Category Archives: Soal Jawab Agama

#1111: Penggunaan Istihsan dalam Pengeluaran Fatwa

Soalan: Bolehkah istihsan digunakan dalam mengeluarkan fatwa?   Jawapan: Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.  Kalimah istihsan (الاستحسان) adalah salah satu kalimah yang masyhur dalam istinbat hukum. Terutamanya, dalam ilmu usul fiqh.  Al-Istihsan (الاستحسان): Dari sudut […]

#1110: Bekerja di Kedai yang Menjual Arak

Soalan: Apakah hukum bekerja di tempat yang ada jual arak seperti supermarket atau hypermarket?   Jawapan: Islam menggalakkan umatnya untuk bekerja. Ia bertujuan untuk mencari nafkah bagi dirinya dan orang yang di bawah tanggungannya. Dengan ini, sudah tentu dia mampu membina kehidupan dengan sebaik-baiknya.  Sebaik-baik pekerjaan adalah yang halal bahkan tidak wujud sebarang syubhah atau […]

#1109: Tatacara Pemakaian Ihram Mak Nyah Berbuah Dada

Soalan: Seorang mak nyah ingin menunaikan umrah dan dia telah melakukan pembedahan buah dada. Bagaimanakah tatacara pemakaian ihramnya kerana jika dia melakukan idtiba’ ketika tawaf, mungkin akan kelihatan sedikit bentuk buah dada? Jawapan: Pertamanya, saya mengucapkan alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana niat seseorang untuk melaksanakan ibadah umrah adalah mukadimah yang baik dalam memperbaiki kehidupan dengan lebih sempurna […]

#1108: Pertandingan Atau Judi?

Soalan: Apakah hukum kami kumpulan futsal memasuki pertandingan dengan bayaran RM100 untuk 1 kumpulan? Penganjur mengambil duit pembayaran daripada peserta sebagai hadiah kepada pemenang untuk nombor 1 hingga nombor 3 sahaja. Sedangkan ada 10 kumpulan bertanding.   Jawapan:  Permainan futsal seperti di atas tidak dibenarkan sama sekali. Ini kerana ia termasuk dalam kaedah perjudian atau […]

#1107: Patah Tangan dan Tayammum

Soalan: Tangan kanan saya disimen kerana patah selama 3 minggu. Selama 3 minggu tersebut bagaimana cara berwudhuk dan tayammum dalam tempoh tersebut?   Jawapan: Definisi patah tulang adalah keadaan dimana berlaku renggangan atau keretakkan pada struktur sesuatu tulang yang menjejaskan fungsi, bentuk/posisi, dan pergerakkan sesuatu tulang. Kepatahan tulang biasanya berlaku apabila terdapat tekanan atau daya […]

#1106: Tidak Membaca al-Fatihah

Soalan: Adakah sah solat saya apabila pada rakaat pertama dan kedua solat Maghrib tadi saya tidak membaca surah al-Fatihah kerana merai ayat al-Quran yang apabila al-Quran dibacakan hendaklah mendengarnya? Tetapi pada rakaat ketiga saya membaca surah al-Fatihah. Mohon pencerahan Dato’.   Jawapan: Dalam mazhab Syafi’i membaca Fatihah adalah wajib bagi imam, makmum dan orang yang […]

#1105: Mandi Wajib Selepas IVF?

Soalan: Adakah pasangan yang melalui proses IVF (persenyawaan di luar rahim) perlu mandi hadas?   Jawapan: Dalam menjawab persoalan di atas, amatlah patut kita mengetahui maksud dan makna IVF itu sendiri serta proses yang dilakukan oleh pihak yang berautoriti. Memahami persoalan adalah separuh daripada jawapan. Begitu juga membina satu-satu hukum mestilah berdasarkan kefahaman yang jelas […]

#1104: Hukum Mendakwa Menjadi Nabi Palsu

Soalan Assalamualaikum ustaz. Apa hukum seseorang yang mendakwa sebagai nabi? Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat. Dalam menjawab persoalan ini, kami maksudkan di sini, sesiapa yang bukan […]

#1103: Ejen Affiliate

Soalan:        Assalamualaikum w.b.t. Saya teringin hendak mendaftar sebagai ejen affiliate bagi suatu produk. Akan tetapi saya tertanya-tanya, sebenarnya apakah hukum menjadi ejen affiliate? Mohon penjelasan. Terima kasih. Jawapan: Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta […]

#1102: Menjawab Azan dalam Solat

Soalan:          Assalamualaikum w.b.t. Adakah terbatal solat seseorang yang menjawab azan ketika menunaikan solat? Mohon pencerahan. Terima kasih. Jawapan: Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat. Azan […]