Description
Lima Keistimewaan pada Bulan Ramadhan
“Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan, iaitu:
1) Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
2) Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
3) Allah SWT memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: “Hampir-hampir hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan, lalu kembali kepadamu.” (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat).
4) Syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti bulan lain selain Ramadhan.
5) Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). Mengenai anugerah kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda: “Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatul Qadar? Baginda menjawab: “Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya.”
Riwayat Ahmad (7904) dan alBazzar (8571).
Buku ini terbahagi kepada 4 bab seperti berikut
BAB 1: Ramadhan: Definisi, Fadhilat dan Catatan Kemenangan
BAB 2: Pengertian Hukum Puasa
BAB 3: Kemuliaan Malam Lailatulqadar
Bab 4: Amalan Pada Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan
Tentang Buku
Penerbit: Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd
Penulis: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 200
Halaman: Hitam Putih
Reviews
There are no reviews yet.