#1515: Hukum Kanak-Kanak Mengerjakan Haji

-25%
Percuma Al-Quran
Rated 0 out of 5
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
-30%
Size Pocket
Rated 0 out of 5
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
-30%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Rated 0 out of 5
Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.
-30%

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM70.00.Current price is: RM49.00.

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Apakah hukum kanak-kanak yang belum baligh menunaikan haji dan bagaimanakah cara wali mengerjakan haji bagi kanak-kanak yang belum Mumayyiz?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Haji adalah suatu ibadah fardhu yang wajib dikerjakan sekali seumur hidup dan hanya diwajibkan kepada mereka yang sudah mencapai umur baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan. Walau bagaimanapun, di dalam isu ini juga, secara umumnya kanak-kanak adalah tidak ditaklifkan untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah. Ini disebabkan dia (kanak-kanak) tidak dianggap mukallaf, dan tuntutan syara‘ hanya berlaku atas orang yang baligh. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/122)

Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib R.A, sabda Rasulullah SAW:

رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ، وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَحْتَلِمَ، وَعَنِ الْمَجْنُونِ حَتَّى يَعْقِلَ

Maksudnya: “Diangkat pena daripada tiga golongan, iaitu orang yang tidur sehingga dia terjaga, kanak-kanak sehingga dia bermimpi, dan orang yang gila sehingga dia berakal.

Riwayat Abu Dawud (4403), Ahmad (1183), Tirmizi (1423), Nasa‘ie (3432), dan Ibn Majah (2041)

Imam al-Nawawi berkata: Ketahuilah bahawa kanak-kanak tidak diwajibkan untuk menunaikan haji, tetapi apabila mereka menunaikannya, sah hajinya. Kemudian, jika dia mumayyiz, dia berihram dengan izin walinya. Jika dia berihram tanpa izin walinya, maka hukumnya tidak sah mengikut pendapat yang paling sahih. Jika dia diihramkan oleh walinya, sah juga hukumnya mengikut pendapat yang paling sahih. Jika dia belum mumayyiz, maka walinya mengihramkan untuknya sama ada walinya dalam keadaan halal ataupun berihram, sama ada dia melakukan haji untuk dirinya atau tidak. Tidak disyaratkan kanak-kanak itu hadir dan berhadapan dengan ihram (di tempat ihram tersebut) mengikut pendapat yang paling sahih. (Lihat al-Taudhih Syarh al-Idhah, hlm. 458)

Merujuk kepada persoalan di atas, apabila seorang kanak-kanak melaksanakan ibadah haji, ibadah tersebut adalah sah. Sehubungan dengan itu, bagi pihak wali atau ibu bapa yang melakukan ibadah haji bagi mewakili seseorang kanak-kanak, maka perbuatan tersebut diberi ganjaran pahala sepertimana yang telah disabdakan oleh Nabi SAW dalam hadith berikut:

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

رَفَعَتْ امْرَأَةٌ صَبِيًّا لَهَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَلِهَذَا حَجٌّ، قَالَ: نَعَمْ، وَلَكِ أَجْرٌ

Maksudnya: “Seseorang perempuan telah menunjuk anak lelakinya kepada Rasulullah SAW serta berkata: Wahai rasulullah, adakah bagi anak ini haji?” Jawab Rasulullah SAW “Ya, dan bagi kamu (ibu) pahala”. 

Muslim (1336)

Namun begitu, ibadah tersebut dikira sebagai ibadah sunat dan wajib ke atasnya untuk melaksanakan haji fardhu apabila dia sudah baligh. Ini adalah berdasarkan hadith berikut:

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

إِذَا حَجَّ الصَّبِيُّ فَهِيَ لَهُ حَجَّةٌ حَتَّى يَعْقِلَ، وَإِذَا عَقَلَ فَعَلَيْهِ حَجَّةٌ أُخْرَى

Maksudnya: “Apabila seorang kanak-kanak menunaikan haji maka baginya haji sampai dia berakal (baligh), maka apabila dia sudah berakal maka baginya haji yang lain (mengulangi haji).”

Riwayat al-Hakim (1769) dan Ibn Khuzaimah (3050)

Dapat difahami bahawa baligh merupakan syarat wajib kepada seseorang itu untuk melaksanakan ibadah haji, dan ibadah haji bagi kanak-kanak tersebut dikira sebagai amalan sunat, dan wajib bagi mereka untuk melaksanakan ibadah haji apabila mereka sudah baligh kelak.

Ibn Qudamah juga telah mensyarahkan perkara ini di dalam kitabnya: “Ibn Munzir berkata:  Para ulama’ telah bersepakat, bahawa kanak-kanak yang sudah menunaikan haji ketika masih kecil kemudian kanak-kanak tersebut sudah dewasa atau telah dimerdekakan maka wajib bagi mereka untuk menunaikan haji apabila mereka sudah memiliki kemampuan.” (Lihat al-Mughni, 5/44)

Selain itu, ibu bapa yang ingin membawa kanak-kanak perlu mengetahui keadaaan dan suasana sebenar ketika perlaksanaan ibadah haji di Makkah, hal ini kerana ia melibatkan aspek keselamatan kanak-kanak tersebut. Oleh itu, tindakan yang bijak hendaklah dicapai oleh ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa membawa kanak-kanak bersama untuk menunaikan ibadah haji merupakan suatu amalan yang mulia dan hal ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ

Maksudnya: Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.”

(Surah Al-Hajj: 27)

Walau bagaimanapun, wali atau bapa bagi kanak-kanak tersebut perlu melakukan kerja–kerja haji bagi kanak-kanak tersebut disebabkan kemampuan dan kudrat kanak-kanak tersebut yang diluar kemampuannya, dan kerja-kerja haji tersebut  adalah seperti berikut:

  1. Niat

Bapa atau wali hendaklah berniat dalam hatinya untuk menjadikan anak tangungannya berihram.

Lafaz niatnya: “Sahaja aku mengerjakan Haji, atau Umrah, atau Haji dan Umrah untuk anakku (tanggunganku) dan aku berihram dengannya kerana Allah SWT.”

  1. Menyempurnakan Rukun dan Wajib Haji

Anak tangungan itu hendaklah dibawa bersama untuk berwuquf, bermabit di mudzalifah dan mina serta dicukurkan atau bergunting. Walau bagaimanapun, bapa atau walinya perlu menyelesaikan tawaf untuk dirinya terlebih dahulu sebelum mengerjakan tawaf untuk anak atau tangungan yang dibawa bersama. Hal ini juga sama seperti bersa‘ie dan melontar jamrah, iaitu bapanya wajib mengerjakan untuk dirinya terlebih dahulu.

  1. Penjagaan Larangan Ihram

Bapa atau wali wajib menjaga anak atau tanggungan dari melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram. Jika kanak-kanak yang belum mumayyiz melakukan perkara-perkara yang dilarang di dalam ihram, maka tidak dikenakan dam. Akan tetapi, sekiranya kanak-kanak tersebut sudah mumayyiz maka wajib disempurnakan dam tersebut. Bayaran dam boleh diambil daripada harta kanak-kanak tersebut jika ada, sekiranya tidak ada, maka bayaran tersebut akan diambil daripada harta bapa atau walinya.

Kesimpulan

Kami berpandangan dibolehkan bagi seorang kanak-kanak untuk turut melaksanakan ibadah haji dan umrah. Walaupun mereka (kanak-kanak) masih belum ditaklifkan untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah. Namun begitu, jika mereka melaksanakan ibadah tersebut masih diterima dan dikira sah di sisi Allah SWT. Namun begitu, kanak-kanak tersebut perlu mengulanginya semula (ibadah haji tersebut) kerana ibadah haji yang dilakukan ketika usia kanak-kanak tidak menggugurkan kefarduan haji ke atas dirinya semasa dia telah dewasa.

Begitu juga kepada ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk melaksanakan ibadah haji bersama-sama, mereka juga akan mendapat pahala sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Justeru, kesungguhan dan ketekunan dalam beribadah kepada Allah SWT perlulah ditingkatkan agar haji yang dilaksanakan dikira sebagai haji yang mabrur (diterima).

Akhir sekali, marilah kita berdoa agar dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang dimurkai oleh-Nya seterusnya hidup dibawah rahmat-Nya. Amin.

Bertarikh: 16 Mei 2023 bersamaan 27 Syawal 1444H

Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda untuk penyelenggaraan operasi Maktabah Al-Bakri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *