#991: Mengucapkan Tahmid Ketika Bersin dalam Solat

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Jika seseorang bersin ketika melakukan solat, bolehkah dia mengucapkan tahmid? Mohon penjelasan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Secara umumnya, dalam nas menyebut bahawa Allah SWT menyukai orang yang bersin kerana dengan bersin itu dapat mengeluarkan penyakit dari tubuh badannya. Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูŠูุญูุจู‘ู ุงู„ู’ุนูุทูŽุงุณูŽ ูˆูŽูŠูŽูƒู’ุฑูŽู‡ู ุงู„ุชู‘ูŽุซูŽุงุคูุจูŽ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT menyukai bersin dan membenci menguap.[1]

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menaqalkan pandangan Khattabi dengan menyebut bahawa maksud Allah SWT menyukai orang yang bersin kerana bersin dapat meringankan badan dan membuka liang-liang roma. [2]

Selain itu, galakan Baginda Nabi SAW kepada seseorang itu apabila bersin mengucapkan kalimahย Tasymitย danย Tahmidย sebagai tanda syukur kepada Allah SWT. Begitu juga sebaliknya, kepada sahabatnya yang mendengari ucapan itu disarankan agar bertasymitย dan mendoakan kebaikan kepada sahabatnya yang bersin.

Ini sepertimana saranan hadis daripada Abu Hurairah RA sabda Nabi SAW:

ุฅูุฐูŽุง ุนูŽุทูŽุณูŽ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ููŽู„ู’ูŠูŽู‚ูู„ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ูโ€.โ€ ูˆูŽู„ู’ูŠูŽู‚ูู„ู’ ู„ูŽู‡ู ุฃูŽุฎููˆู‡ู ุฃูŽูˆู’ ุตูŽุงุญูุจูู‡ู ูŠูŽุฑู’ุญูŽู…ููƒูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูโ€.โ€ ููŽุฅูุฐูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽู‡ู ูŠูŽุฑู’ุญูŽู…ููƒูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูโ€.โ€ ููŽู„ู’ูŠูŽู‚ูู„ู’ ูŠูŽู‡ู’ุฏููŠูƒูู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽูŠูุตู’ู„ูุญู ุจูŽุงู„ูŽูƒูู…ู’

Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu bersin, maka hendaklah ia menyebutย โ€˜ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ูโ€™. Dan menjawab bagi saudara atau sahabatnyaย โ€˜ูŠูŽุฑู’ุญูŽู…ููƒูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูโ€™. Maka apabila seseorang menyebut kepadanya (orang yang bersin)ย โ€˜ูŠูŽุฑู’ุญูŽู…ููƒูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูโ€™ maka hendaklah menyebutย โ€˜ูŠูŽู‡ู’ุฏููŠูƒูู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽูŠูุตู’ู„ูุญู ุจูŽุงู„ูŽูƒูู…ู’โ€™.[3]

Selain itu, di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub, sabda Nabi SAW:

ุฅูุฐูŽุง ุนูŽุทูŽุณูŽ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ููŽู„ู’ูŠูŽู‚ูู„ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุญูŽุงู„ู ูˆูŽู„ู’ูŠูŽู‚ูู„ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูŠูŽุฑูุฏู‘ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูŠูŽุฑู’ุญูŽู…ููƒูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู„ู’ูŠูŽู‚ูู„ู’ ู‡ููˆูŽ ูŠูŽู‡ู’ุฏููŠูƒูู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽูŠูุตู’ู„ูุญู ุจูŽุงู„ูŽูƒูู…

Maksudnya: Apabila bersin salah seorang daripada kamu, maka sebutlahย โ€˜ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุญูŽุงู„ูโ€™.ย Dan kemudian jawablah saudara yang mendengarinyaย โ€˜ูŠูŽุฑู’ุญูŽู…ููƒูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูโ€™. Dan hendaklah ia (orang yang bersin) membalasย โ€˜ูŠูŽู‡ู’ุฏููŠูƒูู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽูŠูุตู’ู„ูุญู ุจูŽุงู„ูŽูƒูู…โ€™.[4]

Ini jelas bahawa saranan Baginda Nabi SAW kepada umatnya berkenaan dengan adab ketika bersin supaya menyebut kalimahย Tahmidย dan kepada yang mendengarnya mengucapkan kalimahย Tasymitย iaitu mendoakan kepada sahabat yang bersin itu dengan doa kebaikan ke atasnya.

Imam Ibnu Hajar menaqalkan pandangan Imam Nawawi dengan menyatakan bahawa para ulama bersepakat ke atas sunnatnya menyebut lafazย Tahmidย iaitu seperti yang dinaqalkan oleh Ibnu Battal dan yang lain tanpa menambah kalimahย Alhamdulillahย seperti hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah RA. [5]

Dalamย al-Mausuโ€™ah al-Fiqhiyyahย menyebutย bahawa tasymitย dari segi bahasa bermaksud doa dengan kebaikan dan barakah. Dan setiap doa seseorang itu dengan kebaikan maka ia adalahย Tasymit. Ibnu Daqiq al-โ€™Id menyebut daripada sebahagian ulamak Syafiโ€™eyyah menyatakan diulangi kalimahย al-Tasymitย apabila bersin seseorang itu berulang kali, melainkan mengetahui bahawa dia mengidap selsema maka doakan ia akan kesembuhan penyakit itu. Dan ini difahamkan bahawa gugurlah saranan untuk bertasymitย sekiranya mengetahui akan seseorang itu bersin disebabkan selsema. [6]

Mengucapkan Tahmid Ketika Bersin dalam Solat

Berbalik kepada persoalan di atas, perkara ini pernah berlaku pada zaman Rasulullah ketika Baginda mengimamkan solat. Ianya diriwayatkan oleh Rifaโ€™ah bin Rafiโ€™ Bin โ€˜Afraโ€™. Kata beliau :

ุตูŽู„ู‘ูŽูŠู’ุชู ุฎูŽู„ู’ููŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŽุนูŽุทูŽุณู’ุชู ุŒ ููŽู‚ูู„ู’ุชู : ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุญูŽู…ู’ุฏู‹ุง ูƒูŽุซููŠุฑู‹ุง ุทูŽูŠู‘ูุจู‹ุง ู…ูุจูŽุงุฑูŽูƒู‹ุง ูููŠู‡ู ุŒ ู…ูุจูŽุงุฑูŽูƒู‹ุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุŒ ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูุญูุจู‘ู ุฑูŽุจู‘ูู†ูŽุง ูˆูŽูŠูŽุฑู’ุถูŽู‰ ุŒ ููŽู„ูŽู…ู‘ูŽุง ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุงู†ู’ุตูŽุฑูŽููŽ ุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ : ู…ูŽู†ู ุงู„ู’ู…ูุชูŽูƒูŽู„ู‘ูู…ู ูููŠ ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ุŸ ุŒ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุชูŽูƒูŽู„ู‘ูŽู…ู’ ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽู‡ูŽุง ุงู„ุซู‘ูŽุงู†ููŠูŽุฉูŽ : ู…ูŽู†ู ุงู„ู’ู…ูุชูŽูƒูŽู„ู‘ูู…ู ูููŠ ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ุŸ ุŒ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุชูŽูƒูŽู„ู‘ูŽู…ู’ ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽู‡ูŽุง ุงู„ุซู‘ูŽุงู„ูุซูŽุฉูŽ : ู…ูŽู†ู ุงู„ู’ู…ูุชูŽูƒูŽู„ู‘ูู…ู ูููŠ ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ุŸ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูููŽุงุนูŽุฉู ุจู’ู†ู ุฑูŽุงููุนู ุงุจู’ู†ู ุนูŽูู’ุฑูŽุงุกูŽ : ุฃูŽู†ูŽุง ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ูƒูŽูŠู’ููŽ ู‚ูู„ู’ุชูŽ ุŸ ุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูู„ู’ุชู : ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุญูŽู…ู’ุฏู‹ุง ูƒูŽุซููŠุฑู‹ุง ุทูŽูŠู‘ูุจู‹ุง ู…ูุจูŽุงุฑูŽูƒู‹ุง ูููŠู‡ู ู…ูุจูŽุงุฑูŽูƒู‹ุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุŒ ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูุญูุจู‘ู ุฑูŽุจู‘ูู†ูŽุง ูˆูŽูŠูŽุฑู’ุถูŽู‰ ุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ : ูˆูŽุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ู†ูŽูู’ุณููŠ ุจููŠูŽุฏูู‡ู ุŒ ู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ุงุจู’ุชูŽุฏูŽุฑูŽู‡ูŽุง ุจูุถู’ุนูŽุฉูŒ ูˆูŽุซูŽู„ุงูŽุซููˆู†ูŽ ู…ูŽู„ูŽูƒู‹ุง ุŒ ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูู…ู’ ูŠูŽุตู’ุนูŽุฏู ุจูู‡ูŽุง

Maksudnyaย :โ€ Aku solat di belakang Rasulullah SAW lantas aku bersin. Maka aku mengucapkanย โ€˜ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุญูŽู…ู’ุฏู‹ุง ูƒูŽุซููŠุฑู‹ุง ุทูŽูŠู‘ูุจู‹ุง ู…ูุจูŽุงุฑูŽูƒู‹ุง ูููŠู‡ู ุŒ ู…ูุจูŽุงุฑูŽูƒู‹ุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุŒ ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูุญูุจู‘ู ุฑูŽุจู‘ูู†ูŽุง ูˆูŽูŠูŽุฑู’ุถูŽู‰โ€™ . Apabila Rasulullah SAW selesai solat Baginda memalingkan wajah Baginda seraya bertanya: โ€œSiapa yang bercakap di dalam solat tadi?โ€ Tiada siapa yang menjawab. Kemudian Baginda bertanya lagi: โ€œSiapa yang bercakap di dalam solat tadi?โ€ Tiada siapa yang menjawab. Baginda bertanya untuk kali ketiga: โ€œSiapa yang bercakap di dalam solat tadi?โ€ Rifaโ€™ah bin Rafiโ€™ bin โ€˜Afraโ€™ menjawab: โ€œAku wahai Rasulullah.โ€ Baginda bertanya: โ€œBagaimana engkau menyebut tadi?โ€ Rifaโ€™ah menjawab: โ€œAku menyebut: โ€˜ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุญูŽู…ู’ุฏู‹ุง ูƒูŽุซููŠุฑู‹ุง ุทูŽูŠู‘ูุจู‹ุง ู…ูุจูŽุงุฑูŽูƒู‹ุง ูููŠู‡ู ุŒ ู…ูุจูŽุงุฑูŽูƒู‹ุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุŒ ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูุญูุจู‘ู ุฑูŽุจู‘ูู†ูŽุง ูˆูŽูŠูŽุฑู’ุถูŽู‰โ€™. Maka Nabi SAW bersabda: โ€œDemi Tuhan yang mana nyawaku berada di tangan-Nya, sebanyak 30 lebih malaikat berbondong-bondong naik ke langit dengan ucapan tersebut.โ€[7]

Imam al-Tirmizi ketika memberi komentar berkenaan hadis ini beliau menyebut: โ€œDi sisi sebahagian ahli ilmu hadis ini dibolehkan di dalam solat tatawwuโ€™ kerana kebanyakan para Tabien menyebut: โ€œJika seseorang bersin di dalam solat fardhu maka dia dibolehkan untuk dia menyebut tahmid sekadar yang didengari oleh dirinya sahaja tidak lebih dari itu.โ€ [8]

Syeikh al-Ramli berkata: โ€œJika seseorang bersin maka disunatkan untuk menyebut tahmid. Seakan-akan maksud pengarang adalah bermaksud mengucapkan tahmid di dalam selain al-Fatihah. Kerana jika dibaca di dalam al-Fatihah ia akan memutuskan muwalat al-Fatihah.โ€ [9]

Menurut Syeikh Abdul Rahman Bin Muhammad al-Baโ€™lawi: โ€œJika seseorang bersin di dalam solat maka disunnatkan untuk mengucapkan tahmid secara sirr (senyap) walaupun ketika al-Fatihah. Akan tetapi ucapan tahmid ketika al-Fatihah memutuskan muwalat maka dia perlu mengulangi bacaan al-Fatihah.โ€ [10]

โ€˜Allamah Syed al-Bakri al-Dimyati berkata: โ€œDan disunatkan bagi yang bersin untuk mengucapkan tahmid sekadar yang didengari oleh dirinya sahaja. Akan tetapi jika dia mengucapkannya pada pertengahan al-Fatihah ia akan memutuskan muwalat al-Fatihah.โ€ [11]

Syeikh โ€˜Abd al-Muhsin al-Abbad ketika beliau ditanya tentang hukum mengucapkan tahmid selepas bersin di dalam solat beliau menjawab:ย โ€œBoleh mengucapkan tahmid akan tetapi tidak boleh membalas ucapan dalam keadaan dia tidak mengangkat suara yang boleh mengganggu orang lain. Dia hanya boleh mengucapkan tahmid dengan kadar yang boleh didengari oleh dirinya.โ€

Selain itu, terdapat hadith lain yang diriwayatkan daripada Muโ€™awiyah bin al-Hakam al-Sulami, katanya:

ุจูŽูŠู’ู†ูŽุง ุฃูŽู†ูŽุง ุฃูุตูŽู„ู‘ููŠุŒ ู…ูŽุนูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฅูุฐู’ ุนูŽุทูŽุณูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู…ู ููŽู‚ูู„ู’ุชู ูŠูŽุฑู’ุญูŽู…ููƒูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู โ€.โ€ ููŽุฑูŽู…ูŽุงู†ููŠ ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู…ู ุจูุฃูŽุจู’ุตูŽุงุฑูู‡ูู…ู’ ููŽู‚ูู„ู’ุชู ูˆูŽุงุซููƒู’ู„ูŽ ุฃูู…ู‘ููŠูŽุงู‡ู’ ู…ูŽุง ุดูŽุฃู’ู†ููƒูู…ู’ ุชูŽู†ู’ุธูุฑููˆู†ูŽ ุฅูู„ูŽู‰ู‘ูŽ โ€.โ€ ููŽุฌูŽุนูŽู„ููˆุง ูŠูŽุถู’ุฑูุจููˆู†ูŽ ุจูุฃูŽูŠู’ุฏููŠู‡ูู…ู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽูู’ุฎูŽุงุฐูู‡ูู…ู’ ููŽู„ูŽู…ู‘ูŽุง ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชูู‡ูู…ู’ ูŠูุตูŽู…ู‘ูุชููˆู†ูŽู†ููŠ ู„ูŽูƒูู†ู‘ููŠ ุณูŽูƒูŽุชู‘ู ููŽู„ูŽู…ู‘ูŽุง ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ููŽุจูุฃูŽุจููŠ ู‡ููˆูŽ ูˆูŽุฃูู…ู‘ููŠ ู…ูŽุง ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู ู…ูุนูŽู„ู‘ูู…ู‹ุง ู‚ูŽุจู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽู„ุงูŽ ุจูŽุนู’ุฏูŽู‡ู ุฃูŽุญู’ุณูŽู†ูŽ ุชูŽุนู’ู„ููŠู…ู‹ุง ู…ูู†ู’ู‡ู ููŽูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูŽุง ูƒูŽู‡ูŽุฑูŽู†ููŠ ูˆูŽู„ุงูŽ ุถูŽุฑูŽุจูŽู†ููŠ ูˆูŽู„ุงูŽ ุดูŽุชูŽู…ูŽู†ููŠ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฅูู†ู‘ูŽ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉูŽ ู„ุงูŽ ูŠูŽุตู’ู„ูุญู ูููŠู‡ูŽุง ุดูŽู‰ู’ุกูŒ ู…ูู†ู’ ูƒูŽู„ุงูŽู…ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ู‡ููˆูŽ ุงู„ุชู‘ูŽุณู’ุจููŠุญู ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽูƒู’ุจููŠุฑู ูˆูŽู‚ูุฑูŽุงุกูŽุฉู ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู.

Maksudnya: โ€œKetika saya sedang menunaikan solat bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba seorang lelaki bersin. Saya pun ucapkan kepadanya โ€˜ูŠูŽุฑู’ุญูŽู…ููƒูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูโ€™. Lalu semua orang melihat kepada saya. Saya pun bertanya: โ€œMengapa kamu semua melihat saya?โ€ Mereka pun menepuk tangan mereka ke peha saya. Saya lihat mereka semua menghendaki saya diam. Apabila selesai solat, sungguh saya tidak pernah melihat seorang guru sebelum dan selepas Baginda yang lebih baik pengajarannya daripada Baginda. Demi Allah, Baginda tidak memasamkan muka kepada saya, tidak memukul dan tidak mengata saya. Baginda bersabda: โ€œSesungguhnya bagi solat itu, tidak wajar di dalamnya dimasukkan perkataan manusia, sebaliknya hanyalah untuk tasbih, takbir dan bacaan al-Quran.โ€ย [12]

Penutup

Berdasarkan nas dan keterangan di atas, kami nyatakan bahawa dibolehkan seseorang yang bersin di dalam solat untuk dia mengucapkan tahmid dengan syarat tidak mengangkat suaranya sehingga boleh mengganggu orang lain. Ucapan tersebut perlulah disembunyikan iaitu hanya didengari oleh dirinya sendiri.

Wallahu aโ€™lam.

Bertarikh: 20 April 2022 bersamaan 18 Ramadhan 1443H

[give_form id=”14962″]

[1] Riwayat al-Bukhari (6226)

[2] Lihatย Fath al-Bari, 10/607

[3] Riwayat al-Bukhari (6224)

[4] Riwayat al-Tirmizi (2960)

[5] Lihatย Fath al-Bari li Ibnu Hajar, 10/600

[6] Lihatย al-Mausuโ€™ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 12/25-32;ย Fath al-Bari, 10/606

[7] Riwayat al-Tirmizi (404), al-Nasaie (931), Abu Daud (773). Kata Imam al-Tirmizi: Hadis Rifaโ€™ah adalah hadis bertaraf Hasan

[8] Lihat Jamiโ€™ al-Tirmizi, 2/165

[9] Lihat Nihayah al-Muhtaj, 4/150

[10] Lihat Bughyahย al-Mustarsyidin, 1/90

[11] Lihatย Iโ€™anah al-Talibin,ย 1/256

[12] Riwayat Muslim (537)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *