#1135: Menerima Suntikan Ketika Puasa

-25%
Percuma Al-Quran
Rated 0 out of 5
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
Size Pocket
Rated 0 out of 5
RM10.00
Rated 0 out of 5
RM13.00

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Rated 0 out of 5
RM15.00

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Rated 0 out of 5
RM13.00

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Rated 0 out of 5
RM13.00

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Rated 0 out of 5
RM13.00
-29%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

Soalan:

Adakah batal puasa saya jika saya mendapatkan rawatan di klinik dan doktor memberikan suntikan?

Jawapan:

Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.

Saya nyatakan di sini isu suntikan terbahagi kepada dua. Pertama suntikan mengenyangkan maka hukumnya batal puasa. Kedua suntikan merawat maka hukumnya tidak batal puasa. Jawapan lengkapnya seperti berikut:

Para ulama’ Syafi’iyyah mempunyai tiga pendapat dalam pengunaan jarum suntikan (al-ibrah) ketika berpuasa. Mereka bersepakat hukumnya harus sekiranya darurat. Tetapi mereka berbeza pendapat pada batal ataupun tidak puasa: 

(i) Penggunaan jarum suntikan membatalkan puasa secara mutlak kerana ianya menyampaikan ‘ain kepada jauf. 

(ii) Penggunaan jarum suntikan tidak membatalkan puasa secara mutlak kerana ianya tidak melalui saluran yang terbuka. 

(iii) Penggunaan jarum suntikan sekiranya memberi khasiat, maka batal puasa. Sekiranya tidak, tetapi ia dalam urat-urat yang berongga, batal puasa. Manakala jika ia dalam otot, iaitu urat yang tidak berongga, tidak batal puasa. (Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 452)

Suntikan menyalurkan ubat yang memberi tenaga seperti glukosa membatalkan puasa. (Lihat Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 6/313)

Semoga Allah SWT memberi kepada kita kefahaman dalam agama seterusnya dapat mengamalkannya mengikut petunjuk-Nya agar setiap amalan yang kita lakukan termasuklah ibadat puasa diterima oleh Allah SWT. Amin. Wallahu a’lam.

Bertarikh: 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadhan 1444H

Sokong Kami

Anda Suka Artikel Ini Tekan untuk terus menyumbang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *