Ahasin Al-Kalim Syarah Hikam Jilid 1

RM20.00

Syeikh Ahmad Zarruq berkata: “Sesungguhnya kami mensyarahkan kitab Hikam sehingga 17 kali bermula di Kota Fas tahun 870 H, kemudian dicuri dan ditulis pada kali kedua dan disempurnakan di Tunis hingga pada akhirnya kali yang ketujuh belas.” Seterusnya beliau menyifatkan kitab al-Hikam mempunyai ibarat yang amat tinggi dan padat, isyaratnya pada kedudukan kemuncak, manfaatnya menyejukkan hati dan menajamkan lintasan hati.

Ia telah menggerakkan para penyelidik dan pengkaji yang bersama ilmu dan hikmah-hikmahnya, keserasian huruf-huruf dan kalimah-kalimahnya antara satu sama lain saling bersepadan, dan awalannya berkait rapat dengan akhirnya. Bahkan setiap masalah daripadanya sebagai pelengkap atau mukadimah. Manakala yang di tengahnya mempunyai hubung kait dengan dua tepinya. Akhirannya sebagai permulaan dan awalannya sebagai kemuncak yang dapat dimakrifatkan oleh sesiapa yang prihatin dalam menghasilkannya.

972 in stock

Category: