Soalan
Assalamualaikum ustaz. Jika seseorang bersin ketika melakukan solat, bolehkah dia mengucapkan tahmid? Mohon penjelasan.
Jawapan
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Secara umumnya, dalam nas menyebut bahawa Allah SWT menyukai orang yang bersin kerana dengan bersin itu dapat mengeluarkan penyakit dari tubuh badannya. Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:
ุฅูููู ุงูููููู ููุญูุจูู ุงููุนูุทูุงุณู ููููููุฑููู ุงูุชููุซูุงุคูุจู
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT menyukai bersin dan membenci menguap.[1]
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menaqalkan pandangan Khattabi dengan menyebut bahawa maksud Allah SWT menyukai orang yang bersin kerana bersin dapat meringankan badan dan membuka liang-liang roma. [2]
Selain itu, galakan Baginda Nabi SAW kepada seseorang itu apabila bersin mengucapkan kalimahย Tasymitย danย Tahmidย sebagai tanda syukur kepada Allah SWT. Begitu juga sebaliknya, kepada sahabatnya yang mendengari ucapan itu disarankan agar bertasymitย dan mendoakan kebaikan kepada sahabatnya yang bersin.
Ini sepertimana saranan hadis daripada Abu Hurairah RA sabda Nabi SAW:
ุฅูุฐูุง ุนูุทูุณู ุฃูุญูุฏูููู ู ูููููููููู ุงููุญูู ูุฏู ูููููููโ.โ ูููููููููู ูููู ุฃูุฎูููู ุฃููู ุตูุงุญูุจููู ููุฑูุญูู ููู ุงููููููโ.โ ููุฅูุฐูุง ููุงูู ูููู ููุฑูุญูู ููู ุงููููููโ.โ ูููููููููู ููููุฏููููู ู ุงูููููู ููููุตูููุญู ุจูุงููููู ู
Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu bersin, maka hendaklah ia menyebutย โุงููุญูู ูุฏู ูููููููโ. Dan menjawab bagi saudara atau sahabatnyaย โููุฑูุญูู ููู ุงููููููโ. Maka apabila seseorang menyebut kepadanya (orang yang bersin)ย โููุฑูุญูู ููู ุงููููููโ maka hendaklah menyebutย โููููุฏููููู ู ุงูููููู ููููุตูููุญู ุจูุงููููู ูโ.[3]
Selain itu, di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub, sabda Nabi SAW:
ุฅูุฐูุง ุนูุทูุณู ุฃูุญูุฏูููู ู ูููููููููู ุงููุญูู ูุฏู ููููููู ุนูููู ููููู ุญูุงูู ูููููููููู ุงูููุฐูู ููุฑูุฏูู ุนููููููู ููุฑูุญูู ููู ุงูููููู ูููููููููู ูููู ููููุฏููููู ู ุงูููููู ููููุตูููุญู ุจูุงููููู
Maksudnya: Apabila bersin salah seorang daripada kamu, maka sebutlahย โุงููุญูู ูุฏู ููููููู ุนูููู ููููู ุญูุงููโ.ย Dan kemudian jawablah saudara yang mendengarinyaย โููุฑูุญูู ููู ุงููููููโ. Dan hendaklah ia (orang yang bersin) membalasย โููููุฏููููู ู ุงูููููู ููููุตูููุญู ุจูุงููููู โ.[4]
Ini jelas bahawa saranan Baginda Nabi SAW kepada umatnya berkenaan dengan adab ketika bersin supaya menyebut kalimahย Tahmidย dan kepada yang mendengarnya mengucapkan kalimahย Tasymitย iaitu mendoakan kepada sahabat yang bersin itu dengan doa kebaikan ke atasnya.
Imam Ibnu Hajar menaqalkan pandangan Imam Nawawi dengan menyatakan bahawa para ulama bersepakat ke atas sunnatnya menyebut lafazย Tahmidย iaitu seperti yang dinaqalkan oleh Ibnu Battal dan yang lain tanpa menambah kalimahย Alhamdulillahย seperti hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah RA. [5]
Dalamย al-Mausuโah al-Fiqhiyyahย menyebutย bahawa tasymitย dari segi bahasa bermaksud doa dengan kebaikan dan barakah. Dan setiap doa seseorang itu dengan kebaikan maka ia adalahย Tasymit. Ibnu Daqiq al-โId menyebut daripada sebahagian ulamak Syafiโeyyah menyatakan diulangi kalimahย al-Tasymitย apabila bersin seseorang itu berulang kali, melainkan mengetahui bahawa dia mengidap selsema maka doakan ia akan kesembuhan penyakit itu. Dan ini difahamkan bahawa gugurlah saranan untuk bertasymitย sekiranya mengetahui akan seseorang itu bersin disebabkan selsema. [6]
Mengucapkan Tahmid Ketika Bersin dalam Solat
Berbalik kepada persoalan di atas, perkara ini pernah berlaku pada zaman Rasulullah ketika Baginda mengimamkan solat. Ianya diriwayatkan oleh Rifaโah bin Rafiโ Bin โAfraโ. Kata beliau :
ุตููููููุชู ุฎููููู ุฑูุณูููู ุงูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููุนูุทูุณูุชู ุ ููููููุชู : ุงูุญูู ูุฏู ููููููู ุญูู ูุฏูุง ููุซููุฑูุง ุทููููุจูุง ู ูุจูุงุฑูููุง ููููู ุ ู ูุจูุงุฑูููุง ุนููููููู ุ ููู ูุง ููุญูุจูู ุฑูุจููููุง ููููุฑูุถูู ุ ููููู ููุง ุตููููู ุฑูุณูููู ุงูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุงููุตูุฑููู ุ ููููุงูู : ู ููู ุงููู ูุชููููููู ู ููู ุงูุตูููุงูุฉู ุ ุ ููููู ู ููุชููููููู ู ุฃูุญูุฏู ุ ุซูู ูู ููุงููููุง ุงูุซููุงููููุฉู : ู ููู ุงููู ูุชููููููู ู ููู ุงูุตูููุงูุฉู ุ ุ ููููู ู ููุชููููููู ู ุฃูุญูุฏู ุ ุซูู ูู ููุงููููุง ุงูุซููุงููุซูุฉู : ู ููู ุงููู ูุชููููููู ู ููู ุงูุตูููุงูุฉู ุ ููููุงูู ุฑูููุงุนูุฉู ุจููู ุฑูุงููุนู ุงุจููู ุนูููุฑูุงุกู : ุฃูููุง ููุง ุฑูุณูููู ุงูููู ุ ููุงูู : ูููููู ููููุชู ุ ุ ููุงูู : ููููุชู : ุงูุญูู ูุฏู ููููููู ุญูู ูุฏูุง ููุซููุฑูุง ุทููููุจูุง ู ูุจูุงุฑูููุง ููููู ู ูุจูุงุฑูููุง ุนููููููู ุ ููู ูุง ููุญูุจูู ุฑูุจููููุง ููููุฑูุถูู ุ ููููุงูู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู : ููุงูููุฐูู ููููุณูู ุจูููุฏููู ุ ููููุฏู ุงุจูุชูุฏูุฑูููุง ุจูุถูุนูุฉู ููุซููุงูุซูููู ู ูููููุง ุ ุฃููููููู ู ููุตูุนูุฏู ุจูููุง
Maksudnyaย :โ Aku solat di belakang Rasulullah SAW lantas aku bersin. Maka aku mengucapkanย โุงูุญูู ูุฏู ููููููู ุญูู ูุฏูุง ููุซููุฑูุง ุทููููุจูุง ู ูุจูุงุฑูููุง ููููู ุ ู ูุจูุงุฑูููุง ุนููููููู ุ ููู ูุง ููุญูุจูู ุฑูุจููููุง ููููุฑูุถููโ . Apabila Rasulullah SAW selesai solat Baginda memalingkan wajah Baginda seraya bertanya: โSiapa yang bercakap di dalam solat tadi?โ Tiada siapa yang menjawab. Kemudian Baginda bertanya lagi: โSiapa yang bercakap di dalam solat tadi?โ Tiada siapa yang menjawab. Baginda bertanya untuk kali ketiga: โSiapa yang bercakap di dalam solat tadi?โ Rifaโah bin Rafiโ bin โAfraโ menjawab: โAku wahai Rasulullah.โ Baginda bertanya: โBagaimana engkau menyebut tadi?โ Rifaโah menjawab: โAku menyebut: โุงูุญูู ูุฏู ููููููู ุญูู ูุฏูุง ููุซููุฑูุง ุทููููุจูุง ู ูุจูุงุฑูููุง ููููู ุ ู ูุจูุงุฑูููุง ุนููููููู ุ ููู ูุง ููุญูุจูู ุฑูุจููููุง ููููุฑูุถููโ. Maka Nabi SAW bersabda: โDemi Tuhan yang mana nyawaku berada di tangan-Nya, sebanyak 30 lebih malaikat berbondong-bondong naik ke langit dengan ucapan tersebut.โ[7]
Imam al-Tirmizi ketika memberi komentar berkenaan hadis ini beliau menyebut: โDi sisi sebahagian ahli ilmu hadis ini dibolehkan di dalam solat tatawwuโ kerana kebanyakan para Tabien menyebut: โJika seseorang bersin di dalam solat fardhu maka dia dibolehkan untuk dia menyebut tahmid sekadar yang didengari oleh dirinya sahaja tidak lebih dari itu.โ [8]
Syeikh al-Ramli berkata: โJika seseorang bersin maka disunatkan untuk menyebut tahmid. Seakan-akan maksud pengarang adalah bermaksud mengucapkan tahmid di dalam selain al-Fatihah. Kerana jika dibaca di dalam al-Fatihah ia akan memutuskan muwalat al-Fatihah.โ [9]
Menurut Syeikh Abdul Rahman Bin Muhammad al-Baโlawi: โJika seseorang bersin di dalam solat maka disunnatkan untuk mengucapkan tahmid secara sirr (senyap) walaupun ketika al-Fatihah. Akan tetapi ucapan tahmid ketika al-Fatihah memutuskan muwalat maka dia perlu mengulangi bacaan al-Fatihah.โ [10]
โAllamah Syed al-Bakri al-Dimyati berkata: โDan disunatkan bagi yang bersin untuk mengucapkan tahmid sekadar yang didengari oleh dirinya sahaja. Akan tetapi jika dia mengucapkannya pada pertengahan al-Fatihah ia akan memutuskan muwalat al-Fatihah.โ [11]
Syeikh โAbd al-Muhsin al-Abbad ketika beliau ditanya tentang hukum mengucapkan tahmid selepas bersin di dalam solat beliau menjawab:ย โBoleh mengucapkan tahmid akan tetapi tidak boleh membalas ucapan dalam keadaan dia tidak mengangkat suara yang boleh mengganggu orang lain. Dia hanya boleh mengucapkan tahmid dengan kadar yang boleh didengari oleh dirinya.โ
Selain itu, terdapat hadith lain yang diriwayatkan daripada Muโawiyah bin al-Hakam al-Sulami, katanya:
ุจูููููุง ุฃูููุง ุฃูุตูููููุ ู ูุนู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ุฅูุฐู ุนูุทูุณู ุฑูุฌููู ู ููู ุงููููููู ู ููููููุชู ููุฑูุญูู ููู ุงูููููู โ.โ ููุฑูู ูุงููู ุงููููููู ู ุจูุฃูุจูุตูุงุฑูููู ู ููููููุชู ููุงุซููููู ุฃูู ููููุงูู ู ูุง ุดูุฃูููููู ู ุชูููุธูุฑูููู ุฅูููููู โ.โ ููุฌูุนููููุง ููุถูุฑูุจูููู ุจูุฃูููุฏููููู ู ุนูููู ุฃูููุฎูุงุฐูููู ู ููููู ููุง ุฑูุฃูููุชูููู ู ููุตูู ููุชููููููู ูููููููู ุณูููุชูู ููููู ููุง ุตููููู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ููุจูุฃูุจูู ูููู ููุฃูู ููู ู ูุง ุฑูุฃูููุชู ู ูุนููููู ูุง ููุจููููู ูููุงู ุจูุนูุฏููู ุฃูุญูุณููู ุชูุนููููู ูุง ู ููููู ููููุงูููููู ู ูุง ููููุฑูููู ูููุงู ุถูุฑูุจูููู ูููุงู ุดูุชูู ูููู ููุงูู: ุฅูููู ููุฐููู ุงูุตูููุงูุฉู ูุงู ููุตูููุญู ูููููุง ุดูููุกู ู ููู ูููุงูู ู ุงููููุงุณู ุฅููููู ูุง ูููู ุงูุชููุณูุจููุญู ููุงูุชููููุจููุฑู ููููุฑูุงุกูุฉู ุงููููุฑูุขูู.
Maksudnya: โKetika saya sedang menunaikan solat bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba seorang lelaki bersin. Saya pun ucapkan kepadanya โููุฑูุญูู ููู ุงููููููโ. Lalu semua orang melihat kepada saya. Saya pun bertanya: โMengapa kamu semua melihat saya?โ Mereka pun menepuk tangan mereka ke peha saya. Saya lihat mereka semua menghendaki saya diam. Apabila selesai solat, sungguh saya tidak pernah melihat seorang guru sebelum dan selepas Baginda yang lebih baik pengajarannya daripada Baginda. Demi Allah, Baginda tidak memasamkan muka kepada saya, tidak memukul dan tidak mengata saya. Baginda bersabda: โSesungguhnya bagi solat itu, tidak wajar di dalamnya dimasukkan perkataan manusia, sebaliknya hanyalah untuk tasbih, takbir dan bacaan al-Quran.โย [12]
Penutup
Berdasarkan nas dan keterangan di atas, kami nyatakan bahawa dibolehkan seseorang yang bersin di dalam solat untuk dia mengucapkan tahmid dengan syarat tidak mengangkat suaranya sehingga boleh mengganggu orang lain. Ucapan tersebut perlulah disembunyikan iaitu hanya didengari oleh dirinya sendiri.
Wallahu aโlam.
Bertarikh: 20 April 2022 bersamaan 18 Ramadhan 1443H
[give_form id=”14962″]
[1] Riwayat al-Bukhari (6226)
[2] Lihatย Fath al-Bari, 10/607
[3] Riwayat al-Bukhari (6224)
[4] Riwayat al-Tirmizi (2960)
[5] Lihatย Fath al-Bari li Ibnu Hajar, 10/600
[6] Lihatย al-Mausuโah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 12/25-32;ย Fath al-Bari, 10/606
[7] Riwayat al-Tirmizi (404), al-Nasaie (931), Abu Daud (773). Kata Imam al-Tirmizi: Hadis Rifaโah adalah hadis bertaraf Hasan
[8] Lihat Jamiโ al-Tirmizi, 2/165
[9] Lihat Nihayah al-Muhtaj, 4/150
[10] Lihat Bughyahย al-Mustarsyidin, 1/90
[11] Lihatย Iโanah al-Talibin,ย 1/256
[12] Riwayat Muslim (537)