#673: Solat Sunat Selepas Akad Nikah

Siri Solat Sunat

Solat Tawaf

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Wuduk

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Nikah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-73%

Siri Solat Sunat

9 eBook Siri Solat Sunat

Rated 0 out of 5
RM12.00RM62.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Taubat

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tasbih

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Adakah wujud solat sunat selepas pengantin selesai melakukan akad nikah? Mohon pencerahan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Perkahwinan merupakan Sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan berdasarkan nas al-Quran dan Hadis, inilah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia. Perkahwinan adalah suatu ibadah yang mempunyai tujuan-tujuan dan hikmahnya yang tertentu.

Antara hikmah disyariatkan pernikahan adalah bagi menyahut seruan fitrah. Sesungguhnya Allah SWT menciptakan manusia dengan fitrahnya untuk berpasangan. Maka syariat menganjurkan supaya manusia itu berkahwin dengan tujuan untuk meraikan fitrah manusiawi. Bahkan telah sabit beberapa larangan ke atas perbuatan tidak mahu berkahwin. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Samurah bin Jundub R.A beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَى عَنِ التَّبَتُّلِ

Maksudnya: “Sesungguhnya baginda melarang dari perbuatan al-tabattul (memutuskan diri dari wanita, dan meninggalkan berkahwin).”[1]

Adab Selepas Pernikahan

Terdapat beberapa adab yang boleh dilakukan oleh pengantin yang baru melangsungkan pernikahan. Antaranya adalah disunatkan bagi si suami untuk mendoakan isteri  yang baru dinikahi dengan doa sambil meletakkan tangan di atas ubun-ubun isteri:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْه.

Maksudnya: Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya.[2]

Hal ini berdasarkan hadith daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا أَفَادَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً ، أَوْ خَادِمًا ، أَوْ دَابَّةً ، فَلْيَأْخُذْ بِنَاصِيَتِهَا ، وَلْيَقُلِ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا ، وَخَيْرِ مَا جُبِلَتْ عَلَيْهِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا ، وَشَرِّ مَا جُبِلَتْ عَلَيْهِ.

MaksudnyaApabila seseorang kamu berkahwin dengan seorang perempuan atau memiliki seorang khadam atau mendapat seekor haiwan yang menjadi tunggangan, maka hendaklah kamu pegang pada ubunnya seraya berdoa: Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya.[3]

 

Solat Sunat Selepas Akad Nikah

Berbalik kepada persoalan di atas, terdapat beberapa athar daripada perbuatan Sahabat yang menunjukkan kepada perbuatan solat sunat selepas akad nikah. Namun yang dimaksudkan di sini bukanlah dilakukan secara langsung selepas akad nikah, tetapi ianya dilakukan ketika mana mendatangi dan menemui si isteri di dalam bilik. Solat ini dilakukan bersama-sama yang mana si isteri menjadi makmumnya.

Ini sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya yang mana seorang lelaki telah datang berjumpa dengan Abdullah bin Mas’ud RA lalu berkata:

إِنِّي تَزَوَّجْتُ جَارِيَةً شَابَّةً، وَإِنِّي أَخَافُ أَنْ تَفْرَكَنِي قَالَ: فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ: إِنَّ الْإِلْفَ مِنَ اللَّهِ، وَالْفَرْكَ مِنَ الشَّيْطَانِ، يُرِيدُ أَنْ يُكَرِّهَ إِلَيْكُمْ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ، فَإِذَا أَتَتْكَ فَمُرْهَا أَنْ تُصَلِّيَ وَرَاءَكَ رَكْعَتَيْنِ.

Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah berkahwin dengan seorang hamba perempuan yang masih dara dan aku takut dia akan membenciku. Berkata Abdullah bin Mas’ud: “Sesungguhnya rasa kasih sayang serta kelembutan itu daripada Allah, dan kebencian itu daripada syaitan. Dia (syaitan) mahu menyemai rasa kebencian kepada kalian apa yang telah Allah halalkan. Sekiranya kamu mendatangi isterimu, arahkan dia untuk solat di belakangmu dua rakaat.”[4]

Dalam sebuah athar yang lain diriwayatkan daripada Abu Sa’id maula Abu Usaid al-Ansari telah berkata:

تَزَوَّجْتُ وَأَنَا مَمْلُوكٌ ، فَدَعَوْتُ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ – صلى الله عليه وسلم – فِيهِمْ ابْنُ مَسْعُودٍ وَأَبُو ذَرٍّ وَحُذَيْفَةُ – رضي الله عنهم – فَعَلَّمُونِي فَقَالُوا: إذَا أُدْخِلَ عَلَيْكَ أَهْلُكَ فَصَلِّ عَلَيْكَ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ سَلْ اللهَ تَعَالَى مِنْ خَيْرِ مَا دَخَلَ عَلَيْكَ، وَتَعَوَّذْ بِهِ مِنْ شَرِّهِ، ثُمَّ شَأنَكَ وَشَأنَ أَهْلِكَ.

Maksudnya: “Aku telah berkahwin dan aku masih dalam keadaan seorang hamba yang dimiliki. Aku telah mengajak sebahagian sahabat Nabi SAW dan di kalangan yang hadir itu adalah Ibn Mas’ud, Abu Dzar dan Huzaifah R.Anhum. Mereka telah mengajarkanku dengan mengatakan: “Jika kamu masuk menemui isterimu, maka solatlah dua rakaat kemudian mintalah kepada Allah SWT kebaikan daripada isterimu dan mohonlah perlindungan daripada keburukan isterimu dan kemudian urusanmu dan juga isterimu.”[5]

Abdullah Ibn Mas`ud juga mengajarkan doa:

اللَّهُمَّ، بَارِكْ لِي فِي أَهْلِي، وَبَارِكْ لَهُمْ فِيَّ، اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي مِنْهُمْ، وَارْزُقْهُمْ مِنِّي، اللَّهُمَّ، اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ إِلَى خَيْرٍ، وَفَرِّقْ بَيْنَنَا إِذَا فَرَّقْتَ إِلَى خَيْرٍ

Maksudnya: “Ya Allah! Berkatilah diriku dengan apa yang ada pada keluargaku, dan berkatilah keluargaku dengan apa yang ada pada diriku. Ya Allah! Rezekikanlah aku daripada apa yang ada pada keluargaku, den rezekikanlah mereka daripada apa yang ada padaku. Ya Allah! Satukanlah antara kami dengan pertemuan ke arah kebaikan, dan, jika engkau takdirkan perpisahan, pisahkanlah kami (juga) ke arah kebaikan.”[6]

Penutup

Berdasarkan athar yang dinyatakan di atas, sebahagian ulama’ mengatakan bahawa hukum solat sunat selepas nikah itu dibolehkan berdasarkan perbuatan para salaf. Selain itu, melihat kepada nas athar di atas juga, ia adalah solat yang dilakukan di dalam bilik ketika si suami memasuki untuk bertemu, mendatangi si isteri dan bukannya dilakukan secara terbuka sejurus selepas nikah. Hal ini juga agar terjaga aurat isteri. Meskipun begitu, sekiranya tidak dilakukan, ianya juga dibolehkan.

Sebahagian ulama menggalakkan pelakuan solat sunat selepas nikah kerana hal ini amat baik dalam memukadimahkan pembinaan rumah tangga agar menjadi ‘Baiti Jannati’ (rumahku syurgaku).

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 10 Mac 2022 bersamaan 7 Syaaban 1443H

[1] Riwayat al-Nasaie (3214)

[2] Riwayat Abu Daud (2160), Ibn Majah (2252) dan al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (10069). Syeikh Syu’aib al-Arnaut menilai bahawa isnadnya hasan dalam takhrij Sunan Abi Daud (2160).

[3] Riwayat Ibn Majah (1918) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (14211)

[4] Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (17156)

[5] Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (17153)

[6] Riwayat ‘Abd al-Razzaq (10460)

Leave a Reply

Your email address will not be published.