#515 Ketua Rumah Ambil Upah Mengutip Duit Sewa

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tarawih

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-60%
Rated 0 out of 5
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

[Ebook] Terbitnya Matahari dari Arah Barat

Rated 0 out of 5
RM6.00RM8.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tiupan Sangkakala Pada Hari Kiamat

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Penghancuran Ka’abah

Rated 0 out of 5
RM6.00
-37%
Rated 0 out of 5
RM10.00RM90.00

Soalan

Adakah ketua rumah yang dilantik oleh pemilik rumah untuk mengutip sewa dibolehkan untuk mengambil upah atas tugasnya?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Firman Allah SWT:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya : “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah”[1]

Al-Maraghi dalam tafsirnya menyatakan bahawa kesatuan umat Islam serta saling bertanggungjawab dalam menjaga harta dalam kalangan umat Islam amat penting. Umat Islam perlu menghormati harta orang lain seperti mana dia menghormati hartanya sendiri. Tidak dibenarkan untuk memiliki sesuatu harta tersebut dengan cara penipuan, riba, rasuah dan lain-lain yang menyalahi syariat.[2]

Ayat di atas boleh difahami bahawa, janganlah sebahagian daripada kamu memakan (mengambil) harta sebahagian yang lain dengan cara yang batil seperti sumpah yang dusta, merampas, mencuri, rasuah, riba dan lain-lain. Selain itu, janganlah kamu menyampaikan hujah-hujah yang batil kepada hakim bagi tujuan memakan harta segolongan manusia dengan cara yang salah sedangkan kamu tahu perkara itu adalah haram ke atas kamu (melakukannya).[3]

Batil di sini menurut istilah agama ialah mengambil harta orang lain tanpa imbalan yang sewajarnya atau kerelaan pemiliknya.

Demikian juga sabda Nabi SAW ketika khutbah al-wada’. Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ، كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah SWT mengharamkan ke atas kalian semua darah kalian dan harta kalian dan kehormatan kalian, sepertimana haramnya hari kalian ini, pada bulan kalian ini dan di negeri kalian ini.”[4]

Selain itu, Nabi SAW turut bersabda:

كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ، دَمُهُ، وَمَالُهُ، وَعِرْضُهُ

Maksudnya: “Hak setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya.”[5]

Hadith ini menunjukkan kewajipan seseorang muslim terhadap saudaranya yang lain, iaitu haram ke atasnya untuk menumpahkan darah saudara muslim yang lain dan mencerobohi hartanya seperti mencuri atau merompak atau menipu dalam urusan jual beli. [6]

Merujuk kepada persoalan di atas, kehidupan di rumah sewa perlu kepada organisasi dalam menguruskan hal-hal rumah sewa perlu diwujudkan bagi memudahkan perjalanan rumah sewa tersebut. Dalam aspek tersebut, penekanan kepada perkara-perkara yang melibat wang seperti sewa rumah perlu diteliti dengan baik supaya tidak berlaku penindasan kepada ahli-ahli rumah. Firman Allah SWT:

إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ

Maksudnya : “..kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu..”[7]

Penindasan hak harta seseorang mungkin akan berlaku jika sehingga timbul perasaan tidak puas hati serta saling tidak meredhai dalam kalangan manusia.  Penerangan berkaitan perihal rumah sewa perlu diterangkan dengan sejelas-jelasnya kepada setiap penyewa agar tidak timbul isu tidak berpuas hati dalam kalangan ahli rumah. Begitu juga berkenaan pelantikan ketua rumah tersebut yang disertai dengan upah yang di ambil dari duit sewaan ahli rumah yang lain perlu juga dinyatakan dengan jelas kepada semua ahli rumah.

Kesimpulan

Dalam isu ini kami berpandangan bahawa perlu diadakan perbincangan di antara semua ahli rumah dan juga pemilik rumah dalam menentukan kaedah pembayaran wang sewa kepada tuan rumah. Dibenarkan dan dibolehkan kepada ketua rumah untuk mengambil upah tersebut jika telah disepakati dan diredhai oleh ahli rumah yang lain. Namun sebaliknya, jika terdapat ahli rumah yang tidak bersetuju atau tidak meredhai hal tersebut, maka hukumnya di sini adalah haram untuk mengambil harta daripada wang pembayaran sewa rumah tersebut sebagai upah kepada ketua rumah. Hal  ini kerana uruf melihat bahawa kerja-kerja seperti mengutip sewa kebiasaannya tidak memerlukan kepada upah terhadap pengutipnya. Malah, proses pembayaran pada zaman teknologi ini sangat mudah dan hanya boleh dibayar melalui perbankan atas talian sahaja tanpa memerlukan kos yang boleh diambil untuk dijadikan upah. Namun begitu, tuan rumah boleh melantik ketua rumah tersebut dan membayar sendiri upah tersebut dengan hartanya sendiri.

Akhirnya, semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 17 Februari 2022 bersamaan 15 Rejab 1443H

[1] Surah al-Baqarah: 188

[2] Lihat Tafsir al-Maraghi, 1/374

[3] Lihat al-Tafsir al-Muyassar, hlm. 29

[4] Riwayat al-Bukhari (6043)

[5] Riwayat Muslim (2564)

[6] Lihat al-Adab al-Nabawi, 1/137

[7] Surah al-Nisa’:  29

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *