#159 Wanita Hadiri Solat Jumaat

Rated 0 out of 5
RM25.00
Rated 0 out of 5
RM25.00
Rated 0 out of 5
RM25.00
-64%
Rated 0 out of 5
RM50.00
-53%

Siri Perkahwinan

[eBook]Baiti Jannati

Rated 0 out of 5
RM20.00
Rated 0 out of 5
RM10.00
-18%

Buku Fizikal

Rahiq Makthum

Rated 0 out of 5
RM65.00RM130.00

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Bolehkah perempuan juga pergi menunaikan solat Jumaat? Jika dia telah hadir Jumaat, adakah solatnya sah? Dan jika tidak, adakah dia perlu menunaikan solat Zohor. Mohon penjelasan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Pada asasnya, solat Jumaat merupakan salah satu tuntutan syarak yang wajib hukumnya ke atas setiap lelaki muslim yang mukallaf serta salah satu daripada syiar agama Islam. Begitu banyak nas syarak yang menunjukkan kepada pensyariatan solat Jumaat serta larangan yang tegas ke atas mereka yang meninggalkannya dengan sengaja. Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat).”[1]

Ayat di atas adalah merupakan antara dalil pensyariatan dan kewajipan solat Jumaat.[2]

Antara dalil wajib solat daripada hadith pula ialah, daripada Tariq bin Syaibah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةً عَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَوِ امْرَأَةٌ أَوْ صَبِيٌّ أَوْ مَرِيضٌ

Maksudnya: Solat Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib atas setiap lelaki Muslim untuk didirikan secara berjemaah, kecuali hamba yang dimiliki oleh tuannya, perempuan, kanak-kanak dan orang yang sakit.” [3]

Solat Jumaat diwajibkan kepada mereka yang memenuhi tujuh syarat berikut, iaitu:

  • Beragama Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Merdeka (bebas) sepenuhnya.
  • Lelaki
  • Sihat tubuh badan.
  • Bermukim di tempat solat Jumaat didirikan.

Sekiranya seseorang itu telah cukup ketujuh-tujuh syarat ini, maka diwajibkan solat Jumaat ke atas dirinya.[4]

 

Isu Wanita Hadir Solat Jumaat

Secara umumnya, adalah dibolehkan bagi seorang perempuan itu untuk hadir ke masjid. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تَمْنَعُوْا إِمَاءَ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ

Maksudnya: “Janganlah kamu menghalang hamba-hamba perempuan Allah daripada masjid-masjid Allah.”[5]

Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa hadis ini dan yang seumpama dengannya daripada hadis-hadis bab adalah jelas dalam menyatakan bahawa orang perempuan tidak dilarang untuk hadir ke masjid, akan tetapi dengan syarat-syarat yang telah disebutkan oleh para ulama yang diambil daripada hadis-hadis. Iaitu hendaklah seorang perempuan itu tidak berwangi-wangian, tidak memakai perhiasan, tidak memakai gelang kaki yang boleh didengari bunyiannya, pakaian-pakaian yang menonjol, serta tidak bercampur dengan orang-orang lelaki sama ada dewasa atau remaja.[6]

 

Hukum Orang Perempuan Menghadiri Solat Jumaat

Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan di atas, kami nyatakan bahawa secara asasnya solat Jumaat tidak diwajibkan ke atas orang perempuan. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tariq bin Shihab R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةً عَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَوِ امْرَأَةٌ أَوْ صَبِيٌّ أَوْ مَرِيضٌ

Maksudnya: “(Solat) Jumaat adalah hak yang wajib ke atas setiap muslim secara berjamaah melainkan empat orang: Hamba, orang perempuan, kanak-kanak, atau orang yang sakit.”[7]

Orang perempuan tidak diwajibkan untuk hadir menunaikan solat Jumaat, kerana faktor berikut: Kerana kesibukan mereka dalam menjaga anak-anak serta urusan-urusan rumah, serta terhasilnya masyaqqah (kepayahan) buat mereka sekiranya diwajibkan hadir ke tempat tertentu pada waktu yang tertentu.[8]

Meskipun tidak diwajibkan, adalah dibolehkan untuk orang-orang perempuan menghadiri solat Jumaat. Ini berdasarkan keumuman hadis:

لاَ تَمْنَعُوْا إِمَاءَ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ

Maksudnya: “Janganlah kamu menghalang hamba-hamba perempuan Allah daripada masjid-masjid Allah.”[9]

Hadis di atas membawa makna umum bahawa janganlah dilarang hamba-hamba perempuan Allah untuk hadir ke masjid dalam mana-mana solat sama ada solat fardhu lima waktu, solat dua hari raya ‘Aid al-Fitri dan ‘Aid al-Adha, solat Jumaat, dan seumpamanya.

 

Kesimpulan

Dalam isu di atas, kami nyatakan bahawa hukum orang perempuan menghadiri solat Jumaat adalah dibolehkan. Bahkan solat Jumaat yang didirikannya adalah sah dan melepaskan zimmah (tanggungjawab)nya dari sudut gugur kewajipannya untuk solat Zohor. Namun perlulah diraikan syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam isu kehadiran wanita ke masjid seperti yang telah kami sebutkan.

Kami juga menyatakan bahawa kehadiran orang perempuan ke masjid untuk solat Jumaat itu hendaklah turut melihat kepada keadaan masjid atau surau Jumaat, sama ada ruangan mencukupi atau akan menyebabkan kesesakan. Sekiranya ruang solat tidak mencukupi kerana kehadiran orang lelaki sahaja sudah melimpah ruah, maka tidak perlu bagi orang perempuan hadir ke masjid. Namun jika didapati bahawa ruangan untuk orang perempuan mencukupi tanpa menyebabkan kesesakan dan kesukaran pada jemaah lelaki apabila mereka hadir ke masjid untuk solat Jumaat, maka ia dibolehkan dalam hal ini.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 8/12/2021 bersamaan 4 Jamadil Awal 1443H

 

[1] (Surah al-Jumu‘ah: 9)

[2] Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/198

[3] Riwayat Abu Daud (1067)

[4] Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/200-201 dan Matla’ al-Badrain (disusun oleh PMWP), 1/159

[5] Riwayat Muslim (442)

[6] Lihat al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 4/161

[7] Riwayat Abu Daud (1067)

[8] Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/201

[9] Riwayat Muslim (442)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *