Category Archives: Soal Jawab Agama

#3389: Campur Tangan Mentua dalam Urusan Rumah Tangga

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Boleh saya tahu apakah mentua dibenarkan untuk masuk campur dalam urusan rumahtangga suami isteri? Berdosakah kalau anak menantu tidak mengikut saranannya? Sebagai contoh, menantu balik berpantang di mana, balik beraya berapa lama, bertanyakan kewangan anak menantu dan sebagainya. Jawapan: Waalaikumussalam w.b.t Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam […]

#3388: Mengulangi Solat Fardhu di Masjid Selepas Solat Bersama Isteri di Rumah

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Sepanjang tiga tahun perkahwinan saya dan isteri, kami cuba sebaik mungkin untuk mencari waktu solat berjemaah walaupun sibuk. Alhamdulillah, Allah bagi ruang walaupun tidak selalu dapat. Kemusykilan saya, jika saya terlebih dulu solat bersama isteri di rumah kemudian saya ke masjid untuk berjemaah yang lebih besar, boleh atau […]

#3387: Memohon Fasakh Disebabkan Suami Sering Mengabaikan Tanggung Jawab Nafkah

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ingin bertanya, adakah berdosa saya memohon carai atau fasakh jika suami kerap abaikan tanggungjawabnya sebagai suami? Nafkah zahir batin diberi tetapi kadang-kadang tiada, kadang-kadang dia seringkali meninggalkan saya bila berlaku pertengkaran. Kadang-kadang lebih sepuluh hari tanpa sebarang berita dan tidak juga membekalkan keperluan nafkah zahir saya. Biasanya setiap kali dia […]

#3386: Mencetak Baju yang Ada Unsur Keagamaan Selain Islam

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Saya baru dua tahun menceburi bidang percetakan baju ini. Saya hendak bertanya apakah hukumnya sekiranya kita mencetak baju yang ada unsur keagamaan terutama selain agama Islam itu sendiri? Mohon pencerahan. Terima kasih. Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, […]

#3385: Batasan Aurat Antara Anak Susuan dengan Bapa Susuannya yang Telah Bercerai

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Bapa saudara saya berkahwin dan mengambil anak angkat perempuan dan isterinya menyusukan anak itu secukupnya. Tetapi kemudian, mereka bercerai. Jadi, bagaimanakah aurat antara bapa saudara saya dengan anak angkatnya itu? Mohon pencerahan. Terima kasih. Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi […]

#3384: Mengekalkan Nama Christine Selepas Memeluk Islam

Soalan: ِAssalamualaikum Dato Seri, saya ada satu soalan iaitu kalau nama asal seorang muallaf itu ialah Christine, perlu atau tidak dia menukar nama bila memeluk Islam sebab nama tersebut dilihat mempunyai unsur agama Kristian. Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, […]

#3383: Tidur Duduk dalam Keadaan Berwuduk

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Boleh jelaskan lagi maksud ‘tidur secara tetap’ (punggung bertaup rapat dilantai). Sebab, rasanya ramai yang jemaah yang terlelap, contohnya ketika khutbah jumaat. Jawapan: Waalaikumussalam w.b.t Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang […]

#3382: Menikah di Thailand

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Adakah sah nikah di Thailand? Mohon pencerahan. Terima kasih. Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat. Pada asasnya, Islam menggalakkan umatnya […]

#3381: Adakah Lafaz “Saya Tinggalkan Awak” Pada Isteri Dikira Talak?

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Sekiranya si suami pernah berkata kepada isterinya, “kalau saya dapat tahu awak ada lelaki lain (scandal), saya tinggalkan awak”. Dan selepas beberapa tahun perkara itu pun terjadi yang mana si isteri turut mengaku bahawa si isteri ada lelaki lain. Apakah jatuh talak yang pernah dilafazkan si suami suatu ketika dahulu? Si […]

#3380: Mahram Anak Tidak Sah Taraf Dengan Adik Beradik Lain Bapa

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya nak tahu berkenaan anak angkat. Anak angkat itu anak luar nikah dan dijaga oleh ibu angkat hingga dewasa. Kemudian ibu kandung datang dan anak itu kembali pada ibu kandungnya. Ibu kandung ada anak perempuan yang berlainan bapa. Saya nak tanya adakah anak-anak ini halal bersentuhan sebab anak yang sulung anak […]