#1557: Solat Jama’ dan Qasar Ketika Musafir Dalam Keadaan Bermalam di Kampung Berulang Kali

-25%
Percuma Al-Quran
Rated 0 out of 5
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
-30%
Size Pocket
Rated 0 out of 5
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
-30%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Rated 0 out of 5
Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.
-30%

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM70.00.Current price is: RM49.00.

Soalan

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Saya ada pertanyaan berkenaan musafir. Pada cuti Hari raya, saya dari Temerloh Dan balik ke rumah mentua di Ipoh Duduk dalam seminggu. Di rumah mentua saya solat penuh kerana sudah berniat duduk lebih 3 Hari. Bila Hari raya kedua, kami sekeluarga bergerak ke rumah nenek di Jitra Dan tidur satu malam. Pada raya tiga, kami bergerak balik ke Ipoh semula dan bercadang tidur satu malam sahaja sblm bergerak ke Pahang semula keesokannya. Soalan saya, ada saya boleh solat jamak dan qasar semasa satu malam dia Ipoh tersebut memandangkan kami hanya menyinggah di rumah mertua sebelum pulang ke Pahang?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Solat qasar dan jamak adalah merupakan rukhsah yang diberikan oleh Allah SWT. Ia merupakan kemudahan yang dianugerahkan kepada umat Islam agar mereka boleh menunaikan ibadat solat di mana sahaja mereka berada. Perkara ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam firmannya:

 وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ

Maksudnya: “Dan jika kamu bermusafir di muka bumi ini, maka tidak berdosa ke atas kamu untuk memendekkan solat (solat empat rakaat dijadikan kepada dua rakaat).”

(Surah al-Nisa’:101)

Imam al-Nawawi berkata: “Ayat ini mengaitkan hukum qasar dengan al-dorb `ala al-ardh (permusafiran). Justeru, jika seseorang ialah penduduk suatu kota maka dia boleh qasar apabila dia berpisah daripada bangunan yang dinisbah kepada kota tersebut.” (Lihat al-Majmu` Syarh al-Muhazzab, 4/346)

Ayat di atas menjelaskan bahawa rukhsah iaitu kemudahan dan keringanan yang diberikan oleh Allah SWT kepada hambanya yang bermusafir. Keringanan (rukhsah) ini merupakan pemberian daripada Allah SWT kepada hambaNya, maka hendaklah kita menerimanya. Saidina Umar R.A pernah bertanyakan berkaitan perkara ini kepada Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW bersabda:

صَدَقَةٌ تَصَدَّقَ اللَّهُ بِهَا عَلَيْكُمْ ، فَاقْبَلُوا صَدَقَةَ اللَّهِ

Maksudnya: Ia merupakan pemberian sedekah dengannya oleh Allah SWT, maka terimalah pemberian itu daripada Allah SWT.”

Riwayat Ibn Hibban (2739). Syeikh Syuaib al-Arnaut dalam Takhrij Sahih Ibn Hibban (2739) menyatakan bahawa sanadnya sahih

berdasarkan syarat imam Muslim

Dalam hal ini, kami katakan:

Pertama, Musafir bererti seorang yang melakukan perjalanan jauh melebihi dua marhalah. Bermukim bererti seorang yang menetap di suatu tempat lebih daripada tiga hari tidak termasuk hari datang dan hari keluar. Manakala bermastautin pula bermaksud tempat tinggal hakikinya.

Tempoh dibolehkan qasar dan jamak untuk musafir ialah tiga hari tiga malam, tidak termasuk hari datang dan hari pulang. Jika seseorang itu berniat untuk tinggal di suatu tempat selama empat hari atau lebih, maka dia tidak boleh qasar dan jamak ketika sampai di tempat itu kerana dia sudah dikira bermukim. Adapun ketika masih dalam perjalanan, tiada had hari yang tetap, dan dibolehkan qasar dan jama’ sehingga sampai ke destinasi musafir. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/187)

Kedua, Sekiranya tempat bermalam itu dikira sebagai tempat bermukim, maka dia perlu solat secara tamam (sempurna, bukan qasar) ketika berada di situ. Tetapi, sekiranya dia bergerak ke tempat lain, dan perjalanan kedua itu mencapai dua marhalah, maka perjalanan ke destinasi tersebut dikira permusafiran yang baru dan dibenarkan qasar dan jama’ dalam perjalanan tersebut.

 

Justeru, berdasarkan persoalan di atas, saudara masih lagi dalam permusafiran selagi mana saudara masih dalam perjalanan yang mana keseluruhan perjalanan itu telah mencapai dua marhalah walaupun saudara ada bermalam di kawasan yang tertentu yang tidak melebihi 3 hari. Hal ini berkekalan sehingga saudara pulang ke rumah dan permukiman saudara. Oleh itu, saudara boleh melakukan solat jama’ dan qasar selagi mana saudara masih lagi dalam permusafiran.

Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang mendirikan solat. Marilah sama-sama kita berdoa:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 17 Mei 2023 bersamaan 28 Syawal 1444H

Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda untuk penyelenggaraan operasi Maktabah Al-Bakri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *