#5515: Permintaan Jibril AS Membuka Pintu Langit

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Boleh jelaskan kenapa Malaikat Jibril meminta untuk dibukakan pintu langit ketika Isra’ Mi’raj? Adakah sebelumnya ia tertutup?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Kami mulakan dengan hadith daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ – وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ – قَالَ فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ – قَالَ – فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الأَنْبِيَاءُ – قَالَ – ثُمَّ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ خَرَجْتُ فَجَاءَنِي جِبْرِيلُ – عَلَيْهِ السَّلاَمُ – بِإِنَاءٍ مِنْ خَمْرٍ وَإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ فَاخْتَرْتُ اللَّبَنَ فَقَالَ جِبْرِيلُ صلى الله عليه وسلم اخْتَرْتَ الْفِطْرَةَ ‏.‏ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ ‏.‏ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ ‏.‏ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ ‏.‏ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِآدَمَ فَرَحَّبَ بِي وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ‏.‏ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ ‏.‏ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ ‏.‏ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ ‏.‏ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ ‏.‏ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِابْنَىِ الْخَالَةِ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَحْيَى بْنِ زَكَرِيَّاءَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِمَا فَرَحَّبَا وَدَعَوَا لِي بِخَيْرٍ ‏.‏ ثُمَّ عَرَجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ الثَّالِثَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ ‏.‏ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ ‏.‏ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صلى الله عليه وسلم ‏.‏ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ ‏.‏ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِيُوسُفَ صلى الله عليه وسلم إِذَا هُوَ قَدْ أُعْطِيَ شَطْرَ الْحُسْنِ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ‏.‏ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الرَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ – عَلَيْهِ السَّلاَمُ – قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ ‏.‏ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ ‏.‏ قَالَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ ‏.‏ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِدْرِيسَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ ‏{‏ وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا‏}‏ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الْخَامِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ ‏.‏ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ ‏.‏ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ ‏.‏ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ ‏.‏ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِهَارُونَ صلى الله عليه وسلم فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ‏.‏ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ السَّادِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ ‏.‏ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ ‏.‏ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ ‏.‏ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ ‏.‏ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِمُوسَى صلى الله عليه وسلم فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ‏.‏ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ ‏.‏ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صلى الله عليه وسلم ‏.‏ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ.‏ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِبْرَاهِيمَ صلى الله عليه وسلم مُسْنِدًا ظَهْرَهُ إِلَى الْبَيْتِ الْمَعْمُورِ وَإِذَا هُوَ يَدْخُلُهُ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ لاَ يَعُودُونَ إِلَيْهِ ثُمَّ ذَهَبَ بِي إِلَى السِّدْرَةِ الْمُنْتَهَى وَإِذَا وَرَقُهَا كَآذَانِ الْفِيَلَةِ وَإِذَا ثَمَرُهَا كَالْقِلاَلِ – قَالَ – فَلَمَّا غَشِيَهَا مِنْ أَمْرِ اللَّهِ مَا غَشِيَ تَغَيَّرَتْ فَمَا أَحَدٌ مِنْ خَلْقِ اللَّهِ يَسْتَطِيعُ أَنْ يَنْعَتَهَا مِنْ حُسْنِهَا ‏.‏

Maksudnya: Aku telah dibawakan seekor ‘Buraq’, iaitu sejenis haiwan berwarna putih dan lebih besar daripada keldai tetapi lebih kecil daripada baghal. Ia dapat melompat sejauh mata memandang. Aku menungganginya sehinggalah sampai ke Baitul Maqdis. Kemudian aku tambatkan haiwan itu di tambatan yang biasa digunakan para Nabi. Kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan solat di dalamnya sebanyak dua rakaat. Setelah itu, aku pun keluar. Lalu Jibril datang kepadaku dengan membawa satu bekas yang berisi arak dan satu bekas lagi berisi susu. Aku telah memilih susu. Lalu Jibril AS berkata: ‘Engkau telah memilih fitrah.’ Kemudian Jibril AS membawa kami naik ke langit. Setelah itu, Jibril AS meminta agar dibukakan pintu, maka ditanyakan kepadanya: ‘Siapakah kamu?’ Jibril menjawab: ‘Jibril.’ Ditanyakan lagi: ‘Siapakah bersama kamu?’ Jibril menjawab: ‘Muhammad.’  Ditanyakan lagi: ‘Adakah dia telah diutuskan?’ Jibril menjawab: “Ya, dia telah diutuskan.’ Setelah itu barulah pintu dibukakan untuk kami. Tanpa disangka, aku berjumpa dengan Nabi Adam AS. Dia menyambutku dan mengucapkan ‘selamat datang’ kepadaku serta mendoakanku semoga beroleh kebaikan. Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril AS meminta supaya dibukakan pintu. Ditanyakan kepada Jibril: ‘Siapakah kamu?’ Jibril menjawab: ‘Jibril.’ Ditanyakan lagi: ‘Siapakah bersama kamu?’ Jibril menjawab: ‘Muhammad.’  Ditanyakan lagi: ‘Adakah dia telah diutuskan?’ Jibril menjawab: “Ya, dia telah diutuskan.’ Pintu pun dibukakan kepada kami. Lalu aku bertemu dengan dua orang; anak dan pakciknya, iaitu Isa bin Maryam dan Yahya bin Zakariyya A.S, mereka berdua menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril AS meminta supaya dibukakan pintu. Ditanyakan kepadanya: ‘Siapakah kamu?’ Jibril menjawab: ‘Jibril.’ Ditanyakan lagi kepadanya: ‘Siapakah bersama kamu?’ Jibril menjawab: ‘Muhammad.’  Ditanyakan lagi: ‘Adakah dia telah diutuskan?’ Jibril menjawab: ‘Ya, dia telah diutuskan.’ Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf AS ternyata dia telah dikurniakan sebahagian daripada keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril AS meminta supaya dibukakan pintu. Ditanyakan kepadanya: ‘Siapakah kamu?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril.’ Ditanyakan lagi kepadanya: ‘Siapakah bersama kamu?’ Jibril menjawab: ‘Muhammad.’  Ditanyakan lagi: ‘Adakah dia telah diutuskan?’ Jibril menjawab: ‘Ya, dia telah diutuskan.’ Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris AS dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah ‘Azza wa Jallah: ‘وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا’ (Maksudnya: Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya) [Surah Maryam: 57]. Kemudian, aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril AS meminta supaya dibukakan pintu. Ditanyakan kepadanya: ‘Siapakah kamu?’ Jibril menjawab: ‘Jibril.’ Ditanyakan lagi kepadanya: ‘Siapakah bersama kamu?’ Jibril menjawab: ‘Muhammad.’  Ditanyakan lagi: ‘Adakah dia telah diutuskan?’ Jibril menjawab: ‘Ya, dia telah diutuskan.’ Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun AS dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Kemudian, aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril AS meminta supaya dibukakan pintu. Ditanyakan kepadanya: ‘Siapakah kamu?’ Jibril menjawab: ‘Jibril.’ Ditanyakan lagi kepadanya: ‘Siapakah bersama kamu?’ Jibril menjawab: ‘Muhammad.’  Ditanyakan lagi: ‘Adakah dia telah diutuskan?’ Jibril menjawab: ‘Ya, dia telah diutuskan.’ Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa AS dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril AS meminta supaya dibukakan pintu. Ditanyakan kepadanya: ‘Siapakah kamu?’ Jibril menjawab: ‘Jibril.’ Ditanyakan lagi kepadanya: ‘Siapakah bersama kamu?’ Jibril menjawab: ‘Muhammad.’  Ditanyakan lagi: ‘Adakah dia telah diutuskan?’ Jibril menjawab: ‘Ya, dia telah diutuskan.’ Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur, di mana 70,000 malaikat setiap hari masuk ke dalamnya dan mereka tidak pernah kembali lagi dari situ. Kemudian Jibril membawaku ke Sidratul Muntaha, yang mana daun-daunnya besar seperti telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Setiap kali ia tertutup dengan kehendak Allah ia berubah sehingga tidak satu pun makhluk Allah yang sanggup mengungkapkan keindahannya.

Riwayat Muslim (162)

Al-Suyuti menyebutkan, Jibril AS meminta supaya dibukakan pintu-pintu langit kerana ia asalnya ditutup dan penjaga pintu langit itu tidak bersedia untuknya dibuka sebelum kedatangannya. Maka yang demikian menambah lagi kemuliaan. Ini kerana kalau seseorang melihat pintu langit sudah terbuka, maka disangka itulah keadaannya. Justeru, dibuka pintu langit kerana kemuliaan. Hal ini juga kerana Allah SWT ingin menunjukkan kepadanya bahawa dia juga dikenali oleh penduduk langit. Sebagai contohnya, ketika ditanyakan kepada Jibril, “Siapakah bersama kamu?” dan apabila Jibril menjawab, “Muhammad.” Lantas mereka bertanya, “Adakah dia telah diutuskan?” dan bukannya bertanya, “Siapakah Muhammad?” (Lihat al-Ayatu al-Kubra fi Syarh Qissah al-Isra’, hlm. 61).

Syeikh Abdul Jalil Isa mengemukakan soalan: Adakah malaikat langit tidak mengenali Jibril sehingga perlu bertanya kepadanya? Begitu juga Dr Ahmad Syalabi menulis gambaran langit dan riwayat seperti atap rumah merupakan gambaran zahir semata-mata.

Jawapannya: Lebih besar daripada itu untuk diperlihatkan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT.

Saya katakan, di sini juga menunjukkan Maha Besar kuasa Tuhan sehingga tempat-tempat seperti di langit, ada malaikat yang menjaganya.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنَ الخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الجَنَّةَ وَمَا قرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَولٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لَنَا خَيْرًا

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu semua kebaikan yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta apa yang kami ketahui mahupun tidak kami ketahui. Kami berlindung kepada-Mu daripada semua keburukan, baik yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui. Ya Allah, sungguh kami memohon kepada-Mu dari kebaikan apa yang diminta oleh hamba dan Nabi-Mu Muhammad SAW kepada-Mu dan kami berlindung kepada-Mu dari apa yang diminta perlindungan oleh hamba dan nabi-Mu. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu syurga dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan mahupun perbuatan. Dan kami berlindung kepada-Mu dari neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan atau perbuatan. Dan kami memohon kepada-Mu semua takdir yang Engkau tentukan baik untuk kami.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *