#1550: Zakat Jualan Rumah

-25%
Percuma Al-Quran
Rated 0 out of 5
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
-30%
Size Pocket
Rated 0 out of 5
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
-30%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Rated 0 out of 5
Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.
-30%

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM70.00.Current price is: RM49.00.

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Semoga Dato’ Seri sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Saya akan menjual rumah yang pernah saya duduki sejak 10 tahun yang lalu. Adakah saya perlu membayar zakat untuk jualan rumah tersebut? Dan sekiranya wajib bayar zakat, adakah dibolehkan saya membayarnya kepada adik-adik kandung atau ipar yang dikategori asnaf bagi mengurangkan bebanan kewangan mereka? Terima kasih.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Firman Allah SWT:

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ

Maksudnya: “Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat.”

(Surah al-Baqarah: 43)

Syeikh al-Sa‘di menyebutkan, ayat di atas mengandungi perintah Allah SWT untuk mendirikan solat dengan rukun-rukunnya, syarat-syaratnya dan adab-adabnya, zahir dan batin. Begitu juga mengeluarkan zakat daripada harta-harta yang telah Allah SWT kurniakan kepada para hamba-Nya, lalu memberikannya kepada orang-orang fakir dan selainnya yang terdiri daripada penerima-penerima zakat yang telah disebutkan oleh Allah SWT. Kedua-dua ibadah ini adalah sebesar-besar ketaatan. Terhimpun padanya hak Allah dan hak makhluk-Nya iaitu mengikhlaskan diri kepada-Nya sebagai Tuhan yang berhak disembah dan bersikap ihsan kepada para hamba-Nya. (Lihat Tafsir al-Sa‘di, hlm. 573).

Menjawab persoalan di atas, sebaik-baiknya keluarlah zakat terlebih dahulu iaitu 2.5% dari hasil jualan. Ini sekurang-kurangnya keluar dari sebarang khilaf kerana terdapat pandangan yang menyatakan tidak wajib kecuali cukup nisab (paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat) dan haul (bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari) harta yang dimiliki. `

Daripada Saidina Ali Ibn Abi Talib RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

وَلَيْسَ فِي مَالٍ زَكَاةٌ حَتَّى يَحُولَ عَلَيْهِ الْحَوْلُ

Maksudnya: “Tidak wajib zakat harta sehingga berlalu waktu setahun qamari.”

Riwayat Abu Daud (1573) dan Ibn Majah (1789)

Sekurang-kurangnya, apabila kita melangsaikan zakat, maka tiada khilaf lagi yang harta kita adalah bersih dengan apa yang kita miliki dan apa yang telah kita jual.

Saudara boleh pergi ke Pusat Pungutan Zakat (PPZ) untuk mendapatkan perincian dengan lebih detail dalam zakat jualan rumah. Semoga Allah SWT jadikan kita antara yang sentiasa mengeluarkan zakat, sama ada zakat harta, perniagaan atau pun fitrah. Amin.

Bertarikh: 17 Mei 2023 bersamaan 28 Syawal 1444H

Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda untuk penyelenggaraan operasi Maktabah Al-Bakri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *