawa hukum menggantung ayat-ayat suci al-Quran di dalam rumah adalah harus jika untuk tujuan perhiasan dan juga sebagai peringatan.

Menurut Lajnah al-Ifta’ Jordan berkenaan hukum menggantung ayat-ayat al-Quran dan kalimah suci seperti Muhammad SAW dan Allah SWT pada dinding, tiang dan sebagainya, mereka mengatakan: Dibolehkan menulis ayat al-Quran pada dinding atau diukir padanya ataupun digantung untuk dilihat. Namun ia mesti dimuliakan dan juga dihormati serta dipelihara dari sebarang penyalahgunaan dan penghinaan.

Perkara ini juga berdasarkan kepada firman Allah SWT:

ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

Maksudnya: “Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.” [24]

Dar al-Ifta’ al-Misriyyah juga berpendapat bahawa perbuatan menggantung kalimah tersebut adalah harus namun dengan syarat seperti berikut:

وكذلك الحال في كتابة الآيات القرآنية على الجدران في غير المساجد يجب أن تكون بطريقة مُتْقَنة مُحكَمة تراعي قدسية الآيات واحترامها.

Maksudnya: “Begitu juga dalam hal penulisan ayat-ayat al-Quran pada selain dinding masjid mestilah dengan cara yang kemas dan baik meraikan kesucian ayat dan juga menghormatinya.”

Syeikh Ibn Baz juga berkata tiada larangan pada perbuatan menggantungkan ayat al-Quran dan juga hadith-hadith Nabi Muhammad SAW pada dinding dengan tujuan memberi peringatan atau mengambil iktibar dan faedah daripadanya dan bukan bertujuan sebagai pelindung. Namun, gantungan ini mestilah di tempat yang bersih dan baik bukannya di tempat yang kotor dan bukannya kalimah tersebut untuk tujuan penghinaan.

Menghormati Ayat-Ayat Suci Al-Quran

Kemudian, berkenaan dengan persoalan melunjurkan kaki ke arah ayat al-Quran yang digantung tanpa sengaja ataupun tanpa niat menghina, maka kami mengatakan ia adalah dimaafkan. Namun sebaliknya, jika si pelaku berniat memberi penghinaan ke atas ayat-ayat suci al-Quran tersebut, maka hukumnya adalah haram sama sekali.

Imam al-Nawawi ada menyebut: “Seluruh umat Islam telah bersepakat ke atas kewajipan memelihara mushaf (al-Quran) dan menghormatinya.”[25]

Penghinaan terhadap al-Quran jelas merupakan dosa besar. Firman Allah SWT:

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ ‎﴿٦٥﴾‏ لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ ۚ إِن نَّعْفُ عَن طَائِفَةٍ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ

Maksudnya: Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya (al-Quran) serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?” Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.[26]

Al-Qadhi bin ‘Iyadh menegaskan (dalam hal berkait dengan ayat ini), “Ketahuilah, siapa saja yang meremehkan Al Quran, mushafnya atau sebagian dari al-Quran, atau mencaci-maki al-Quran dan mushafnya, maka ia kafir (murtad) berdasarkan kata sepakat para ulama’.

 

Kesimpulan

Tuntasnya, kami cenderung kepada pendapat yang mengatakan harus menggantungkan ayat-ayat suci al-Quran dan juga kalimah-kalimah seperti Allah SWT dan Muhammad SAW pada dinding, tiang, di dalam rumah dan sebagainya berdasarkan dawabith (syarat) yang berikut:

  • Mestilah digantung di tempat-tempat dan juga kawasan yang baik, bersih dan terhindar dari kotoran najis serta digantung dengan baik (tidak mudah jatuh) bagi mengelakkan jatuhnya pada kaki manusia.
  • Ia juga mestilah digantung bukan bagi tujuan penghinaan atau mencari keberkatan namun sebagai peringatan.
  • Jangan berlebih-lebihan dalam perbuatan ini sehingga boleh menyebabkan berlakunya pembaziran.

Justeru, menjawab kepada persoalan yang diajukan, jika dengan menggantung kalimah suci al-Quran dan seumpamanya atas televisyen itu menyebabkan berlakunya penghinaan ataupun ia bercanggah dengan tujuan penggantungannya, iaitu mengingatkan diri kepada Allah SWT di samping bagi menghiasi dinding dengan seni tulisan khat, maka ia seharusnya dielakkan dan sebaiknya digantung kalimah tersebut berdasarkan dawabith yang telah kami senaraikan di atas.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 9 Februari 2022 bersamaan 7 Rejab 1443H

[1] Surah al-Qiyamah: 17-18

[2] Lihat al-Mu’jam al-Wasit, 2/722

[3] Surah al-Isra’: 78

[4] Lihat Mu’jam Alfaz al-Quran al-Karim, 2/197-198

[5] Lihat al-Quran wa I’jazuhu al-‘Ilm, hlm. 2

[6] Lihat al-Tibyan fi ‘Ulum al-Quran, hlm. 8

[7] Lihat Mabahith fi Ulum al-Quran, hlm 21

[8] Surah Hud : 1

[9] Surah al-Hijr : 9

[10] Surah al-Isra’: 88

[11] Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/4024

[12] Surah al-Dukhan : 58

[13] Surah al-Takwir : 27

[14] Surah Sod (29)

[15] Lihat Tafsir al-Baidhowi, 5/28

[16] Riwayat al-Tirmizi (2072)

[17] Lihat Mirqat al-Mafatih, 7/2882

[18] Lihat Fath al-Bayan fi Maqasid al-Quran, 3/311

[19] Lihat al-Tibyan fi Adab Hamlatil Quran, hlm. 190

[20] Lihat juga Raudhah al-Talibin, 1/80

[21] Lihat al-Iqna’ fi Halli Alfazh Abi Syuja’, hlm. 104

[22] Lihat Fatawa Nur ‘ala al-Darb, 4/2

[23] Lihat al-Tabarruk ‘anwa’uhu wa ahkamuhu, hlm. 239

[24] Surah al-Hajj (32)

[25] Lihat al-Tibyan fi Adab Hamlatil Quran, hlm. 164, 190

[26] Surah al-Taubah (65-66)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search