#1020 Qadha’ Sujud Syukur

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM25.00
Rated 0 out of 5
RM25.00
Rated 0 out of 5
RM25.00
-64%
Rated 0 out of 5
RM50.00
-53%

Siri Perkahwinan

[eBook]Baiti Jannati

Rated 0 out of 5
RM20.00
Rated 0 out of 5
RM10.00
-18%

Buku Fizikal

Rahiq Makthum

Rated 0 out of 5
RM65.00RM130.00

Soalan

Apakah sujud syukur boleh diqadha’kan?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Sujud syukur merupakan salah satu ibadah yang dilakukan dalam proses menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT. Ia dilaksanakan kerana beberapa faktor seperti memperoleh nikmat atau terselamat dari bahaya dan malapetaka. Syukur merupakan pengiktirafan terhadap kurniaan Tuhan dengan memujinya. Hakikatnya menzahirkan atas kesan nikmat pada lidah, hati dan anggota badan di mana lidah memuji, hati mengiktiraf dan anggota badan melakukan mengikut apa yang diredhai-Nya.[1]

Syukur pada istilah ialah seorang hamba menggunakan semua nikmat kurniaan Allah kepadanya untuk mentaati-Nya.[2] Sedangkan takrif sujud syukur sebagai sujud yang dilakukan oleh seseorang ketika mendapat nikmat atau tertolak bala.[3]

Ulama telah khilaf (berselisih pandangan) berkenaan dengan sujud syukur seperti berikut:

  • Pandangan pertama: Ia tidak disyariatkan. Inilah pendapat Abu Hanifah, Malik dalam satu pendapat yang masyhur dan al-Nakha’ie mengikut yang dinyatakan oleh Ibn al-Munzir.
  • Pandangan kedua: Ia disyariatkan dan hukumnya sunat. Inilah pendapat Imam al-Syafi’e, Ahmad, Ishaq, Abu Thaur, Ibn al-Munzir, Abu Yusuf, Muhammad Ibn Habib daripada mazhab Maliki dan Ibn Qassar menisbahkan kepada Imam Malik bahkan ditashihkan oleh al-Banani.

 

Dalil yang menunjukkan kepada pensyariatan sujud syukur adalah berdasarkan hadith Nabi SAW daripada Abu Bakrah RA, katanya:

أَنَّهُ كَانَ إِذَا جَاءَهُ أَمْرُ سُرُورٍ أَوْ بُشِّرَ بِهِ خَرَّ سَاجِدًا شَاكِرًا لِلَّهِ

Maksudnya: “Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah SWT.”[4]

Antara hujahnya adalah berdasarkan hadith daripada Abu Bakrah R.A, katanya:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَتَاهُ أَمْرٌ يَسُرُّهُ أَوْ بُشِّرَ بِهِ ، خَرَّ سَاجِدًا ، شُكْرًا لِلَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى

Maksudnya“Bahawa sesungguhnya Nabi SAW apabila datang kepadanya sesuatu yang menggembirakan atau khabar gembira, beliau lantas sujud untuk berterima kasih kepada Allah SWT.”[5]

Dalam riwayat lain, daripada Abu Bakrah R.A juga, beliau berkata:

اَنَّ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ اِذَا جَاءَهُ خَبَرٌ يَسُرُّهُ خَرَّ سَاجِدًا للهِ

Maksudnya: “Bahawa sesungguhnya apabila datang kepada Nabi SAW sesuatu yang baik yang menggembirakan, beliau langsung sujud kerana berterima kasih kepada Allah SWT.”[6]

Begitu juga diriwayatkan daripada para Sahabat yang mana turut juga melakukan sujud syukur ketika menerima satu perkhabaran yang gembira. Sebagai contoh, diriwayatkan bahawa Abu Bakar RA sujud syukur ketika pembukaan Yamamah dan mendengar perkhabaran Musailamah al-Kazzab dibunuh. Begitu juga Ali RA telah sujud syukur apabila mendapati bahawa Dzu al-Thudayyah daripada kalangan Khawarij telah terbunuh. Seterusnya, diriwayatkan juga bahawa Ka’ab bin Malik telah sujud syukur ketika mana mendengar khabar bahawa taubatnya telah diterima oleh Allah SWT.

Disunatkan untuk melakukan sujud syukur ketika mana menerima kurnian nikmat daripada Allah SWT seumpama kelahiran anak, mendapat harta, pangkat, lulus peperiksaan dengan cemerlang dan juga selainnya. Begitu juga disunatkan untuk sujud syukur ketika mana kita terbebas dari segala bala dan bencana sepertimana terselamat dari kemalangan, gempa bumi dan juga perkara-perkara yang tidak baik.

Sepertimana dijelaskan, inilah pendapat al-Syafi’e (begitu juga pendokong mazhab Syafi’e), Ahmad bin Hanbal (begitu juga pendokong mazhab Hanbali), Ishak, Abu Thaur dan juga Ibn al-Munzir. Adapun al-Nakha’ie, Malik dan juga Abu Hanifah berpendapat bahawa sujud syukur adalah makruh.[7] Namun, terdapat juga pendapat sebahagian Malikiyyah yang mengatakan bahawa sunatnya sujud syukur.

Imam al-Syaukani berkata: Yang dimaksudkan ialah nikmat yang baru yang boleh didapati dan juga yang tidak boleh didapati. Oleh sebab itu Nabi SAW tidak sujud melainkan apabila nikmat itu nikmat yang baru di samping terdapat juga nikmat-nikmat Allah yang lain kepada baginda.[8]

Menqadha’kan Sujud Syukur ke Waktu yang Lain

Perbuatan sujud syukur adalah sebagai respon pantas terhadap nikmat yang diperolehi secara tiba-tiba. Namun begitu, terdapat keadaan yang dibolehkan untuk seseorang itu menqadha’kan sujud syukurnya ke tempoh waktu yang lain jika ia tidak dapat dilakukan pada waktunya seperti dia terlupa, ataupun dia tengah memandu kenderaan atau seumpamanya yang menghalang dia daripada sujud syukur ketika itu.

Berdasarkan pendapat yang masyhur di dalam mazhab al-Syafi’ie, sujud syukur ini boleh diqadha’kan tetapi dengan syarat, jarak masanya tidak boleh terlalu lama. Sekiranya tempoh masanya telah lama berlalu, maka tidak boleh untuk mengqadha’kan sujud syukur itu.[9]

Namun begitu, sekiranya tidak ada halangan yang menghalangnya untuk sujud syukur pada waktunya, maka tidak disyariatkan untuk dia menqadha’kan sujud syukurnya. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan di dalam Hasyiah Qalyubi: Jika seseorang diberi khabar gembira tentang perkara yang menggembirakannya, atau telah mendapat nikmat dan dia tidak sujud, dan tidak ada keuzuran untuk tidak bersujud ketika itu, maka sebahagian ulama telah menyatakan bahawa dia tidak disyariatkan untuk mengqadha’kan sujud itu selepasnya. Hal ini kerana tidak ada sebab dan alasan untuk dia menangguhkan sujud syukur itu.[10]

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami cenderung kepada pendapat yang menyatakan boleh seseorang menqadha’kan sujud syukur, namun dengan syarat terdapat halangan yang menghalangnya untuk bersujud pada ketika itu, dan juga tempoh dengan waktu nikmat itu diperoleh tidak terlalu lama sebagaimana pendapat yang masyhur di dalam mazhab al-Syafi’ie.

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 25 April 2022 bersamaan 23 Ramadhan 1443H

[1] Lihat Madarij al-Salikin, 2/244

[2] Lihat Hasyiah al-Syabramalisi, 1/22

[3] Lihat Syarh al-Minhaj dan Hasyiah al-Qalyubi, 1/208

[4] Riwayat Abu Daud (2774)

[5] Riwayat Ibn Majah (1394)

[6] Riwayat Abu Daud (2774)

[7] Lihat al-Mughni, 1/449 dan al-Majmu’, 4/70

[8] Lihat Al-Sail al-Jarar, 1/175

[9] Lihat al-Raudhah al-Talibin, 1/323, al-Majmu’, 1/69

[10] Lihat Hashiyah Qalyubi, 1/209

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *