Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Bolehkah seorang perempuan meruqyah lelaki yang sakit?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Boleh. Hal ini termasuk dalam doa dan usaha serta ikhtiar. Antara doa yang masyhur:

Daripada Aisyah R.Anha, katanya: “Nabi SAW memohon perlindungan untuk sebahagian mereka sambil mengusapnya dengan tangan kanannya, lalu Baginda mengucapkan:

أَذْهِبِ البَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya: Hilangkanlah sakit wahai Tuhan segala manusia, sembuhkanlah, Engkaulah yang Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang rasa sakit (selepas itu).”

Riwayat al-Bukhari (5750)

Menjawab persoalan di atas, kami kemukakan hadith daripada Aisyah R.Anha:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «كَانَ يَنْفِثُ عَلَى نَفْسِهِ فِي مَرَضِهِ الَّذِي قُبِضَ فِيهِ بِالْمُعَوِّذَاتِ، فَلَمَّا ثَقُلَ كُنْتُ أَنَا أَنْفِثُ عَلَيْهِ بِهِنَّ، فَأَمْسَحُ بِيَدِ نَفْسِهِ لِبَرَكَتِهَا» فَسَأَلْتُ ابْنَ شِهَابٍ: كَيْفَ كَانَ يَنْفِثُ؟ قَالَ: «يَنْفِثُ عَلَى يَدَيْهِ ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ»

Maksudnya: “Bahawasanya Nabi SAW menghembuskan pada dirinya ketika sakit yang membawa kepada kewafatannya dengan membaca al-Mu‘awwizat (Surah al-Falaq dan surah al-Nas). Ketika sakit Baginda SAW semakin teruk, maka aku yang menghembuskan kepada Baginda SAW surah-surah itu. Aku mengusapkan dengan tangan Baginda SAW sendiri kerana keberkatan tangan Baginda SAW.” Aku bertanya kepada Ibn Syihab: “Bagaimanakah (caranya) Baginda SAW menghembus?” Beliau berkata: “Baginda SAW menghembus pada kedua tangannya kemudian Baginda mengusapkan pada muka Baginda SAW.”

Riwayat al-Bukhari (5751)

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksudnya: “Ya Allah, kami berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *