#2237: Beza Antara Imam Mahdi Ahli Sunnah dan Syiah

-25%
Percuma Al-Quran
Rated 0 out of 5
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
-30%
Size Pocket
Rated 0 out of 5
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
-30%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Rated 0 out of 5
Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.
-30%

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM70.00.Current price is: RM49.00.

Soalan:

Assalamualaikum wrt. wbt. Dato’ Seri. Apakah ciri perbezaan Imam Mahdi versi ahli sunnah dan Imam Mahdi versi syiah?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Mengikut kepercayaan Syiah Imamiyyah, bahawa al-Mahdi di sisi mereka ialah imam mereka yang terakhir, iaitu imam yang ke-12, yang digelar Muhammad bin al-Hasan al-Askari. Dan dia di sisi mereka adalah anak kepada al-Husain bin Ali, bukan daripada anak al-Hasan. Antara iktikad mereka bahawa Muhammad bin al-Hasan al-Askari telah masuk ke dalam Gua Samira’ sejak lebih seribu seratus tahun dalam usianya ketika itu 5 tahun.

Antara iktikad mereka bahawa ia hadir di banyak tempat walaupun ghaib pada mata kasar. Dia lah Imam Mahdi yang mereka nantikan kembalinya. Sedangkan tiada dalil demikian itu dalam kitab Allah atau Sunnah Rasulullah SAW. Dan tidak terdapat satu riwayat pun daripada ulama kita Ahli Sunnah sependapat dengan pendapat ini.

Imam Ibn Kathir membantah Imam Mahdi versi Syiah ini dengan katanya: “Masalah Imam Mahdi yang akan muncul pada akhir zaman, yang menjadi seorang daripada khalifah-khalifah yang lurus dan imam-imam yang mendapat petunjuk, beliau bukanlah Imam Mahdi golongan Syiah yang mereka harap akan muncul dari Gua Samira. Ini kerana, semua itu tidak sesuai dengan realiti, tidak terlihat wujudnya, dan tidak pula ada tanda-tandanya. Mereka menganggap Imam Mahdi itu adalah Muhammad bin al-Hasan al-Askari yang masuk ke gua.

Kemudian beliau turut berkata: “Al-Mahdi akan keluar dari arah masyriq, bukan dari Gua Samira seperti anggapan orang-orang bodoh dalam kalangan Rafidhah (Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah). Mereka menganggapnya sudah ada pada waktu sekarang dan mereka terus menunggu waktu keluarnya al-Mahdi pada akhir zaman. Sungguh, ini adalah cakap-cakap kosong dan kehinaan yang dilemparkan oleh syaitan. Ini kerana, tidak ada dalil, bukti daripada al-Quran dan al-Sunnah, serta tidak juga daripada akal yang sihat. Tidak juga daripada istihsan.” (Lihat al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim, 1/29)

Al-Safarayani turut mengemukakan bantahan yang sama, katanya: “Anggapan Syiah yang mengatakan bahawa nama Imam Mahdi adalah Muhammad bin al-Hasan, iaitu Muhammad bin al-Hasan al-Askari hanyalah cakap-cakap kosong. Ini kerana, Muhammad bin al-Hasan sudah meninggal dunia dan warisan bapanya sudah diambil oleh bapa saudaranya, Ja’far. (Lihat Lawami’ al-Anwar, 2/84)

Kami menutup perbincangan ini untuk sama-sama mengajak semua bagi mengangkat tangan memohon doa kepada Allah SWT:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا، وَارْزُقْنَا اجْتنِاَبَهُ، وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: “Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang yang bertaqwa.” 

Bertarikh: 13 Julai 2023 bersamaan 24 Zulhijjah 1444 H

Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda untuk penyelenggaraan operasi Maktabah Al-Bakri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *