#477 Bilangan Basuhan Ketika Berwudhu’

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tarawih

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-60%
Rated 0 out of 5
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

[Ebook] Terbitnya Matahari dari Arah Barat

Rated 0 out of 5
RM6.00RM8.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tiupan Sangkakala Pada Hari Kiamat

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Penghancuran Ka’abah

Rated 0 out of 5
RM6.00
-37%
Rated 0 out of 5
RM10.00RM90.00

Soalan

Berapakah bilangan basuhan wudhu’ berdasarkan hadith Nabi SAW?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.”[1]

Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff menyebutkan rukun wuduk ada enam. Empat daripadanya adalah berdasarkan ayat al-Quran iaitu membasuh muka, membasuh kedua tangan, menyapu sebahagian kepala dan membasuh kedua kaki. Manakala dua yang berbaki adalah berdasarkan sunnah iaitu niat dan tertib.[2]

Anggota-anggota wuduk yang wajib untuk dibasuh

Oleh itu, secara ringkasnya kita dapat ketahui bahawa anggota wuduk yang wajib dibasuh ialah :

  • Seluruh muka beserta niat.
  • Membasuh tangan hingga ke siku.
  • Membasuh sebahagian daripada kepala sekurang-sekurangnya membasahkan tiga helai rambut
  • Membasuh kaki sehingga ke buku lali.
  • Hendaklah membasuh anggota-anggota tadi mengikut tertib.

Selain daripada anggota-anggota wajib tersebut maka hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad). Ini seperti membaca Basmalah ketika mula mengambil wuduk, membasuh tangan sebelum memasukkannya ke dalam bekas air, berkumur, memasukkan air ke dalam hidung, membasuh seluruh kepala, membasuh kedua-dua telinga, memulakan setiap anggota dengan anggota sebelah kanan, melaksanakannya secara berturut-turut, menggosok, membasuh setiap anggota dengan tiga kali basuhan dan lain-lain.[3]

Bilangan Basuhan Anggota Wudhu’

Terdapat beberapa hadith yang menunjukkan bilangan basuhan anggota wudhu’ oleh Nabi SAW, antaranya:

  1. Rasulullah SAW membasuh anggota wudhu’ sebanyak sekali:

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:

تَوَضَّأَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّةً مَرَّةً

Maksudnya: Nabi SAW pernah berwudhu’ dengan membasuh setiap anggota wudhu’nya sekali demi sekali sahaja[4]

Berdasarkan hadith ini, al-Imam al-Syaukani berkomentar dalam kitab Nail al-Autar; ”Hadith ini menunjukkan wajibnya wudhu adalah sekali membasuh atau mengusap, dan oleh kerana itu Nabi SAW. mencukupkan sekali saja. Andaikan dua atau tiga kali itu wajib, maka tentu Nabi Saw. tidak akan mencukupkan dengan sekali saja.”

  1. Rasulullah SAW membasuh anggota wudhu’ sebanyak dua kali:

Pada kesempatan lain, Nabi Saw wudhu dengan dua kali basuhan. Daripada Abdullah bin Zaid RA, katanya:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ

Maksudnya: “Nabi SAW berwudhu’ dua kali-dua kali (dalam membasuh setiap anggota  wudhu’)[5]

  1. Rasulullah SAW membasuh anggota wudhu’ sebanyak tiga kali:

Nabi SAW kebiasaannya membasuh anggota wudhu’ sebanyak tiga kali. Terdapat banyak riwayat yang menunjukkan bagaimana wudhu’ Nabi SAW. Para ulama telah menyatakan bahawa termasuk dalam perkara sunat ialah membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali sebagaimana riwayat Humran maula Uthman memberitahu:

أَنَّهُ، رَأَى عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ دَعَا بِإِنَاءٍ، فَأَفْرَغَ عَلَى كَفَّيْهِ ثَلاَثَ مِرَارٍ، فَغَسَلَهُمَا، ثُمَّ أَدْخَلَ يَمِينَهُ فِي الإِنَاءِ، فَمَضْمَضَ، وَاسْتَنْشَقَ، ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلاَثًا، وَيَدَيْهِ إِلَى المِرْفَقَيْنِ ثَلاَثَ مِرَارٍ، ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ، ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ ثَلاَثَ مِرَارٍ إِلَى الكَعْبَيْنِ، ثُمَّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: bahawa dia melihat Uthman bin ‘Affan meminta bekas air dan menuangkan air ke atas dua tapak tangannya sebanyak tiga kali lalu beliau membasuh kedua belah tapak tangannya. Kemudian beliau memasukkan tangan kanannya ke dalam bekas itu, lalu berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Kemudian beliau membasuh mukanya tiga kali dan kedua belah tangannya hingga ke siku tiga kali. Setelah itu beliau menyapu kepala. Kemudian beliau membasuh pula kedua belah kakinya hingga ke buku lali sebanyak tiga kali. (Setelah selesai melakukan semua itu) beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berwudhu’ seperti wudhu’ku ini, kemudian melakukan solat dua rakaat dalam keadaan dia tidak menyibukkan hatinya dengan perkara-perkara lain, nescaya akan diampunkan dosanya yang telah lalu.”[6]

Dalam riwayat Ahmad, daripada riwayat Uthman bin Affan RA:

أَنَّهُ دَعَا بِمَاءٍ فَتَوَضَّأَ عِنْدَ الْمَقَاعِدِ، فَتَوَضَّأَ ثَلاثًا ثَلاثًا، ثُمَّ قَالَ لِأَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هَلْ رَأَيْتُمْ رَسولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَ هَذَا ؟ قَالُوا : نَعَمْ

Maksudnya : “Beliau (Usman) telah meminta air dan berwuduk berdekatan tempat duduk. Beliau telah berwuduk sebanyak tiga kali, tiga kali. Kemudian berkata kepada para sahabat Nabi SAW : Adakah kamu semua telah melihat Rasulullah SAW melakukan begini? Mereka menjawab : Ya.” [7]

Syeikh Daud al-Fatani menyatakan bahawa dikira tiga kali bagi air yang mengalir dengan melalui tiga kali olak (pengaliran) air ke atas anggota berkenaan, dan bagi air yang tenang dengan digerak-gerakkan anggota sebanyak tiga kali.[8]

Berdasarkan hadith-hadith di atas membasuh anggota wudhu sekali hukumnya wajib. Manakala membasuh sebanyak dua kali dibolehkan, dan tiga kali basuhan adalah sunnah dan sangat dianjurkan untuk kesempurnaan wudhu.

Para ulama bersepakat bahawa jumlah wajib basuhan anggota wudhu adalah sekali basuhan apabila air telah diratakan ke seluruh anggota wudhu.  Imam al-Nawawi dalam kitab Raudhah al-Talibin menyatakan:

وَإِنَّمَا تَجِبُ الْغَسْلَةُ مَرَّةً، وَإِذَا اسْتَوْعَبَتِ الْعُضْوَ.

Maksudnya: Sesungguhnya wajib membasuh sekali apabila air telah merata ke seluruh anggota wudhu.”[9]

Kesimpulan

Sebagai penutup, kami nyatakan bahawa bilangan basuhan wudhu’ sekali, dua kali dan juga tiga kali terdapat dalam sunnah yang mana Rasulullah SAW sendiri pernah melakukannya. Justeru, bilangan basuhan sama ada sekali, dua kali dan tiga kali ini bergantung kepada situasi seseorang tersebut. Namun begitu, basuhan tiga kali untuk basuhan anggota wudhu’ sangat dianjurkan untuk kesempurnaan wudhu’.

Akhirnya, semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 15 Februari 2022 bersamaan 13 Rejab 1443H

[1] Surah al-Maidah: 6

[2] Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 82

[3] Lihat  Kasyifah al-Saja, hlm. 20

[4] Riwayat al-Bukhari (157)

[5] Riwayat al-Bukhari (158)

[6] Riwayat al-Bukhari (159)

[7] Riwayat Ahmad (488). Menurut Syeikh Syuaib al-Arnaut di dalam Takhrij al-Musnad (1/523) menyatakan sanadnya adalah kuat.

[8] Lihat Matla’ al-Badrain, 1/54

[9] Lihat Raudhah al-Talibin, 1/59

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *